Recent Posts

Search This Blog

Saturday 7 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR ABAH






ASSALAMU'ALAIKUM


Entri kali ni khas untuk Abah aku...
Tanggal 07-07-2012 genap 59 tahun umur Abah aku.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH!

Pagi pagi aku call Abah, Abah jawap dalam keadaan mamai.
Rupanya dia masih tidur.

"Assalamu'alaikum...Abah hari ni berapa haribulan?"

"7 haribulan..."

"Selamat Hari Lahir, Bah!!"

"Aikkk....aaa laaa Abah lupaaa..."

Hahahaha...Abah aku boleh lupa hari ni hari lahir dia.

Alhamdulillah syukur kepadaMU Ya Allah kerana mengurniakan kesihatan kepada Abah sehinggalah ke hari ini.
Terus didoakan semoga Abah beransur pulih seperti biasa, didoakan panjang umur, didoakan murah rezeki dan didoakan segala kebaikan untuk beliau.

Terima kasih di atas segala pengorbanan beliau selama ini membesar, menyara kami sekeluarga sehinggalah kini.

Mungkin tak terbalas segala jasa beliau kepada kami semua.
Segala permintaan mengada ngada aku dan Along sejak dari kecil.
Segala perangai manja dan keanak-anakan aku dan Along...
Terima kasih Abah!

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abah!
InsyaAllah dengan izinNYA, tiada yang mustahil...

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers