Recent Posts

Search This Blog

Monday 15 April 2013

Catatan Kandungan 39 Minggu

ASSALAMU'ALAIKUM

Berhabuk sudah blog aku hampir 2 bulan tak pernah nak menjenguk.
Aku kemalasan nak update blog sejak sejak mengandung ni.

Secara ringkasnya, Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 39. Tinggal seminggu je lagi untuk tiba ke EDD aku iaitu dijangka pada 23 April 2013 nanti.

Perasaan pada ketika dan saat ini, tak payahlah ditanya lagi sebabnya memang perasaan tu bercampur baur antara nervous, tak sabar dan macam macam perasaan ada.
Aku akhirnya membuat keputusan untuk bersalin di PPUM atau dalam perkataan panjangnya Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor.

Check up setiap minggu pun sudahpun bermula di hospital tersebut hampir 5 kali dah.
Alhamdulillah sepanjang pemeriksaan kandungan berada dalam keadaan baik, pergerakan janin juga Alhamdulillah baik.

Tahap kesihatan ada pasang surutnya kerana pada peringkat ini, tidur anda akan kembali terganggu sepertimana anda di trimester pertama.
Aku sendiri pun hampir setiap malam tidur tak lena asyik berulang ke bilik air selang sejam dan kadangkala aku terpaksa tidur sambil duduk. Ketidakselesaan pada perut membuatkan aku tak boleh tidur dengan lena. Tapi tak mengapalah, semua itu satu pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku. Sesuatu yang sangat bermakna walaupun keletihan yang amat sangat terasa di setiap sudut badan.

Apa apa pun, minta maaf kalau entri aku kali ni agak pendek. Seperti yang aku bagi tahu awal awal tadi, secara ringkasnya, ini saja coretan yang aku mampu taip dan diharapkan semuanya berjalan lancar, selamat semuanya sepanjang proses kelahiran.

In Shaa Allah.
Semoga aku sihat sihat sentiasa sementara menunggu kelahiran si comel di dalam rahim ku ini.

Doakan aku!! In Shaa Allah :)
 


No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers