Recent Posts

Search This Blog

Tuesday, 7 January 2014

Sepemergian Allahyarham Syaniza Jamaludin


ASSALAMU'ALAIKUM

Menghampiri penutupan tirai tahun 2013 dikhabarkan berita pemergian arwah Along Syaniza pada 30 November 2013 lepas, amat mengejutkan seluruh keluarga terdekat.

Walaupun aku tidak begitu rapat dan mengenali sepenuhnya isi hati arwah, namun turut merasa kehilangan arwah.
Sesekali teringat-ingat arwah bercakap-cakap dengan encik suami, sesekali teringat kelibat beliau di rumah kampung mertua. Arwah memang seorang yang lemah lembut hatinya. Seorang yang redha. Pastinya seluruh ahli keluarga terdekat merindui beliau lebih dari segala.

Sepemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan anak tunggal lelaki yang masih kecil berumur 5 bulan. Sungguh sayu setiap kali melihat raut muka anak arwah (Muhammad Khalish Haidan Syaniza).

Semoga isteri arwah, kak Ida Safina tabah menghadapi segala.
Semoga Khalish menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.
Semoga kita seluruh keluarga redha dengan pemergian beliau dan moga beliau tenang di sana.
InshaaAllah, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

-AL-Fatihah-



2 comments:

  1. Sorry to drop by, arwah is my colleague and his cubicle is just in front of me.
    Arwah baik orangnya and masih terasa ralat of his passing.

    May his soul rest in peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for dropping by and thank you for being a good colleague for arwah.
      InshaaAllah arwah akan sentiasa bersama kita. Tuhan lebih menyayanginya.
      InshaaAllah moga dia tenang di sana.
      Jika tidak keberatan boleh kami tau nama cik/puan/encik? Mungkin isteri arwah mengenali :) Sebagai tanda terima kasih.

      Delete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...