ASSALAMU'ALAIKUM
Masuk entri ketiga dah aku rasa yang ni. Haa lantakkan memandangkan aku memang tengah bosan tak ada kerja nih. Cerita ni 2 minggu lepas punya cerita. Pendek kata bulan lepas punya cerita.
Pada 25 Januari 2013, jam 1 pagi, Adam merengek. Aku check lampin, basah dan penuh. Bukak nak salin, Adam cirit sampai bocor! Hmmm tak apa-apa kot. Jam 3 pagi, Adam cirit lagi sampai bocor! Hmm lain macam je nih. Tak pernah Adam cirit sampai bocor dan sekerap ni.
Sampailah ke siang, Adam bersambung episod cirit biritnya. Suhu badanpun semakin naik. Bawak ke klinik, doktor kata, cirit biasa. Bertahan lagi. Pun bertambah kerap ciritnya, sampai ke malam tu kami bawa ke klinik lain pula sebab najis Adam dah bertukar jadi puri rumpai (warna hijau betul!) Haiyaaa ini tak boleh jadi. Pergi ke klinik malam tu, terus mintak surat rujukan ke hospital berdekatan in case kalau-kalau Adam semakin teruk walaupun doktor klinik kedua kami pergi tu kata tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Cirit Adam berterusan. Besoknya 26 Januari 2014, aku terus mengajak encik suami ke Hospital Pantai.
Doktor suruh admit untuk ambil sampel najis Adam.
|
(Tengah diambil blood pressure) |
Kesian aku tengok Adam, macam dah letih sangat asyik cirit dan muntah. Boleh tertidur tak sedar apa masa misi mai ambik BP dia.
|
(Happy je tengah main) |
Lampin dah berapa kali tukar dah masa ni kan. Tapi dia tetap senyum. Alhamdulillah anak mama kuat kan? Hehehe. Masa ni doktor dah mengesahkan Adam terkena jangkitan rotavirus. Kami syak mesti terjangkit masa di rumah pengasuh. Sebab sebelum tu pun pengasuh dan anak pengasuh sendiri pun terkena cirit birit dan muntah juga. Kesian Adam. InshaaAllah cepat sembuhnya.
|
(Aikk Mama sekali masuk wad?) |
Haa ni apa cerita pulak nih? Hahaha. Nak dijadikan cerita. Aku terlupa yang aku tak boleh kongsi bekas makanan dengan Adam. Sebab dari perkongsian tu pun boleh berjangkit.
Horror tak rotavirus nih? Huhuhu. Aku kongsi sudu dengan Adam di sebelah petang dalam jam 5 atau 6 petang. Selepas Maghrib je aku dah terasa lain macam. Asyik cirit dan muntah. Aku ingatkan larat la tahan. Pergi turun bawah ambik ubat, makan ubat pun termuntah balik. Terus aku lembik.
Terpaksa pergi ke
emergency room. Hahahaha. Sudah dengan Mamanya sekali masuk wad mintak katil sebelah anak. Alhamdulillah senang dapat. Kesian Abahnya nak menjaga kami 2 beranak. Terpaksa panggil Mama Abah mertua aku datang untuk bergilir jaga sementara encik suami pergi kerja. Seksanya rasa bila tak boleh bergerak bebas, tangan dicucuk untuk
drip. Sudah nak berulang ke bilik air lagi berak-berak dengan
drip sekali aku terpaksa angkut. Tak pernah aku rasa seteruk ni.
Tapi sebenarnya dalam aku tak sedar, terima kasih kepada kawan baik aku Asma Dat sebab mengingatkan aku, mungkin Allah nak aku rehat setelah terlalu penat menguruskan macam-macam urusan. Hmm fikir-fikir balik betoi jugak kata Asma tu.
Walaupun aku nampak lemah terlantar di katil dan asyik ke bilik air, dalam masa yang sama sebenarnya Allah nak aku rehat. Rehat betul-betul di hospital dengan rawatan yang secukupnya. Alhamdulillah. Terbuka sikit mata hati aku ni untuk menerima dugaan Tuhan ni dengan hati yang terbuka.
Dah tu sebelum ni tak redha lah? Haip haipp...bukanlah tak redha cuma biasalah syaitonirrajim dok membisik tepi telinga suruh pesong dari redha...tapi Alhamdulillah ada kawan macam Asma yang sentiasa mengingatkan aku di kala aku terlupa...supaya bukak mata hati tu luas-luas lagi..jangan kecik-kecikkan...Saling mengingati tak salah kann..Hehehe..
|
(Yeay dah boleh balik!) |
Kesimpulannya, Adam, dari hari Ahad sampai ke hari Rabu, aku pula hari Isnin sampai ke hari Rabu dimasukkan wad. Kami semakin sihat dan boleh dikeluarkan dari wad rehat di rumah pula. Lagi seminggu kena datang lagi untuk
appointment follow up.
Asalnya masa cuti Tahun Baru Cina tempoh hari, kami sepatutnya balik Ipoh. Rumah mertua aku. Tapi dah Mama Abah pun terpaksa datang sini, kami masuk wad lagi. Tak jadi balik Ipoh. Huhuhu.
InshaaAllah nanti berkelapangan hujung minggu lain hari kami balik ye...Jumpa lagiii~
P/S: Terlupa nak buat review sikit pasal servis di Hospital Pantai ni.
Ini kali kedua Adam dimasukkan ke wad hospital ni.
Kenapa kami datang lagi untuk kali kedua?
Sebab kami sangat puas hati dengan servis di hospital ni.
Encik suami juga pernah menerima rawatan di sini untuk penyakit pneumonianya dulu.
Memang recommended bagi sesiapa berhampiran dengan Hospital Pantai Bangsar.
Tapi kalau tak sebab
company insurance aku tak mampu juga nak masuk hospital ni sebenarnya.
Alhamdulillah.