ASSALAMU'ALAIKUM
Hari Isnin baru ni, aku ke klinik nak ambil ubat anak. Nak dijadikan cerita tiba-tiba aircond kereta panas. Ingatkan terlupa tekan butang sejuk. Dah tekan masih angin panas yang keluar. Hmmmm sah rosak!
Tapi masih mengharap tak ada kerosakan yang serius melibatkan kos yang tinggi nak repair.
Disebelah petang singgah sebuah bengkel dekat dengan kawasan rumah.
Mekanik check, gas aircond tu overflow katanya. Macam mana boleh terlebih?
Selalunya terkurang?! Kalau rosak katanya perlu tukar 1 set berharga RM1,600.
Selalunya terkurang?! Kalau rosak katanya perlu tukar 1 set berharga RM1,600.
Terkejut beruk aku!
Mekanik buangkan sikit gasnya, disuruh balik dan tengok keadaan pada besok pagi masih panas atau tak.
Keesokan paginya pun masih angin panas yang keluar. Aku dah risau kalau perlu tukar 1 set yang harga macam boleh beli handphone baru nilainya.
Apa lagi, terpaksalah minta tolong encik suami bawakan kereta survey ke bengkel lain pula.
Encik suami ni memang hantu Facebook. Dia tolong tanyakan di group FB Bandar Baru Bangi, bengkel mana yang sediakan servis aircond kereta yang boleh dipercayai. Ramai yang suggest SUID AUTO & AIRCOND SERVICES di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Pergi ke sana, Alhamdulillah katanya tak perlu tukar 1 set. Kalau ke bengkel lain mungkin kita diminta tukar 1 set katanya.
Alhamdulillah syukur sangat rasa, sekurang-kurangnya kurang sikit kos repair.
Dari terkena RM1,600 kurang-kurang perlu bayar kurang dari RM600.
Itupun mencirit juga nak hulur duit bayar kan?
Kurang-kurang aku dah jimat RM1,000.
Sangat-sangat recommended ke SUID Auto & Aircond Services. Kedai melayu tau!
Harap bengkel ni boleh kekalkan prestasi terbaik dia sampai bila-bila.
Bukan senang nak dapat kepercayaan pelanggan tau!
Once customer dah percaya, InshaaAllah pasti dia akan datang lagi untuk dapatkan servis terbaik dari kita.
Apa-apapun kipidap dongibab! Hehehe...
No comments:
Post a Comment
What's on your mind?