Recent Posts

Search This Blog

Saturday 29 September 2012

BATUK KETIKA HAMIL


ASSALAMU'ALAIKUM

Hampir seminggu lebih aku asyik batuk. Kalau batuk berkahak aku rasa orang lain pun lebih selesa daripada batuk tanpa kahak. Batuk tanpa kahak lagi perit dan penat segala bahagian badan. Sebabnya kita akan sentiasa batuk dan batuk lagi sebab sekali batuk tanpa kahak terasa sangat tak puas.

Batuk yang macam ni amatlah terasa perit nak nak lagi ketika hamil.
Ramai yang petua bermacam macam cara dan setiap petua sebenarnya bergantung juga kepada badan seseorang. Kalau sesuai dengan badan, Alhamdulillah tak ada masalah, InsyaAllah berkesan dan mujarab.

Antara petua petua kawan kawan aku pesan adalah:

1. Minum air asam jawa samada dibancuh dengan air ataupun tanpa air dan semestinya bukan dengan air sejuk.

2. Amalkan pengambilan 1 sudu plastik madu dan perahan limau nipis 2 kali sehari. Pagi sekali, sebelum tidur sekali. Lebih elok jika tanpa disusuli air tapi bagi sesiapa yang kurang gemar dengan kemanisan madu yang melampau dibolehkan campur dengan air pastinya bukan air sejuk.

3. Amalkan pengambilan air limau suam kalau keluar makan diluar, jangan order teh 'o' ais limau, sirap limau ais bagai ye. Kalau tak suka air limau suam, order air suam sudah. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat. Hehehe.

4. Amalkan berkumur dengan air bancuhan garam untuk meredakan sakit tekak dan gatal tekak dan merah tekak atau sewaktu dengannya.

5. Jangan lupa vitamin C untuk sistem imun badan.

6. Amalkan pengambilan air barli suam untuk tujuan menyejukkan dalam badan sekiranya merasakan batuk disebabkan cuaca yang panas.

Ha itu sajalah petua yang aku dapat daripada kawan kawan sepejabat dan kawan kawan luar pejabat yang sangat suka membebel. Hehehe. Tapi bebel tanda sayang. Kalau dah batuk tanpa henti, sampai terkencing macam aku ni, takkan lah nak dibiarkan kan?

Ni semua sebab orang kata tak elok ambil ubat batuk ketika hamil walaupun kalau pergi jumpa doktor, doktor masih juga berikan ubat batuk tersebut.

Untuk aku sepanjang batuk seminggu lebih ni, aku hanya amalkan yang nombor 2 dan 3 sahaja.
Alhamdulillah nampak kesan mujarab tu cuma ambil masa sikit. Ubat batuk aku ambil juga kalau terlalu tak tahan batuk tanpa henti sampaikan aku tak tidur malam berhari hari. Tapi tidaklah kerap. Mungkin dalam nisbah 1:3 dalam masa 7 hari lebih ni.

Pendek kata pengambilan dos ubat batuk yang kurang dari biasa, aku tawakal jelah.
Setiap kali aku nak minum ubat batuk tu aku berdoa semoga anak di dalam kandunganku ini terus dipelihara agar sentiasa sihat InsyaAllah. Aku dah tak bermaya sebab setiap malam aku tak boleh tidur, tak dapat rehat yang cukup.

Update 19/10/2012 : Kalau boleh elakkan sebarang pengambilan ubat batuk biasa atau paling kurang herbal cough syrup ataupun Ivy Cough Syrup. Ubat batuk yang tak buat kita mengantok.

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers