Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 20 January 2015

Lelaki & Perempuan

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua...hari ni lambat sikit aku up entri. Ini pun entri semalam patutnya. Hmm petang ni aku bukan nak membebel pasal lelaki versus perempuan ye.

Bukan nak berhujah siapa betul siapa salah.
Aku cuma tertanya-tanya kenapa lelaki sekarang dah kurang gentleman dan perempuan kurang sense of feminism. Termasuk akukah? Hmm...

Apa maksud aku tu ye?

Aku hantar Adam ke rumah pengasuh macam biasa. Tapi belum sempat naik tangga terdengar ada suara seorang ibu dan anak-anak tengah turun tangga.
Memandangkan aku tengah mengendong Adam yang sedang tidur, mesti tak muat ruang tangga tu nak dilalui ramai orang sekaligus, lantas aku berhenti, beri laluan dulu kepada si ibu dan anak-anaknya turun. Mungkin dah kelewatan nak ke sekolah.

Tapi lebih mengejutkan aku, si ibu tu boleh pulak meludah di tangga depan aku!
Hahhh!? Aku salah nampak atau masih bermimpi sebab mengantuk ke apa nih?

Tapi betullah memang si ibu tadi baru saja meludah di depan aku. Masih berbaki sisa ludahan tu di lantai tangga. 
Atau lebih tepat, seorang ibu meludah di depan anak-anaknya.
Fuhh...hebat la kak! Thumbs up!

Agak luar tabii bagi aku. Maaf kalau bahasa aku kasar. 
Tak pernah lagi aku jumpa seorang perempuan, wanita apatah lagi seorang ibu berperilaku seperti itu.

Dimanakah sense of feminism atau paling kurang, dimanakah adab laku seorang ibu untuk dicontohi anak-anaknya kelak. Hmmm...

Aku tak kata aku seorang ibu yang sempurna tapi sebagai seorang ibu kepada anak, mestilah kita akan cuba yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

Apa yang berlaku tadi tu mengingatkan AKU, apakah AKUpun pernah berperilaku seperti itu di depan Adam? Tak semestinya perilaku meludah di depan anak, mungkin juga perilaku lain yang AKU tak sepatutnya lakukan di depan orang ramai tambahan di depan anak sendiri. 

Mungkin bagi sesetengah orang fikir, perkara macam tu biasa. Ibarat terkorek tahik hidung di depan orang ramai. Istilah 'tak sengaja' dijatuhkan. Hmmmm....

Diharap apa yang aku nampak tu, jadi pengajaran juga untuk diri aku ni. Mungkin akupun pernah terlanjur laku tanpa sedar.

Diulang, aku bukan mengkritik tapi perkara seperti itu mengingatkan aku kepada perilaku melampau yang mungkin aku sendiri pernah buat tanpa sedar.

InshaaAllah harap tu dijadikan pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dengan setiap tindak tandukku selepas ni.


Lelaki?

Hmmm cerita pasal lelaki...naik lif memang tak boleh elak lelaki dan perempuan dalam 1 lif.
Lainlah memang ada usaha kerja asingkan lif lelaki dan perempuan macam komuter. Tapi tak pernah jumpa lagi setakat ni.

Ok tak apa. Selalunya dan sepatutnya lelaki akan bagi laluan kepada perempuan dahulu.
What we called it as 'ladies first'. 
Tapi sekarang mostly,  tak semua lelaki ye, tapi kebanyakannya dah kurang gentleman di situ ye.
Sampai dah nak terlanggar-langgar memasing dekat pintu lif tu. Berebut nak keluar dulu. Hmmm...

Kenapa?
Bukan di sini saja berlaku, malah di mana-mana saja. Tak kisahla di jalan raya, dalam lif, di kedai makan dan sebagainya.

Adakah sebab perempuan tu dah dikira one level berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki zaman sekarang ni?

Hmm aku tak pasti pasal tu cuma cuba berkongsi fikiran aku sejak-sejak berulang alik dari Bandar Baru Bangi ni, boleh dikatakan setiap hari aku belajar benda baru.

Hmmm...


No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers