Recent Posts

Search This Blog

Friday 3 September 2010

SELAMAT PAGI

Assalamu'alaikum...
Hari ni dah masuk hari ke-24 kita semua umat Islam mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang setiap tahun kita nanti-nantikan...Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T sebab masih diberi kesempatan kepada kita untuk berpuasa tahun ni...mudah-mudahan puasa anda semua tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas InsyaAllah dengan keberkatanNYA.

Apa-apapun, semoga kita tabah dalam menempuh segala dugaan yang Allah berikan pada kita dalam bulan yang mulia ni...
Besar sungguh rahmatMU Ya Tuhan, Alhamdulillah syukur kepadaMU kerana aku masih mampu mengangkat kelopak mataku pagi ni setelah semalaman KAU matikan aku buat sementara waktu. Aku bangun bersahur seperti biasa. Alhamdulillah walaupun sedikit ja yang dijamah...InsyaAllah mudah-mudahan aku mampu bertahan hingga terbenamnya matahari hari ni aminn...

Alhamdulillah syukur lagi ke padaMU Ya Allah seperti yang dirancang...sebelum jam 6.30 pagi selesai mengemas susul selepas bersolat..aku panaskan enjin kereta...gerak ke pejabat seperti biasa...

Aku selamat sampai di parkir jam 7 pagi.
Walaupun pagi ni hatiku agak terhiris dek kerana teman baik aku, namun aku tetap bersyukur sebab ada kawan macam dia. Alhamdulillah aku boleh menyesuaikan diri dengan seluruh keluarganya. Aku sayang dia walau berapa kali pun kita pernah berselisih faham...InsyaAllah aku tetap sayang dia...semoga Allah sentiasa melindungi dia aminn..


Semoga hari ni lebih baik dari hari semalam...InsyaAllah..

1 comment:

  1. sesekali menjengah entri sendiri yang dah lama di post..bosan pulak..patut x haku delete post ni? hmmmm~

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers