Assalamu'alaikum...
Selamat pagiiiii...syukur Alhamdulillah pada Allah Taala kerana aku masih bernafas..bangun pagi ni walaupun semalaman aku tak boleh tidur. Asyik terjaga ja. Tapi Alhamdulillah bangun pagi ni tak ada la rasa simptom simptom zombie. Kekekeke...
Aku dok mencari template yang sesuai dengan blog aku. Tapi tidak ketemu sih! Buat masa sekarang ni, aku pakai je lah yang ni dulu sementara aku habis belajar buat template sendiri. Kenapa tak ambil template free dalam website ja? Hohhh...merata aku cari kot!! Semua macam ada saja yang tak kena dengan mata aku ni. Bosan betul! Seharian kot aku dok mengadap benda alah ni...Asyik asyik jumpa yang gelap je. Asyik gelap je kan? Nanti ada orang tu bosan! Opppss...kekeke...Hmmm...
Rasa macam tak sesuai pulak dengan tajuk blog aku. Nak letak template lembu tapi kebanyakan semua macam kanak kanak sangat. At least kalau cute tahan la jugak lagi. Sooo...buat masa ni pakai je lah template sekarang ni kaaannn...simple je! Aku suka tapiii kalau tambah gambo sikit kat atas tu haaa PERFECT la kot! Kekeke...
Takpe takpe...bio aku habiskan belajar dulu. Adobe Photoshop aku tak jumpa lagi yang portable. Ada sebenarnya sebelum ni tapi aku baru je format lappy aku. Ter-miss backup hameeekkk!! Bila caik semula dah tak compatible pulak. Tak tau kenapa. Padahal orang lain boleh ja. Nanti lah aku pelan pelan caik lagi.
Sehingga bertemu kembaliii...As Salam ^_^
No comments:
Post a Comment
What's on your mind?