Recent Posts

Search This Blog

Monday 16 June 2014

Adam : Demam Campak!

(Gambar hiasan dari yamieonline.com)

ASSALAMU'ALAIKUM

 Selamat pagi semua....maaf ye gambar di atas tu bukan gambar Adam.
Tak sempat nak tangkap gambar dia bercampak di badan, campaknya dah hilang. So, terpaksa pinjam gambar baby Irfan. Campak Adam pun lebih kurang sama macam campak baby Irfan kena tu.

Aku backlink blog ibunya di SINI. Ada petua cara-cara merawat campak juga di blog ibu Irfan. Boleh klik pada link tu tadi ye.

Berbalik pada cerita si Adam nih....
Isnin lepas 10 Jun 2014, Adam demam panas. Berlanjutan selama 2 hari dengan suhu yang agak tinggi. Tak selsema, tak batuk.
Aku suspect demam panas biasa. 
Di bawa ke klinik, diberi PCM syrup, antibiotic, ubat sakit tekak (sebab tekaknya kelihatan merah kata doktor).

Hari ketiga, Khamis, demam kebah tapi Jumaat pagi 13 Jun 2014, penuh bintik-bintik merah macam baby Irfan kena tu di badan Adam.

OK, rupanya demam 2-3 hari lepas campak ni la nak keluar ni. Aku pulak dah terbagi PCM syrup. Hmmm...takpalah dah tatau...nak buat macam mana kan.

So, apa yang aku buat sepanjang Adam campak?

1. Stop consume PCM syrup memandangkan demam Adam dah kebah 2 hari sebelum tapi masih monitor suhu badan.

2. Sapukan calamine lotion untuk kurangkan kegatalan.

3. Perbanyakkan minum air kosong.

4. Teruskan penyusuan dan pemakanan macam biasa - memandangkan Adam berselera dan aktif macam biasa. Alhamdulillah.

5. Bagi Adam makan sup ayam untuk mengeluarkan campak/'panas dalam' tu sampai 'habis', orang tua pesan sampai ke tapak kaki dan tangan.

6. Bagi minum air kelapa - aku belum bagi Adam minum lagi. InshaaAllah petang ni balik dari kerja nak pergi cari air kelapa. Huhuhu...

Apa yang selalunya ibu-ibu di luar sana buat apabila anak terkena campak? Apa petua-petua yang boleh kita cuba?

1. Calamine lotion antara salah 1 cara untuk mengurangkan kegatalan selain menggunakan daun semambu - dilapik/dialaskan di tilam anak atau direndamkan di dalam air mandian anak.

2. Bedak sejuk juga antara salah 1 cara untuk mengurangkan kegatalan.

3. Bagi minum air kelapa dan sup ayam.

4. Kalau anak masih demam dalam masa yang sama, pastikan suhunya terkawal. Pakaikan baju nipis dan tak berpotensi menambahkan kegatalan di badan. Biarkan 'panas dalam' keluar secara semulajadi.

5. Penyusuan tetap diteruskan. Lebih baik sekiranya susu ibu sebab sedia maklum susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak-anak kita.

6. Untuk penyusuan ibu, si ibu perlu berpantang dari memakan makanan yang berpotensi gatal dan elakkan beri anak makan makanan yang gatal (udang, sotong, seafood etc.), makanan yang berminyak/bergoreng especially toddlers yang dah mula makan makanan solid.

Hmmm setakat ni tu saja petua yang aku terbaca di blog ibu-ibu lain yang boleh dikongsi bersama. Kalau ada tambahan info bolehlah ditambah kat ruang komen bawah ye.

^_^

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers