ASSALAMU'ALAIKUM
Alhamdulillah dalam kesibukan ke sana ke sini...dengan urusan itu dan ini, sedar tak sedar, kandungan aku dah 19 minggu lebih dan besok cukup cukup 20 minggu bersamaan dengan 5 bulan umur kandungan aku.
Tak pernah aku update pasal kandungan aku dalam blog kan?
Hehehe ni kira kali pertama aku kongsi dengan korang.
Hehehe ni kira kali pertama aku kongsi dengan korang.
Selama aku mengandung sampailah ke hari ni, Alhamdulillah, trimester kedua adalah fasa mengandung yang paling selesa buat aku. Tiada lagi alahan, tiada lagi morning sickness, cuma sesekali sahaja terasa pening amat sangat kalau terlambat makan. Doktor sendiripun kata sememangnya trimester kedua adalah fasa paling selesa untuk ibu mengandung namun pemakanan si ibu tetap kena jaga secara berterusan.
Diet pemakanan aku buat masa ni....
Pregnancy Vitamin
Calcium
Folic Acid, doktor klinik tu suruh aku stop apabila aku dah masuk trimester kedua ni, sambung dengan multivitamin warna pink dan kalsium pulak.
Itu saja yang aku ambil selain dari susu Anmum Materna 2 kali sehari bersamaan dengan 8 scoops setiap hari.
Kadang kadang aku skip jugak untuk sebelah malam sebab dah kenyang makan malam, perut aku dah tak boleh nak telan susu. Terasa kenyang sangat.
Susu tu buat aku kenyang. Haha.
Sebenarnya aku dah start ambil asid folik tu sebelum mengandung lagi.
Kawan baik aku yang bagi tau, asid folik elok ambil 3 bulan sebelum kahwin sebagai persediaan badan kita untuk mengandung.
Tapi disebabkan aku lambat tau, sebulan selepas kahwin baru aku start makan supplement tu. Hehehe.
Aku tak ada ambil supplement lain selain dari bawah saranan doktor tu sendiri.
Ada terbaca ibu ibu ambil Neorogain untuk pembentukan otak bayi yang sihat. Tapi aku tak ambil. Aku lebih selesa bawah saranan doktor sahaja selain daripada banyakkan makan sayur dan buah.
Kalau ada di antara pembaca yang ada pengalaman, bolehlah berkongsi cerita kat sini.
Sebarang nasihat amat dialu alukan memandangkan aku ni pun mengandungkan anak pertama. Tak pernah ada pengalaman sebelum ni dengan cara cara penjagaan pemakanan dan sebagainya untuk ibu mengandung.
Senang senang tinggalkanlah komen korang kat bawah ye. Mana tau boleh jugak berkongsi ilmu. Banyak lagi ni yang aku tak tau. Banyak lagi yang aku kena belajar. Hehehe.
Kepada kaum Adam pun kalau pernah ada pengalaman menjaga si isteri masing masing, dan tau sedikit sebanyak pasal diet pemakanan untuk ibu mengandung pun boleh berkongsi cerita kat sini.
Tak ada limitation dalam entri ni hanya untuk kaum Hawa sahaja. Open kepada semua untuk berkongsi ilmu. Tak salah kan? :)

Insha Allah senang senang nanti, aku update lagi.
kejap jer nnt nk deliver...dah 5 bulan tue..hehe...
ReplyDeleteyan : aa arini dah masuk 20 minggu tepat means 5 bulan dah la..alhamdulillah..tinggal 4 bulan 10 hari lg yan...semoga dipermudahkan. aminn...
ReplyDeleteSalam fara
ReplyDeleteBlogwalking here..sy pn amik obimin+calcium sbb sy xminum susu.perlu ka susu kalau dh fara amik kalsium.
assalamu'alaikum...
Deletewa'alaikumussalam hehehe
hai myza..mekaseh sudi singgah...
msa ni sy minum juga susu tp xcukup..kaki tetap kejang...rambut gugur byk juga...gigi pun kdg rasa ngilu...
tu sbb sy tambah dgn kalsium tu myza...
kalau awk rasa da ok then terpulang lah...
tp ramai juga nasihatkan sy...kena banyak ambik kalsium sbb lepas bersalin pun nk guna banyak kalsium....hehehe