Recent Posts

Search This Blog

Friday 14 December 2012

Set Bersalin Afiat


ASSALAMU'ALAIKUM

Ok hari ni selepas beberapa hari aku dok mencari review pasal produk Afiat, aku rasa dah boleh buat entri pasal set bersalin kedua ni pulak.

Tak banyak review yang aku jumpa.
Feedback positif dengan negatif sama banyak tapi yang negatifnya bukanlah dari set bersalin tu sendiri tapi dari pengguna tu sendiri.

Kebanyakan ibu mengandung yang menggunakan produk ni katanya berkesan.
Bezanya dengan Set Bersalin Amway seperti yang aku review dalan entri yang LEPAS, ia tak ada pilis untuk diletakkan di dahi kita.
Bengkung ada sama dengan Set Bersalin Amway.

Dari segi negatifnya yang aku terbaca, bayi yang sensitif dengan bau, tidak begitu suka dengan balm/minyak produk Afiat ni sebabnya terlalu kuat baunya, tak berapa sesuailah terutama sekali masa nak menyusu.
Begitulah kata pengguna tu. Aku sendiri pun tak pernah guna kan.
Just take notes sajalah apa yang terbaca, bau balm/minyak badan produk Afiat ni berbau kuat.

Harga 1 set bersalin ni dalam lingkungan
RM85 - RM89 sahaja.
Lebih murah berbanding dengan Set Bersalin Amway.

Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang pernah menggunakan produk ini, sangat dialu alukan untuk berkongsi pengalaman bersama dengan meninggalkan komen di bawah ye.
Mintak jasa baik pembaca untuk tolong kawan kawan termasuklah diri saya sendiri untuk memilih produk set bersalin yang paling sesuai dan berpatutan.

2 comments:

  1. Salam Fara..
    Bagus sekali utk ibu2 yg bakal bersalin n wanita2 yg bakal berkahwin..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam shameel..
    hehehe...dah mcm xda keja la pulak kan dok post entri pasal set bersalin..sekadar berkongsi cerita aje..xsalahkan meel? hehe

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers