Recent Posts

Search This Blog

Monday 28 October 2013

Pengasuh Bayi : Pengasuh Adam

ASSALAMU'ALAIKUM

Cerita ni 3 bulan yang lalu. Operasi mencari pengasuh sejurus selepas balik dari berpantang terus diusahakan sebelum aku naik kerja semula. 
Sebelum berpantang pun, even sebelum aku bersalin lagi aku dah mula mencari pengasuh. Kononnya nak booking awal sebelum tempat penuh. Tapi setiap kali aku singgah di setiap rumah pengasuh semuanya jawap, "Haaa bersalin dulu dik. Dah bersalin nanti call akak ye?!" 

Dah gitu katanya, aku pun dah sarat nak bersalin lepas tu, penyakit malas mula meresap dalam badan. Tu sebablah lepas berpantang baru aku mula balik operasi mencari tu. 

Kriteria Pengasuh
  1. Berpengalaman menjaga bayi dari umur 3 bulan sekurang-kurangnya (selalunya lepas pantang 2-3 bulan baru ibu-ibu hantar anak masing-masing kan)
  2. Perempuan (Sudah tentu)
  3. Tidak mengasuh terlalu ramai dalam 1 masa (paling kurang 2 orang bayi sahaja termasuk Adam)
  4. Berdekatan dengan office (in case kalau perlu berkejar ke rumah pengasuh senang aku nak 'berlari')
  5. Keadaan sekeliling yang selamat untuk bayi yang sedang membesar
  6. Pastinya waras (tak mau jadi macam kes dera dalam berita)
  7. Hmmm dah tak ingat sebab terlalu banyak aku rasa...
Mencari punya mencari tak semua ketujuh-tujuh tu pun aku berjaya penuhi. Sebab sebenarnya sangat susah nak mencari yang betul-betul sesuai dan kita yakin dia mampu jaga anak kita dengan baik. Nak sebaik dan sepuas sendiri jaga susah la kan. So, aku tawakal hantar juga kat seorang pengasuh ni di Balai Bomba dan Penyelamat Bangsar. Lebih kurang 700 meter sahaja dari office aku.

(Pengasuh Adam secara rasminya)
Aku tawakal hantar Adam ke situ atas sebab aku berjaya cari lebih baik dari apa yang aku senaraikan di nombor 3. Dia hanya mengasuh seorang saja dalam 1 masa. Kiranya dia mengasuh Adam seorang sahaja. Alhamdulillah.

Tapi selepas sebulan, aku semakin risau apabila kriteria ke-5 agak berisiko. Sebabnya, pengasuh ni ada bela 2 ekor kucing. Huwarghhhh....ada pernah sekali ternampak bulu kucing ada di puting botol susu anak aku...oh tidakkk....!

1 lagi kadangkala, pengasuh ni suka buat Adam macam anak dia sendiri. Ada sekali mungkin dia terlepas cakap bagi tau yang dia ada bagi Adam 4oz air rebusan beras. Tau tak air rebusan beras tu macam mana? Bila kita masak nasi, semasa mendidih, ada air separa jernih keluar dari beras yang hampir masak tu, yang agak pekat tu...ha itu lah air rebusan beras yang diberinya kepada Adam.

Apa perasaan ibu-ibu di luar sana apabila anak kita diperlakukan sebegitu? Tak salah kalau tak membahayakan bayi tu tapi masalahnya sekarang walaupun Adam tak cedera, tapi masa tu Adam belum lagi makan apa-apa semisolid apatah lagi solid food. Sekurang-kurangnya, umur bayi 6 bulan baru perut bayi cukup matang menerima sebarang makanan selain susu ibu atau susu formula.

Mungkin bagi sesetengah pihak sangat menggemari dengan kenyataan ni...
"Alaaa dulu akak bagi anak-anak akak ok je..membesar elok sihat je sampai sekarang..."
Hmmm masalahnya setiap bayi, setiap anak tu sendiri pun berbeza penerimaannya. Tak sama ye kak, makcik. Tolong jangan samakan anak saya dengan anak akak-akak,makcik-makcik sekalian. Hmmm...kalau apa-apa jadi, siapa yang susah? Hmmm..

Aku dan encik suami cuba bersabar, pesan apa patut supaya dia tak ulang lagi dan dengan harapan dia lebih berjaga-jaga dan berhati-hati setiap apa yang dia buat. Kami masih menjaga hati kakak tu.
Kalau orang lain, aku rasa, dah habis kena sound. Hmmm...Ya Allah semoga Kau lindungi anak ini daripada sebarang musibah dan penyakit inshaaAllah Amin.

Kepada para ibu dan bakal ibu atau sesiapa saja yang sedang mencari pengasuh dan penah dengar cerita dari saudara mara mengenai masalah ni, ada pengalaman seperti ni yang sudi berkongsi jangan segan-segan tinggalkan komen. 

Bersambung lagi selepas ni dengan entri yang lain pula...terima kasih sudi baca sampai habis...hehe



1 comment:

  1. I love it when individuals get together and share ideas.

    Great blog, stick with it!

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers