Recent Posts

Search This Blog

Friday, 25 January 2013

Kerisauan Mencari Pengasuh



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi.
Di hari yang baik, dengan cuaca yang mendung, membuatkan aku malas sungguh nak menapak pergi kerja. Menapak? Yelah yelah aku pergi kerja pun orang rumah hantarkan. Hehehe.
Hari ni orang rumah aku cuti. Dipaksa cuti oleh majikannya katanya. So, terpaksalah aku bangun juga pagi tadi bersiap untuk ke tempat kerja sorang sorang.

Berbalik kepada tajuk utama entri aku, yeee aku sedang kerisauan mencari pengasuh untuk bayi kecilku nanti apabila dia dah keluar dari perut aku ni.
Begini rupanya perasaan seorang bakal ibu untuk anak pertama yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Macam macam kena fikir untuk buat yang terbaik.

Bukan aku tak bertanya di merata tempat yang aku tahu dari awal.
Aku mula mencari sejak kandungan aku ni seawal 2-3 bulan lagi.
Tapi asyik penuh saja di mana mana pun.
Mungkin belum rezeki aku lagi agaknya nak berjumpa dengan tempat pengasuhan yang sesuai agaknya.

Pagi ni, memandangkan orang rumah aku cuti, sejurus lepas dia menghantar aku di kantor (erkkk bahasa Indonesia pulak), dia terus pergi ke tempat pengasuhan berhampiran Vista Angkasa Apartment, Kerinchi untuk menanyakan kekosongan yang ada.
Sepertimana yang aku dapat rasakan sebelum ni, dah juga penuh. Pengambilan hanya 3 orang setiap penjagaan bayi berumur bawah 1 tahun.

Tak apalah mungkin kami kena terus mencari dan cari lagi...
Googling membawa hasil ada 2 tempat pengasuhan berdaftar lagi di kawasan Pantai Dalam.
InshaAllah akan menyusul kedua tempat ini pula lepas ni.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. InshaAllah.
Amin

Friday, 18 January 2013

Resipi Roti Gulung Sosej

(norhusny.blogspot.com)
ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...
Semalam balik dari kerja, jalan sangatlah sesak, sampai rumah pun hampir Maghrib.
Walaupun rumah dengan pejabat dalam 10 minit kalau tak sesak, tapi tetap sampai lambat. Kalau rumah orang lain kat Klang nun, entah pukul berapa baru sampai rumah kan? Hmm..

Alih alih, menu makan malam aku dengan orang rumah cuma Roti Gulung Sosej Malas dengan naget je malam tadi. Masing masing kepenatan, nak makan apapun dah kurang selera, makan sebab risau perut masuk angin je.

Gambar di atas ehsan dari blog orang lain memandangkan malam tadi aku malas nak snap gambar. Rupanya begitu lebih kurang ye kawan kawan. Hehehehe. Aku backlink sekali blog beliau.

Resipi Roti Gulung Malas

BAHAN-BAHANNYA:
 
1. 6 keping roti keping Gardenia (atau apa saja brand yang suka)
2. 1 biji telur ayam
3. Secubit garam
4. Secubit serbuk lada hitam
5. 6 batang sosej ayam/daging
6. Minyak untuk menggoreng.

CARA-CARANYA:

1. Celur sosej tadi ke dalam air mendidih beberapa minit sampai bertukar saiz menjadi kembang sedikit dari saiz asal.
2. Pecahkan telur ayam, masukkan secubit serbuk lada hitam dan garam dan kacau lagi.

3. Lenyek dan nipiskan roti keping dan gulungkan sosej yang dicelur tadi kemas kemas.

4. Celupkan sosej yang digulung roti tadi ke dalam telur kemudian digorengkan ke dalam minyak yang panas sampai keperangan. Angkat dan hidang. Lapik dengan tisu dapur untuk hilangkan minyak terkumpul pada roti ye.

5. Makan bersama sos cili dan mayonis. Sedap dan kenyang! Alhamdulillah.

*Nak lagi sedap, gulungkan sekali dengan sekeping keju setiap gulungan roti tadi. Tapi disebabkan aku malas nak pegi beli kat kedai runcit, aku guna bahan apa ada jelah kat dapur tu. Hehehe.

Wednesday, 16 January 2013

Resipi Mee Hailam

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua....
Pagi hari lagi aku dah buang tebiat meng-Google resipi stok ayam.
Hahahaha...puncanya sebab malam tadi..niat di hati nak buat Mee Goreng Basah sekali terjadi Mee Hailam gara gara aku masukkan sekali kuah sup ayam a.k.a stok ayam.

Gambar mintak maaf tak dapat nak upload sebab aku terlupa nak bawak cable phone hari ni. Gambar ada dalam phone. Hehehe. Tapi kalau Google Mee Hailam, gitulah jugak rupa Mee Hailam yang terlanjur malam tadi cuma tanpa isi ayam. Hehehe.

(Gambar Hiasan dari Nureen Blogspot)
Resipi Mee Hailam Terlanjur

Hidangan untuk 2 orang makan.

BAHAN-BAHANNYA:

1. 4 ulas bawang putih*
2. 1/2 bawang besar*
* ditumbuk dan aku memang suka guna bawang besar sebab malas nak mengupas bawang merah yang kecik kecik tu.

3. 1 paket perencah Nasi Goreng Adabi (taknak guna ni pun boleh, guna cili kisar semata)
4. 1 sudu cili kisar (aku rebus cili kering potong dan dikisar bersama tomato dan bawang besar -  stok sedia ada dalam peti ais)

5. Sayur sayuran (sawi, kobis, lobak merah yang diracik ikut suka hati)
6. Kek ikan (fishcake)
7. Bebola ikan (fishball)
8. 1 sudu sos tiram
9. 2 sudu sos tomato
10. 2 sudu sos cili
11. Garam secukup rasa
12. Gula secukup rasa
13. 2 senduk kecil stok ayam (ikut selera masing masing nak berkuah banyak mana)
14. 1 paket mee kuning (boleh juga diganti dengan spegeti bagi yang tidak suka mee kuning)

 CARA-CARANYA:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk sehingga garing.
2. Masukkan 1 paket perencah Nasi Goreng Adabi/1 sudu cili kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili serta garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan bebola ikan dan kek ikan sampai agak empuk dan campakkan sekali sayur sayuran yang keras dahulu supaya daunnya bahagian yang lembut tak terlalu layu.

5. Rasakan masin, masam, manisnya kemudian masukkan mee.
6. Kacau lagi dan masukkan pula stok ayam mengikut citarasa masing masing.
7. Kacau lagi sampai masak, angkat dan hidangkan panas panas.

*Boleh juga ditambahkan dengan udang/isi ayam/daging atau sotong mengikut selera. Aku tak letak sebab malas. Hahahaha.

Sunday, 13 January 2013

Sleepy Head on Sunday Morning!

(Image from Devianart)
ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua....maybe I shouldn't wake up this early morning but seems got stuff to do during this lovely Sunday, I have to! Dengan bersemangatnya aku menahan mata, gagahkan diri bangun juga di pagi hari mengadap lappy

Kononnya niat di hati nak siapkan kerja awal hari ni. Sekali! Hampeh yang aku dapat! Hukhuk. The server is just running my jobs! Sepatutnya dia running awal pagi tadi dalam jam 3-5 pagi! Uwaaaaa....ni mesti sebab delay dari skrip orang lain. Harap bersabar jelah ye wahai Fara! Mau nak dekat lunch baru settle. Then barulah aku boleh sambung part aku meng-query kesemua data manually semula.

Hmmmm...

Friday, 11 January 2013

Minute Maid Pulpy

ASSALAMU'ALAIKUM

Sekarang ni aku dok gian minum benda ni...hahahaha...semuanya gara gara orang rumah aku la ni...
tapi tak la setiap hari..kalau terasa nak minum masam memang aku mencari air ni..hehehe
sedappp...
tak semanis Twister...kiranya sedang sedang je lah
elok la untuk aku yang sedang memboyot ni untuk kurangkan pengambilan gula dan garam kannn....
kalau rasa terlebih minum manis atau makan masin..cepat cepat topup dengan air kosong banyak banyak sampai asyik berulang ke bilik air pun tak apa.

Promote tanpa dapat apa apa bayaran komisyen ye haha...
try la ye sesiapa yang tak pernah merasa tu...
ada perisa orange, mango & tropicana....


Muhammad Zahin Irfan Yuslizal


ASSALAMU'ALAIKUM

 
Nampak sangat aku tak ada kerja hari ni kan?
Almaklum hari Jumaat katakan....besok cuti , hari ni memasing dah malas nak fokus kerja sangat. Hahaha.

Uikksss...aku belum bersalin lagi! Gambar atas ni sebenarnya anak kepada sepupu aku.
Hari minggu lepas aku ada balik ke kampung kejap. Sempatlah aku singgah rumah sepupu menjenguk anak dia yang baru dilahirkan secara ceasar pada 30 November 2012 hari tu.

Alhamdulillah selamat sihat je dia.
Nama dia MUHAMMAD ZAHIN IRFAN BIN YUSLIZAL

Comel kan? Hehehe semua bayi dalam dunia ni memang comel dengan bau dia yang menusuk tu boleh buat kita ketagih nak cium cium dia.

Semoga maknya IRDA SYAHIRA BINTI KHAIR ANWAR pun cepat cepat sembuh dari luka jahitan dan selamat kembali bekerja tak lama lagi. Kejap je rasa dia berpantang.

InshaAllah my turn this coming end of April! Bermarathon aku dengan sepupu mengandung lepas tu bersalin. Hehehe.
 Doakan aku ye.

Set Bersalin Shaklee, Loose Pack Nona Roguy

ASSALAMU'ALAIKUM

Buang tebiat pepagi hari ni, aku terajin nak update entri di blog aku ni.
Haihhh...mintak maaflah ye, sejak 2 menjak ni memang aku post pasal set bersalin, supplement ibu mengandung aje. Macam aku sorang je yang pernah mengandung kan? Tapi hade haku kesah? Blog aku kan....kalau rasa bosan then tak payahlah baca.

Sebenarnya ni lebih kurang macam entri tertunggaklah sebab rasanya hujung tahun lepas aku ada update pasal set bersalin apa yang akhirnya aku pilih.

Macam dalam gambar hiasan di atas, ya, aku memilih Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada 4 vitamin asas iaitu:

a) B Complex
b) VitaLea
c) Vitamin C
d) Zinc Complex

Dengan tambahan lagi 2 vitamin:

e) Alfalfa
f) Lecithin

Reasons aku memilih set bersalin ini sebabnya, aku sendiri pun belum pasti samada aku akan bersalin normal atau sebaliknya. So, set bersalin yang tidak panas begini sebagai tindakan play safe aku disamping ramai pengguna mengakui keberkesanannya untuk merawat luka dengan cepat dan dalam masa yang sama untuk penjagaan badan dalaman dan luaran. 



Untuk loose pack pula aku mengambil keputusan untuk membeli produk Nona Roguy yang berperanan untuk disapu ke bahagian tertentu sebelum memakai bengkung. Minyak ini juga sebagai tindakan play safe aku juga sebab ia sesuai untuk ibu yang deliver secara normal atau sebaliknya.

Harap kepada sesiapa yang masih ragu ragu untuk memilih set bersalin anda, entri kali ni membantu anda untuk membuat penilaian. Walaupun tak banyak sebab aku malas nak explain kebaikan setiap set, bolehlah merajinkan diri anda meng-Google sendiri ye. Hehehe.

Thursday, 3 January 2013

Susu Kambing : Pil Susu Kambing

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi...memandangkan kerja aku dah siapkan awal tunggu adhoc tasks sahaja, dari tak ada buat apa apa sempat kot aku update blog kejap kan. Hehehe.

Entri tertunggak. Isnin lepas setelah beberapa lama dok mencari pil susu kambing yang bersesuaian dan berkemampuan akhirnya aku jumpa pil susu kambing seperti dalam gambar di bawah ni di stokis Cosway, Sphere Bangsar South.


Alhamdulillah rezeki aku, masa tu tengah promotion year end sebotol cuma RM19 untuk ahli terkandung 300 biji didalamnya. Harga non-member RM48 sebotol. Aku ambil 2 botol terus dah alang alang dapat beli murah tu kan. Terima kasih kat kawan aku sebab sudi bagi member ID Mama dia untuk aku guna. Kalau tak jangan harap aku dapat beli dengan harga ahli semurah ni. Hahaha. Thanks in advance my friend, Suhaili Shahrul Annuar. Aku backlink blog dia sekali kat SINI.

Aku dah start makan supplement ni sejak hari Isnin lepas, Alhamdulillah aku dah tak ada masalah sakit gusi lagi. Mungkin selama ni sakit sebab aku kekurangan kalsium. Pengambilan susu Anmum Materna segelas sehari dan sebiji pil kalsium sehari masih tidak mencukupi untuk keperluan kalsium badan aku.

Sebenarnya ada lagi brand lain untuk produk susu kambing ni samada dalam bentuk serbuk, cecair atau pil. Paling rendah harga aku pernah jumpa di online dengan harga ahli RM22 sebotol kurang dari 300 biji di dalamnya. So, aku mengambil keputusan untuk mencuba brand ni yang berperisa Butterscotch. Sedap dan tidak berapa manis. Chewable. 

Brand lain yang aku jumpa ada juga berperisa asli (susu asli), strawberi dan coklat. Mungkin ada sesiapa yang berminat dengan perisa lain boleh cuba brand Hi-Goat. Juga brand yang dipercayai keberkesanannya dari segi penghasilan dan penjualannya.

Diharap sedikit sebanyak boleh membantu ibu ibu dan bakal bakal ibu yang mencari supplement susu kambing untuk mengelakkan bayi anda terkena jaundice selepas dilahirkan nanti. InshaAllah semuanya atas izin Allah SWT juga, kita hanya mampu berusaha.

Susu kambing juga sebenarnya bagus untuk ibu mengandung kata sesetengah ibu yang punya pengalaman. Tetapi susu kambing tidak sesuai untuk bayi baru lahir kerana sistem pencernaannya masih tidak mampu untuk mencernakan kandungan susu kambing sepertimana orang dewasa.

Kalau ada sesiapa di sini yang ingin menambah info mengenai susu kambing antara minuman kegemaran Nabi kita Rasulullah SAW ini, bolehlah tinggalkan komen di bawah. Jangan segan segan. Akupun masih belajar dan sama samalah kita belajar. Banyak khasiatnya yang kita tak tahu.
Daisypath Friendship tickers