Recent Posts

Search This Blog

Wednesday 16 January 2013

Resipi Mee Hailam

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua....
Pagi hari lagi aku dah buang tebiat meng-Google resipi stok ayam.
Hahahaha...puncanya sebab malam tadi..niat di hati nak buat Mee Goreng Basah sekali terjadi Mee Hailam gara gara aku masukkan sekali kuah sup ayam a.k.a stok ayam.

Gambar mintak maaf tak dapat nak upload sebab aku terlupa nak bawak cable phone hari ni. Gambar ada dalam phone. Hehehe. Tapi kalau Google Mee Hailam, gitulah jugak rupa Mee Hailam yang terlanjur malam tadi cuma tanpa isi ayam. Hehehe.

(Gambar Hiasan dari Nureen Blogspot)
Resipi Mee Hailam Terlanjur

Hidangan untuk 2 orang makan.

BAHAN-BAHANNYA:

1. 4 ulas bawang putih*
2. 1/2 bawang besar*
* ditumbuk dan aku memang suka guna bawang besar sebab malas nak mengupas bawang merah yang kecik kecik tu.

3. 1 paket perencah Nasi Goreng Adabi (taknak guna ni pun boleh, guna cili kisar semata)
4. 1 sudu cili kisar (aku rebus cili kering potong dan dikisar bersama tomato dan bawang besar -  stok sedia ada dalam peti ais)

5. Sayur sayuran (sawi, kobis, lobak merah yang diracik ikut suka hati)
6. Kek ikan (fishcake)
7. Bebola ikan (fishball)
8. 1 sudu sos tiram
9. 2 sudu sos tomato
10. 2 sudu sos cili
11. Garam secukup rasa
12. Gula secukup rasa
13. 2 senduk kecil stok ayam (ikut selera masing masing nak berkuah banyak mana)
14. 1 paket mee kuning (boleh juga diganti dengan spegeti bagi yang tidak suka mee kuning)

 CARA-CARANYA:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk sehingga garing.
2. Masukkan 1 paket perencah Nasi Goreng Adabi/1 sudu cili kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili serta garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan bebola ikan dan kek ikan sampai agak empuk dan campakkan sekali sayur sayuran yang keras dahulu supaya daunnya bahagian yang lembut tak terlalu layu.

5. Rasakan masin, masam, manisnya kemudian masukkan mee.
6. Kacau lagi dan masukkan pula stok ayam mengikut citarasa masing masing.
7. Kacau lagi sampai masak, angkat dan hidangkan panas panas.

*Boleh juga ditambahkan dengan udang/isi ayam/daging atau sotong mengikut selera. Aku tak letak sebab malas. Hahahaha.

3 comments:

  1. lupa dah komen apa tah tadi (test)

    ReplyDelete
  2. testing testing

    ReplyDelete
  3. dapat dah pah! hahaha tenkiu bgtau...kalau x sampai sudah aku tatau benda tu menyusahkan..sbb aku penah jgk komen kt blog org yg ada verification words tu...ok ja la setakat ni...mesti ada bugs la kot hg xboleh pai 5 kali..hehhe

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers