Recent Posts

Search This Blog

Monday 7 October 2013

Pengalaman Bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

(Hasil Google)


ASSALAMU'ALAIKUM

Tiba-tiba aku teringatkan pengalaman bersalin di PPUM. Minggu lepas baru aku upload ENTRI secara ringkas pasal pengalaman aku kat situ tapi hari ni terasa nak taip entri penuh dari awal aku mula masuk wad.

Setelah buat beberapa bacaan dalam beberapa forum, akhirnya aku dan suami mengambil keputusan untuk bersalin di PPUM. Prosedur macam biasa memerlukan kita membuat pendaftaran dan diikuti dengan follow up appointment.

Untuk 6 bulan pertama, aku buat check up di klinik swasta berpanel. Apabila dah masuk bulan yang ke-7, barulah aku mula ke PPUM. Kenapa tunggu kandungan 7 bulan baru pergi?
Sebabnya PMCare hanya cover sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan dan perubatan bermula daripada kandungan 7 bulan sahaja.

PMCare? Hmm sebenarnya aku staf Telekom Malaysia Berhad (TM). PMCare cover segala perubatan dan kos pemeriksaan untuk ibu bersalin dan juga perubatan dan pemeriksaan untuk sakit biasa. Pendek kata, PPUM adalah salah satu panel TM juga

Proses menunggu untuk pemeriksaan tidaklah terlalu lama. Ambil nombor giliran seperti biasa macam dekat bank-bank tu, tunggu nombor giliran, lepas tu bermulalah pula proses untuk mendaftar di stesen jururawat sebelah dalam untuk mendapatkan nombor giliran ke bilik pemeriksaan doktor pula.

Sebelum aku terlupa, di kaunter pertama, bayaran pertama diperlukan adalah sebanyak RM30 dan RM500 untuk warganegara sekiranya confirm nak bersalin di situ. Untuk penjawat awam kerajaan, bolehlah menggunakan GL atau FOC. Aku sebagai staf TM, aku menggunakan GL dari pihak PMCare.

Selepas membuat pembayaran, kita perlu serahkan kepada jururawat bertugas di stesen jururawat sebelah dalam (kaunter kedua).Digalakkan untuk membawa sampel urin bersama-sama untuk mengelakkan kesesakan semasa tunggu untuk pemeriksaan urin. Setiap kali check up, pemeriksaan air kencing atau urin diperlukan termasuklah penambahan berat badan kita.

Keputusan pemeriksaan perlu diserahkan kepada kaunter jururawat (kaunter ketiga). Di situ kita akan diambik bacaan tekanan darah sebelum disuruh duduk di tempat menunggu, menunggu nombor giliran kita naik di board. 

(Tempat menunggu)


Setakat tu so far so good. Semuanya berjalan lancar dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu giliran.

Setiap lawatan untuk pemeriksaan berlanjutanlah sampai ke hari yang dinanti-nantikan.
Tanda darah keluar. Aku terus mengajak encik suami ke hospital setelah aku usai mengemas beg baju.
Nervous?
Alhamdulillah pagi tu aku rasa sangat tenang. Mungkin sebab 2-3 hari sebelum aku dah pun dimasukkan wad sebab baby kurang bergerak. Aku dah cerita sedikit sebanyak dalam entri aku minggu lepas. Hehe.

Sampai saja di tingkat 3, aku disuruh untuk salin pakaian memakai pakaian hospital. Almaklum dah biasa, sekali lagi tenang je aku pun pergi salin baju. Diminta untuk berehat di katil sementara tunggu masa yang betul untuk ditolak masuk ke labor room. 

Contraction bermula setiap 10-15 minit. Sempat lagi aku mengajak encik suami temankan ke surau untuk solat Zohor. Aku bimbang kalau-kalau ditolak ke bilik bersalin, aku dah tak sempat nak ke surau.

Contraction terus-terusan bermula selang 2-5 minit. Fuhh...sakitnya tidak terkira tapi aku cuba bertahan. Terus baca doa Nabi Yunus a.s dengan harapan aku tidak terlalu fokus pada rasa sakit tu.
Sesekali jururawat datang 'seluk' untuk check bukaan. Masih 2 sentimeter. Aku diminta untuk banyakkan berjalan. Walaupun tengah menahan sakit, aku gagahkan juga untuk berjalan dengan harapan cepat bukaan tu bertambah.

Rasa makin sakit makin kerap. Hanya Allah saja tau masa tu. OK rasa sangat sakit. Terus panggil doktor. Doktor perempuan kecil datang 'seluk' lagi. Baru lebih kurang 3 sentimeter. OK lagi 1 sentimeter. Sabar Farah!! Sakit lagi dan sakit lagi! Tahannn...demi anak yang bakal lahir!

Jururawat datang 'seluk' lagi! OK 4 sentimeter! Semua dah siap peralatan terutama sekali kerusi roda untuk menolak aku ke bilik bersalin tingkat atas.

Encik suami tidak dibenarkan ikut masuk. Dari situ aku mula tabahkan hati untuk menempuh semua tu seorang diri di bilik bersalin.

Tak sedar dah panjang rupanya entri aku ni. Hehehe.
Ok bersambung...

Semasa di dalam bilik bersalin, aku diminta baring dan alat ECG di pasang untuk monitor aku punya contraction. Air pun dicucuknya juga sebab bimbang aku dehidrat semasa meneran nanti.
Sakit kat perut tak terhingga dah masa tu. Aku rasa aku dah tertendang-tendang dah bucu katil tu.
Dari jam 5 petang aku tunggu, doktor estimate jam 9 malam, full bukak sampai 9 sentimeter.
Tapi jam 8.15 malam aku dah terasa nak meneran!!!
Nurseeeee!! Dah rasa nak teran nih!
Sabar kata jururawat tu. Belum lagi 9 sentimeter. Tapi aku dah tak daya nak menahan.
Tengah sakit-sakit tu jururawat selak kain aku. Tiba-tiba dia menjerit. 
OK!! BABY IS COMIN'!!!

Dari situlah aku sedar yang aku sudahpun nak bersalin.
Ya Allah Kau permudahkanlah! Kurangkanlah rasa sakit nii..!
Seorang doktor lelaki masuk. Ahhh dah tak kisah laki ke perempuan. Dah sakit nak meneran nih!

Bermulalah proses meneran. Meneran kali pertama salah! Teran kali kedua baru betul. Dapat rasa kepala baby keluar perlahan-lahan. Pushhh! Kata jururawat. Sikit lagiii! Kata doktor.

Akhir sekali Alhamdulillah leganya rasa. Tepat 8.40 malam aku dah terdengar suara menangis.
Alhamdulillah. Aku dah berjaya bersalin normal bayi lelaki seberat 3.08kg. Syukur Alhamdulillah. Padahal masa dok meneran tu aku harap sangat aku pengsan, mungkin doktor boleh lakukan sesuatu untuk bantu aku. Hahaha sebab dah tak larat sangat rasa. Tapi kuasa Allah, Dia tak izinkan aku pengsan, Dia nak aku terus usaha melahirkan anak tu secara normal.

Lega rasa sakit terus hilanggg~
Tapi kesakitan kembali semasa proses menjahit. Doktor kata aku luka banyak.
Aku dapat rasa darah melimpah ruah keluar mengalir. 
Mungkin habuan aku, proses menjahit terlalu lama. Sejam terlalu lama bagi aku untuk menahan sakit yang tak terhingga. Jahit hidup-hidup! MasyaALLAH! Berikanlah aku kekuatan!
Apa-apapun Alhamdulillah semuanya selamat.
Perkenalkan Muhammad Adam Farhan Bin Syazmir.

(My beloved son! The greatest gift from HIM)

Aku rasa cukuplah setakat tu. Sebelum ada bakal ibu di luar sana tak jadi pula nak cuba bersalin normal :) 
Apa-apa kemusykilan bolehlah tinggalkan mesej diruang komen ye :)

Terima kasih setia membaca dari awal sampai habis!

P/S: Sambungan kepada entri ini sila klik SINI

15 comments:

  1. baru check wife mengandung semalam, hepi sgt. heheh..dia pun kerja tm tapi under kelly. buat order customer. cuma untuk check up nanti xtau nak g hospital mana. mmmm..

    ReplyDelete
  2. wife staf TM juga ye? sp nama? kot kenal hehe
    alhamdulillah tahniah ye...
    duduk area mana? early 6 months ni pegi je klinik panel biasa dlu..dah masuk 7 months nt baru sambung di hospital..bukan ap kalau checkup awl2 di hospital jenuh menunggu...ramai org...hehehe

    ReplyDelete
  3. PPUM kalo buat monthly check up ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara keseluruhannya bg sy ok sj
      standard hospital kerajaan...bab ramai kena lama menunggu tu dah terlalu sinonim sgt dgn hospital kerajaan kan :)
      kalau sotongkayu xkisah..then bukan isu lah :) doktor dia pun kebanyakan ok friendly sj... :)

      Delete
  4. PMCare cover maternity? Mcm x caya je.. Company sy keje pun guna pmcare tp officemate yg pregnant ckp x cover pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) walaupun insurans yg sama atas nama PMCare depends pd company juga...kalau company ambik utk cover maternity staf then ada la peruntukan tu..mungkin company awak xambik la tu...
      alhamdulillah sy xkena byr apa2 pun aritu masa bersalin...
      company sy ada bg benefit utk bersalin tp limited
      cth nya kalau bersalin normal sekian2 kos covered kalau lebih tambah sendiri
      bersalin ceasar plak sekian2 amount limited..kalau lebih tambah sendiri...
      mcm sy aritu alhamdulillah xover limit so dia cover semua

      Delete
    2. Tm cover untuk bini besalin juga?

      Delete
  5. assalam kak farah..msa jhit tu doktor laki yer..n kita bole request doc msa utk nak brslin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm...
      ye dik..doc laki..doc yg sma sambut anak akak msa tu..huhuhu..sll nya once doc tu start..dia lah yg kena habiskan melainkan ada emergency perlu tukar doc
      msa sebelum register utk bersalin di PPUM, mmg akak ada tnya boleh request doc perempuan x...
      dari awal lagi mmg nurse inform ikut kesediaan doc semasa tu..
      msa akak masuk labor room mmg ada 2 org doc perempuan on call...mmg dok doa je doc perempuan tu yg akan treat akak..sekali bila dah nk meneran doc laki yg masuk..redha je lah...dah sakit pun xda kudrat akak dah nk bertekak request doc perempuan juga hahaha

      Delete
  6. Kenapa kena jahit hidup2. Diaorang x bg bius ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamu'alaikum&selamat pagi anonymous,
      terima kasih sudi singgah blog nih..
      kenapa dijahit hidup2 tanpa bius?
      sebenarnya selepas bertanya kepada pengalaman kwn2 yg lain..
      kalau bersalin normal..
      mmg tidak dibius semasa proses perapian selepas bersalin...sbb xnak ambil risiko saraf2 terlibat hilang fungsi setelah ubat bius habis..
      mungkin cik/puan/encik boleh refer pd yg lebih pakar terutama pihak hospital..hehe
      tp begitulah yg diberitahu...

      Delete
  7. assalamualaikum , boleh sy dptkn email akk . berkenaan dgn claim pmcare .

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum , blh dptkn email akk . untuk pertanyaan lebih lnjut mengenai pmcare ni

    ReplyDelete
  9. disini sy sertakan email funfairparty@gmail.com . ASAP yea kak . terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. nintaizuyoku@gmail.com
      atau boleh whatsapp sy di 0176190035

      Delete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers