Recent Posts

Search This Blog

Thursday 13 February 2014

Resipi Puri Keledek

(Puri Keledek)

ASSALAMU'ALAIKUM

Puri keledek ungu ni, semisolid food kedua yang aku perkenalkan kepada Adam. Sebelum ni, aku kenalkan, puri kentang. Pun sama juga kaedah caranya dengan puri keledek ungu nih.

BAHAN-BAHANNYA:

1. Sebiji keledek ungu (lebih manis berbanding keledek oren, warna isi dalamnya tetap sama warna oren)
2. 1 sudu kecil mentega tanpa garam (unsalted butter)
3. Sedikit halia.

CARA-CARANYA:

1. Kupaskan keledek ungu dan potong kecil.
2. Stimkan di atas dapur atau hanya menggunakan rice cooker bersama dengan sedikit potongan halia untuk membuang ejen 'angin' di dalam keledek)
3. Setelah empuk, dibiarkan sejuk seketikan, dikisar sampai halus bersama dengan unsalted butter.
4. Siap dan boleh dihidangkan untuk dimakan.

P/S: Kenapa stim, tak rebus? Kalau rebus, khasiat yang terdapat di dalam keledek tersebut hilang bersama air rebusan. Stim lebih bagus.
Kenapa guna mentega tanpa garam? Mentega biasa tak boleh ke? Garam dan gula tidak sesuai diberi kepada bayi berumur 1 tahun ke bawah.

 
Selamat mencuba!

7 comments:

  1. alahai... lapo dah ni...
    tapi betul ke kalau makan ubi, nanti banyak angin? aiyooo... bahaya tu

    ReplyDelete
  2. dik, nak rebus pun boleh...
    air tu guna balik time kisar..
    klu air byk sgt blh kecikkan api keringkan/resap air kat ubi bg sikit...
    :)

    ReplyDelete
  3. cintailmi89 : hehe itulah ramai org cakap ubi ni angin tp masa aku stim aku letak sikit halia..so far alhamdulillah anak aku xkembung makan puri ni...

    kak : aa betoi2 hehe kalau nk rebus pun boleh tp guna ja air tu xda masalah...hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat bubur keledek pun sedap

      Delete
    2. hehehe kalau dh namanya bubur kena xleh la terlalu pekat ek?
      tp kalau pekat pun cpt sikit kenyangnya...haha...sedap jg...

      Delete
  4. Keledek ni kalau d campurkan dgn bubur OK x

    ReplyDelete
    Replies
    1. umie : bubur ap tu? bubur nasi ke? boleh juga..potong kiub atau kisar je sekali..hehehe

      Delete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers