Recent Posts

Search This Blog

Monday, 3 March 2014

Buah Kurma - Pemakanan Sunnah


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua! Apa khabar? Diharap tu sihat-sihat semuanya ye. Tergerak hati pagi ni nak menggatalkan tangan menaip entri pasal pemakanan sunnah - BUAH KURMA. Ye lah sebagai rentetan juga dari kandungan susu Suffy Goat pun ada kandungan buah kurma di dalamnya.
BUAH KURMA

Buah ini antara buah yang paling berkhasiat di dunia, bumi Allah SWT ni. Aku cuba Google sedikit sebanyak info mengenai buah kegeraman Rasulullah SAW ni dan terjumpa 1 sumber dari Harakah Daily menceritakan pasal khasiat buah ni. Ada lagi sumber lain tapi faktanya hampir sama saja. So, aku highlight Harakah Daily sahaja lah ye. Bolehlah aku berkongsi sedikit di blog aku ni kan...


1. Buah kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob.

Apa yang dimaksudkan dengan TIDAK MENYALURKAN ni? Hmm...dari pemahaman aku, buah kurma lama yang membusuk, selalunya ada ulat. Ulat yang ada pada buah kurma lama ini sebenarnya dapat memusnahkan amuba (untuk info lanjut KLIK SINI) dan membunuh bakteria yang mungkin berpotensi boleh menyerang manusia dan membawa pelbagai penyakit.

Selingan : Dari artikel Rumaysho.com, mengenai hukum ulat di dalam buah sebagai info tambahan.

2. Jika tidak kerana kurma dan kopi Arab, penduduk Jazirah Arab dipercayai akan diserang pelbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali Allah SWT. 

Info ni ada berkaitan sikit dengan yang pertama atas tu. Mungkin disebabkan kelebihan kandungan buah ini mampu membantu lawan penyakit yang berpunca dari bakteria dan amuba tersebut. Wallahu'alam.

3. Orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin.

Info yg ke-3 ni aku Google untuk cari pencerahan tapi tidak ada. Kalau ada sesiapa ada info tambahan mengenai ni, mintak dikongsi ye. Hehe mekasehh...

4. Ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita.

Google lagi mencari info tambahan, aku terjumpa pasal serbuk debunga kurma yang membantu merawat ketidaksuburan lelaki dan wanita di SINI. Secara saintifiknya aku tak pastilah macam mana ekstrak tu membantu. Mungkin pembaca yang budiman sekalian boleh tolong cari atau kongsi bersama kalau terjumpa info lain lagi.

5. Makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma.

Kalau ada info tambahan pasal ni boleh dikongsi bersama ye. 

6. Buah kurma lebih sehat daripada kaviar

Hmmm aku tak pasti kaviar tu apa...aku ada Google tapi entah apa-apa pulak yang keluar. Mohon sesiapa yang tau pasal kaviar, boleh kongsi ye...

7. Sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik untuk tubuh badan dan baik untuk mengelakkan penyakit kulit. 

8. Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih. 

9. Kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf.

10. Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu.

11. Sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat

12. Makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian.

13. Terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya.

14. Ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia .

15. Kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna. 

16. Kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya .

17. Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi.

18. Kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan.

Hmm patutlah masa aku mengandung dulu, ramai petua suruh makan buah kurma. Hehehe...

19. Kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptik dan antirematik.  

20. Kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit. 

21. Kurma dapat melindungi usus besar dari diserang penyakit barah.

22. Kurma adalah pengekang nafsu makan.

23. Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah.

24. Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori.  

25. Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah .

26. Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan.

Sesuai untuk orang yang baru insaf dari aneroksia juga nih...hehehe...

27. Kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau.

28. Kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh.

29. Kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa.

30. Kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi.

31. Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal. 

Huukk? Aku ingatkan buat petai ja boleh mencuci buah pinggang...rupanya buah kurma pun berperanan yang sama...Alhamdulillah..banyak lagi rupanya ubat-ubat yang Allah SWT ciptakan untuk kita.

32. Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf.  

33. Kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa.

34. Kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran.

35. Kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan.  

36. Kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin.

37. Kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat.

38. Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging.

39. Kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain.

40. Kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari.

Sesuai untuk sesiapa yang rabun malam. Akupun rasanya macam nak hampir-hampir rabun malam sebab ada sekali tu aku drive malam, memang kekok betoi rasa. Tak nampak pulak. Haishh bahaya betul!

41. Kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi. 

42. Kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir. 

43. Kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf.

44. Kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran.  

45. Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing. 

46. Kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan.

47. Kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh.

48. Di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas.

49. Garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas.

50. Kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi.  

51. Kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak. 

52. Jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh. 

53. Kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan.

54. Kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang sudi singgah. Sekadar berkongsi hasil pencarian...
Terima kasihhh~
 

1 comment:

  1. Thanks for finally talking about > "Buah Kurma - Pemakanan Sunnah"
    < Loved it!

    Here is my homepage - خرید شارژ همراه

    ReplyDelete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...