Recent Posts

Search This Blog

Sunday 1 April 2012

4 Bulan 2012


ASSALAMU'ALAIKUM

Hmmm...dah masuk bulan ke empat dah dalam tahun ni langsung aku tak update apa apa dalam blog...
MasyaAllah...
Langsung tak sedar kan? Macam baru semalam masih dalam bulan Januari..sekarang dah pun bulan April..

Mintak maaf kepada followers yang menunggu walaupun aku tau tak ramai yang rajin jenguk blog aku ni kecuali aku sendiri..hahaha...Tak apa lah kan...lagi pun blog aku ni pun sekadar tempat nak lepaskan luahan hati aku time bosan...

What I've been through in the last 3 months?
Hmmm...banyak sangat kalau aku nak update untuk entri kali ni..
Kenapa tak update sikit sikit?
Hmm orang kata kalau dah MALAS tu memang tak boleh nak buat apa dah kan?
hehehe

My quality time with my 'room' during weekends have to be sacrifice for the past 3 months...
Setiap hujung minggu, ada saja aktiviti aku ke sana dan ke sini, uruskan itu, uruskan ini..
Tapi Alhamdulillah 1hb April ni aku boleh mengadap lappy, menaip entri...
Aku tengok ramai jugak update entri pasal April Fool..
Aku terlupa hari ni April Fool. Belum sempat aku terfikir idea nak kenakan orang..
awal awal pagi aku dah terkena dengan Along aku!! Dimmm...

Nak tau tak apa Along aku kenakan aku?
Hmmm..ceritanya begini..
for the last 3 months selain aku menguruskan hal sendiri, dalam masa yang sama aku tolong uruskan rumah sewa Mak aku..urusan cari orang untuk menyewa, urusan orang nak menyewa tu nak view rumah dan macam macam lagi..
Apabila dah jumpa penyewa, siap bayar sebahagian daripada deposit pun, tiba tiba last minutes tak jadi masuk then I've to return her money back macam tu saja then start looking another serious tenant again...
Once dah dapat sorang tenant ni, tiba tiba pagi tadi Along aku mesej bagi tahu yang ada sorang lagi sedang mencari rumah sewa juga. Orang tu katanya sangat sangatlah memerlukan rumah tak kisahlah kalau kena bayar berganda ganda sekali pun...
Aku tak fikir panjang aku terus menolak mohon maaf sebab dah ada orang booked dan aku tak boleh nak mungkir janji semata nak sewaan lebih..tak berkat duit aku nak hulur Mak Abah aku nanti
Along aku terus menggesa...
Aku tetap menolak...
Lastly, aku terkena rupanya!
APRIL FOOL!!!!

Dimmmmmmm...!!



No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers