Recent Posts

Search This Blog

Friday, 21 March 2014

Resipi Nasi Sup


ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah sempat juga snap gambar bubur anak bujang aku. Niat tu nak update entri pasal bubur nasi nasi sup ni dah lama tapi asyik terlupa nak snap.

Resipi ni sesuai untuk bayi: 
Umur 8-10 bulan dan ke atas
Kekerapan makan - sekali makan

BAHAN-BAHAN 

1 sudu beras biasa/beras perang (beras yang telah dikisar terlebih dahulu)
1-2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 batang bunga cengkih
1-2 kelopak bunga lawang
1/2 biji kentang
1-2 inci lobak merah
2-3 inci batang sup/celery
beberapa potong isi ayam/ikan
1 sudu besar minyak zaitun
2 cawan air masak/biasa

CARA-CARA

Tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah bersama bunga cengkih dan bunga lawang sampai naik bau wangi dengan menggunakan minyak zaitun.
Masukkan potongan isi ayam/ikan. Masak sehingga empuk dan naik bau wangi.
Masukkan potongan lobak merah, kentang.
Dimasak sebentar, masukkan 2 cawan air masak/biasa. Kalau perlu ditambah ikut keperluan masing-masing.
Masukkan beras yang telah dikisar tadi untuk mempercepatkan memasak beras perang.
Masak sampai menjadi bubur dan apabila hampir masak, masukkan potongan batang sup/celery tadi untuk menambahkan rasa dan bau sup.
Siap untuk sedia di makan!

Selamat Mencuba! :) 



4 comments:

  1. Kak, tak macam bubur nasi pun. Saya tengok macam nasi dituang kuah sup je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...natijahnya kalau da malas nk tunggu lelama sampai nasi tu kembang bebetoi..lg pun nk kisar kan hancur juga nanti...
      kakak ipar sy panggil nasi air kalau gini rupanya huhu...xkisah la asalkan boleh dimakan hehe...

      Delete
    2. Mungkin kena tukar tajuk kot kan supaya org lain xkeliru hehehe...

      Delete
    3. Terlupa pula...gambo atas tu guna beras basmathi...xda beras biasa masa tu...org la kta kalau guna beras basmathi memang lambat kembang...silap2 xkembang...tatau la kan kot sy ni jenis xpandai masak jugak..hehe tapi xkisah la asalkan sy usaha juga masakkan untuk anak

      Delete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...