Recent Posts

Search This Blog

Saturday, 26 March 2011

Al-Fatihah Kepada Arwah Azhar

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua...hakhak dah jam 11:34 pagi dah, wish good morning macam pagi sangat pulak kan? Hehehe...lambat pulak idea nak sampai. Padahal dari awal pagi tadi aku dah bukak blog.
Biasa la weekend, nak basuh baju, kemas bilik...lipat kain...hujung minggu ja la episod harian aku berubah sikit.

Hmm..macam biasa dah jadi macam perkara wajib bagi aku...setiap hari mesti nak jenguk jenguk wall Facebook aku. Hari ni pun samalah tengah tengah Facebook-walking, aku terpandang keratan akhbar dalam album gambar kawan aku.

Keratan akhbar apa? Hmmm keratan akhbar mengenai kematian arwah kawan kami. Tiba tiba aku teringatkan arwah, otak aku pun pusing dok fikir tarikh arwah pegi. Aku SMS salah sorang kawan rapat aku bertanyakan tarikh arwah pegi meninggalkan kami semua. 

AKU
"As Salam. Wan, hg ingat x date arwah paad meninggal?"

WAN
"Xingat la weh. Hg cuba tgk kat profile kodin or wiyah. Depa ada upload keratan akhbar pasal tue. Maybe ada date. Awat weh?"

AKU :
"Keratan tu xdak date. Sj la tingat bila tgk keratan tu :) "

Aku beralih ke album gambar. Tengah download aku terperasan ada tarikh. Tarikh akhbar melaporkan pada 6 September 2009. Kejadian berlaku sehari sebelum, seingat aku berminggu jugak lah pihak berkenaan buat operasi mencari arwah di laut sebelum tu. Biasalah akhbar. Lambat sikit keluarkan berita. Almaklum benda belum sahih, tak kan pulak nak mereka rekakan cerita kan? Nih aku share sikit keratan akhbar tu dengan semua. Mungkin semua tertanya tanya siapakah arwah, kawan kami tu :) Diam tak diam, celik tutup mata, bangun tido, pegi keja, hampir 2 tahun dah arwah pulang ke rahmatullah meninggalkan kami. 

(Keratan akhbar pertama)

(Keratan akhbar kedua)
Ni lah arwah Azhar atau kami lebih mengenali beliau dengan nama Paad. Kami belajar diploma sekali dulu di UiTM kampus Arau. Penah satu kelas. Kalau kena marah memang semua sekali kena marah sama sama. Kalau sama sama happy semua enjoy sekali. Waaaaa miss that moments very much! Masa diploma lah aku rasa zaman belajar paling best yang aku tak kan lupakan selagi otak aku ni masih berfungsi, selagi nyawa aku ni dikandung badan. 

Sepanjang perkenalan aku dengan arwah walaupun tak serapat mana, arwah memang seorang yang baik budaknya. Aku tak pernah nampak dia marah. Tak tau la kawan kawan lain. Kalau kawan kawan menyakat, dia senyum ja. Balas membalas sikit sikit tu biasalah tapi orang cakap sekali pandang memang tau dia budak baik...anak yang baik. Hehehe..

Masa aku dapat tau dia hilang di laut tu, aku masih bekerja kat tempat pertama aku keja. Di MSU. Masa tu aku tengah mengadap coding. Aku ingat lagi, masa tu aku dapat berita pasal arwah dari kawan baik aku, Zana. Zana antara yang terawal tau pasal arwah sebab sekampung, rapat antara keluarga jugak. Jujur aku cakap, aku menangis bila aku dengar berita pasal arwah. Walaupun aku tak rapat tapi turut merasa kehilangan dan sebak, risau memikirkan nasib kawan aku tu. Apa yang aku hanya mampu buat berdoa dan terus berdoa, supaya arwah selamat, terus terusan menyebarkan khabar tu pada kawan kawan yang lain. Hampir semua terkejut dan sangat sangat bimbang akan nasib arwah Paad masa tu.

Hampir berminggu jugak pihak berkenaan buat operasi mencari tapi tidak jugak ketemu. Zana pun katanya hampir setiap hari ke tepi laut, nak tau pasal arwah. Aku dapat bayangkan keadaan resah, risau, sebak semua pihak masa tu tambah tambah lagi keluarga arwah. Aku dapat tau..kawan kawan aku yang lain sanggup turun ambil cuti dari KL, Johor pun ada ke Pulau Pinang semata mata nak tunggu berita pasal arwah. Terharu aku tengok keakraban antara mereka yang betul betul rapat dengan arwah. 

Hampir setiap hari aku akan dapat update berita pasal arwah dari Zana dan jugak kawan kawan lain. Sampai lah satu hari aku dapat berita, kalau tak silap aku pihak berkenaan menjumpai pakaian dan beg keselamatan arwah. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku masa tu, arwah mesti dah meninggal. Tiada siapa boleh tahan di laut kalau dah berminggu tanpa ada apa apa sokongan melainkan kuasa ALLAH. Semua kawan kawan aku cuba meredhakan apa yang berlaku masa tu.

Tak lama kemudian aku dapat berita mereka mejumpai mayat kembung tersadai di tepi pantai. MasyaALLAH masa tu aku menangis lagi. Huwarghhh...tak sanggup aku rasa tengok kawan sendiri pegi dalam keadaan macam tu. Aku tak boleh nak bayangkan keadaan arwah bergelut dengan maut. Meminta tolong. Melawan ombak besar. 

Pada mulanya dipercayai tu bukan mayat arwah. Aku bimbang kalau timbul isu keluarga arwah tak dapat nak menerima hakikat akan pemergian arwah masa tu. Tapi Alhamdulillah tak lama selepas dapat keputusan bedah siasat, Zana bagi tau aku keluarga dia menerima hakikat dan meredhakan apa yang berlaku begitu juga kami kawan kawan arwah cuba meredhakan apa yang dah berlaku, walaupun sedih mengenangkan pemergian arwah. Alhamdulillah pengebumian selamat.  

(Kolam peninggalan arwah)

(Niat arwah nak ternak ikan terhenti)

(Kolam ternak ikan untuk keluarga arwah)

(Terbiar....)

(Antara kawan kawan aku yang pegi ke rumah arwah)
Terima kasih pada Kodin dengan Wiyah untuk gambar gambar ni. Aku ambik buh dalam blog aku tanda ingatan kita pada dia. Mudah mudahan roh arwah dicucuri rahmatNYA dan berada bersama sama dengan golongan orang orang yang beriman. AL-FATIHAH...

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers