Recent Posts

Search This Blog

Friday, 26 August 2011

Hujan Di Hari Terakhir...

(Sumber :: Mr.Google)


Assalamu'alaikum...

Selamat petang semua....hmmm sunyi betul la hari ni dekat opis...orang lain semua da balik. Tinggal aku dengan Kak Faizah je belum balik. Kak Faizah tunggu suami dia jemput. Aku? Aku tunggu suami hujan reda baru aku nak boleh redah jalan ke stesen LRT terdekat. Hehehe...

Bos aku benarkan kami satu opis balik awal hari ni. Half day dalam perkataan lain. Kot kot ada yang tak paham bahasa melayu. Nak kena cakap omputeh la sikit kan. haha...

Tadi aku pulun nak siapkan kerja. Tu sebab aku tangguh nak balik. Sekali..hujan rahmat pulak. Alhamdulillah. Ramadhan dah ke penghujung...Syawal pulak bakal menjelma. Sedih kan? Tah kan tahun depan aku sempat ke tidak nak jumpa Ramadhan lagi. InsyaAllah mudah mudahan di panjangkan umur. Ameen.

Oleh itu dengan skemanya aku ingin mengambil kesempatan di kala kesunyian kebosanan tak tau nak buat apa dekat opis ni....untuk mengucapkan...


P/S: Hameekk....tak da gambo tupat..pelita bagai..aku hentam kasik korang gambo nih! Haha...aip2 jangan kutuk...makhluk Allah gak tu..dia nak beraya jugak..kekeke...


Update: tukar gambar atas kehendak beberapa orang yang tak berapa faham kenapa aku letak gambar raya yang tak ada kena mengena dengan raya..hahahaha

Take care korang...jumpa lagi lepas raya~


Saturday, 20 August 2011

TOLONG 'KUTUK' BOLEH?



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat berbuka puasa semua....semoga tak terkelebihan makanan di dalam perut masing masing ye...
Ini cuma entri pendek dari aku sekadar nak mintak masa korang sikit untuk menjawap soalan soalan poll aku di sebelah ni....


Ce tengok gambo anak panah tu...?!


Gerakkan sikit anak mata korang lebih kurang 1cm ke kanan...korang akan nampak kotak poll warna ungu tu..

Tolong ek! Macehhhhhhhh.... :)



P/S: Anak panah tersenget la pulak..tak apalah halal je lah..huhuhu...tolong yeee...

Sunday, 14 August 2011

Manusia ke Mesin Nih??? Kagum mak nak oiii!! Hehe

Assalamu'alaikum dan selamat tengah malam

tengah tengah mata terbungkang tak boleh nak lelap ni walaupun tau besok nak bangun bersahur pulak..
tangan aku ni gatal sangat pegi check mail opis...
bukak punya bukak...
ternampak satu emel nih!

wahhhh!!!
ni manusia ke mesin nih???
gile!
seriyesss....mabeles!! wal-lah!!

aku tak tau lah korang pernah tengok ke tidak lagi..
tapi rajin rajinkan la jari korang tu klik dan ushaaaaa tengok ye...

pastu jangan lupa tinggal komen...
agak agak korang la...MANUSIA ke MESIN??
ce try bukak mata tengok sendiri..hehe









KAGUM TAK???

hahahaha
sekadar berkongsi...hehe
semoga terhibur...semoga bukak mata kita...
bahawasanya..setiap orang ada keistimewaan tersendiri dan kekurangan tersendiri..

JANGAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN
WALAU SETINGGI MANA PUN ANDA BERPIJAK!

walaupun mereka hanya peniaga roti...posmen...staf makanan segera dan sebagainya...
specialist dan pengetahuan mereka lebih tinggi dari kita yang sesekali kita sendiri terlepas pandang...

Friday, 12 August 2011

PUASA DAY 12 : KESIHATAN ABA


Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua...


Sebelum apa apa aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan selamat bekerja kepada readers yang bekerja...selamat beristirehat kepada readers yang tak pegi sekolah arini...amalkan kehidupan sihat *jangan selalu demam buat buat 'demam' sebab nak monteng sekolah ye (haku tuko sikit ayat sebab kang ada orang salah paham perasan aku kata kat dia..hikhik)....tak baik untuk kesihatan adik adik...hehehe..apa apapun thanks sebab sesibuk mana pun semua...setidak-sihat *ada ke dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka? hahaha...mana pun semua...korang masih ada masa meluangkan masa nak baca blog aku. *ayat perasan tak boleh blahh..haha

Mintak maaf lah kalau tak selesa dengan entri aku sejak dua menjak ni sebab asyik post pasal Aba aku je. Tapi itulah yang sering bermain dalam fikiran aku sejak dua menjak tinggal jejak ni....
Semalam...aku dapat panggilan daripada Aba aku kat kampung. Aku ambik point penting jelah ye...panjang panjang pun korang bukan nak baca sangat..hehehe

Aba dengan Mak aku mintak aku tanyakan company aku bekerja sekarang, support ke tak pembiayaan perubatan untuk parent. Aku pun apa lagi call PMCare. Unfortunately, PMCare cakap kena refer company tu sendiri sama ada allow ke tidak. Aku pun call HR pulak. Rupanya tak support. Adoiii....hampanya rasa.




http://www.emocutez.com


Serba salah aku nak bagi tau Aba dengan Mak aku. Namun apa yang terjadi, aku tetap perlu berterus terang dengan parent aku perkara yang sebenar. Aku pun selepas tu bagi tau Mak dengan Aba. Suara dorang macam agak mengecewakan. Aku mintak maaf banyak banyak. Tapi aku tau mesti Mak dan Aba aku faham. So aku tekad...aku akan tolong dorang dalam apa jua keadaan pun.




http://www.emocutez.com


Aku perlukan plan B..C dan seterusnya. Aku mesti buat sesuatu untuk meringankan beban Mak dan Aba. Sebab aku tau Mak pun dah penat sangat terkejar ke sana ke mari memandangkan Aba aku dah tak upaya nak buat kerja kerja berat..kerja kerja luar...sepanjang masa perlu berehat di rumah saja.

Hampir setiap hari Aba rasa sakit bahagian belakang leher. Sekali sakit memang aku boleh bayangkan betapa sakitnya masa tu sampaikan Aba langsung tak boleh buat apa apa dah. Hanya perlu berbaring, mengurut sikit sikit supaya keadaan tu kembali tenang.

Selera makan langsung dah tak ada. Makan pun secara paksa. Masuk hari ni...kita dah hari ke 12 berpuasa, Aba pulak dah masuk hari ke 4 dia tak boleh berpuasa. Dia tak larat sangat. Kadang kadang selalu muntah muntah.




http://www.emocutez.com


InsyaALLAH hari Ahad hujung minggu ni, Mak, Aba, Pak Long Manap dan cousin aku nak bawak Aba pergi buat check up di salah sebuat pusat rawatan swasta di Kedah atau lebih dikenali sebagai Kedah Medical Center. Sebab di situ sahaja pusat rawatan pakar yang terdekat.

Aku harap selepas buat check up di sana, sekurang kurangnya segala persoalan kami mengenai penyakit Aba terjawap dan boleh bertindak sesuatu untuk cuba menyembuhkan penyakit Aba.

Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan kepada kedua orang tua kita. Ameen.

Sunday, 7 August 2011

PUASA DAY 5 : ABA & MAK TAK PENAH PENAT


Tapak tangan kita pernah sebesar ini kan?
Keciknye lahhhaiii...
Tapi kecik kecik pun Aba tetap sayang kita...


Apabila dah besar sikit dah boleh berjalan...
kita dah boleh pegang jari kelingking Aba kita macam ni kan?

Mesti korang dah dapat agak apa aku nak story kan?
Yesss...of course pasal Aba aku.

*********************************************
Rabu lepas aku balik kampung sebab ada saudara meninggal...
Hari Jumaat pula Aba aku ada temujanji dengan doktor di hospital untuk buat pemeriksaan perut dia yang sering cirit birit dan kurang selera makan...
Dikhuatiri ada kompilasi dari penyakit buah pinggang yang dihidapi Aba selama ni..

Selepas beberapa jam Aba di dalam bilik minor OT, selepas beberapa jam Aba buat pemeriksaan dengan memasukkan tiub sebesar paip getah washroom kita tu ke dalam mulut...
Barulah Aba dapat keluar dalam keadaan yang sangat tidak bermaya.

Aba menggigil kesejukan...
Kami diminta menunggu lagi diluar bilik untuk mendapatkan slip farmasi dan keputusan dari doktor pakar yang memeriksa...
Kesian Aba kesian Mak yang dah banyak berkorban untuk Aba...

Along teman Aba untuk keluar hospital memandangkan Aba dah terlalu kesejukan..
Sementara aku teman Mak di dalam sambil menunggu panggilan daripada doktor yang bertugas...

Mata aku dengan Mak mengiringi perjalanan Along dan Aba keluar dari hospital..
Lalu Makpun berkata...
"Cuba tengok Aba...yang dah bertahun tahun dia menjaga kita...dah tak larat sangat dah dia sekarang...jalan pun terhuyung hayang"
Mak senyum.

Aku faham maksud Mak tu.
Betul cakap Mak. Tanpa sedar. Aba yang dulunya kuat bersusah payah mencari rezeki nak menjaga kami anak beranak sungguh berbeza dengan yang sekarang.
Begitu cepat masa berlalu....

Ya ALLAH...
di kala malam yang aku tak boleh nak tidur walaupun sangat sangat lah kepenatan ni...
aku menadah tangan..memohon doa..moga KAU sembuhkanlah penyakit Aba..
sihatkanlah tubuh badan kedua orang tuaku itu..
Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami malah lebih dari mereka kasihani kami hendaknya...
Ameen



PUASA DAY 3 : Dari DIA dan kepadaNYA jua...



ASSALAMU'ALAIKUM...


Dah berhari aku tak renovate rumah bak kata Xavi De tapi bukan sebab busy kerja ye pakcik. Huhuhu...baru sampai dari kampung sebenarnya pagi tadi. Hari Rabu lepas bersahur, dapat panggilan dari sepupu sebelah Mak yang Abanya meninggal. Terkejut aku apabila dapat berita tu. Yelah siapa sangka tak ada ribut...tak ada angin hujan...tengah tengah bulan puasa ni dapat berita saudara meninggal, kembali ke rahmatullah.

Tanpa berlengah terus aku call Mak dan Aba kat kampung...sejurus call Mak Long...Pak Anjang dan Pak Su...agak kelam kabut pagi tu..Along yang baru balik dari kerja pun ambik keputusan nak balik kampung pagi tu jugak. Aku pula terpaksa ambil Emergency Leave. Tak pasal je bos aku dapat mesej aku panjang panjang pepagi buta tu. Kalau dia bangun sahur tak apa la jugak..ini tak masakan nak bersahur sebab bos aku bangsa Punjabi...uhuhuhuhu..

Arwah ialah adik kepada Mak aku. Arwah Pak Lang, setahu aku tak pernah dengar menghidap penyakit kronik. Tahu tahu begini pula jadiknya. Innalillahi Wainnailaihi Rhaji'un...dah sampai ajalnya..tak kira tua muda..ALLAH tetap akan memanggil...Moga ALLAH meletakkan arwah bersama dengan golongan orang orang yang beriman.

**************************************

Kepada Irda,

Akak harap Irda bertabahlah. Akak tau mungkin mudah untuk berkata sabar tapi susah untuk menempuh keadaan seperti ni di tengah tengah bulan puasa ni. Mama pula tak kerja. Adik adik masih belajar. Sekarang tanggungjawab Irda sebagai anak sulung memegang amanah, kuat untuk Mama (Mak Lang aku lah). Erry sebagai anak lelaki sulong mesti kuat jugak untuk kakak Erry... :)

Akak mintak maaf sebab tak sempat sampai menatap wajah arwah buat kali terakhir. Walau bagaimanapun akak tetap bersyukur, akak sempat sampai ke tanah perkuburan sebelum semua balik. MasyaALLAH sebak ati akak da....

Akak doakan roh arwah dicucuri rahmatNYA. Macam tu jugak arwah Tok Ayah dan arwah Tok Ma. 
Sabar ye Irda. Apa apa boleh contact akak.


**************************************

Keesokan malamnya baru aku dan keluarga berkesempatan untuk menziarah keluarga arwah buat kali kedua. Mak sendiri terasa akan ketiadaan arwah adik dia sejurus lepas menjejakkan kaki ke dalam rumah tu. Aku tau walaupun Mak nampak jernih mukanya..tapi dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Aku rasa dah tak ada apa apa lagi yang nak aku tulis. Semua dah sedia maklum kan kenapa aku tak renovate rumah? :) Alang alang dah balik kampung sebab ada kematian saudara...aku sambung saja cuti aku sampai hujung minggu. Bukannya dekat nak balik selalu.

Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa kita yang telah lalu dan akan datang. Apa yang berlaku sepanjang beberapai hari ni, aku bolehlah jadikan ia sebagai iktibar untuk masa hadapan. InsyaALLAH.




Monday, 1 August 2011

ABAH TAK PUASA


ASSALAMU'ALAIKUM...


...selesai entri meraban aku pasal puasa pertama aku tahun ni...tetiba aku teringat yang aku tertinggal sesuatu...Alhamdulillah salah satu niat aku untuk kedua orang tua aku tertunai juga hari ni...syukur sangat...mungkin berkat sempena hari pertama Ramadhan ni...syukur sangat...sangat sangat la terasa lega...

....niat apa? hehehe aku rasa tak perlu aku kecah kan sangat tentang sesuatu perkara yang aku ikhlas InsyaALLAH moga diberkati ALLAH TAALA..ameen....
walaupun tak seberapa...tapi aku sangat berharap...dapat menggembirakan sedikit hati kedua orang tua aku...

...Aba aku tak dapat puasa hari ni...tak larat katanya...sempat sampai tengahari je puasanya...perut dia kembali tak sedap..terpaksa berbuka...
beberapa hari lepas Aba aku sering cirit birit...aku fikir Aba salah makan..atau termakan makanan pedas..tapi berlarutan pula berhari hari...InsyaALLAH 05/07/2011 ni Aba ada appointment sekali lagi dengan doktor...

doktor nak masukkan tiub ke dalam kerongkong Aba untuk check saluran pemakanan Aba...dikhuatiri dijangkiti kuman...

...moga semuanya berjalan lancar dan didoakan Aba beransur pulih....penyakit buah pinggang dia pun Alhamdulillah setakat ni ada kemajuan...

hanya kepada ALLAH sahaja kami sekeluarga berdoa..dan berharap...mendoakan Aba akan sembuh seperti sediakala...

.....prayer and hope only to ALLAH.....!

PUASA DAY 1


ASSALAMU'ALAIKUM......


....haa yelah yelah aku tak membebel bab puasa la hari ni..sebab aku yakin mesti ramai lagi blogger lain yang bercakap pasal puasa pertama hari ni kan? hehehe...dah tu aku nak membebel apa kalau da semua blogger lain cakap pasal puasa pertama?

hehehe biasa la aku membebel benda merepek tak sudah...tapi aku nak jugak tanya..amacam puasa pertama tahun ni? OK ke KO? hahaha...
selalunya kalau orang bercakap pasal puasa...terlalu sinonim dengan pasar ramadhan atau aku lebih suka panggil PARAM...hahaha.setiap tahun memang param la tempat aku caik makanan berbuka aku...kadang kadang jemu..aku masak je sendiri...masak apa? masakan bujang je...asal terisi perut ni ha...

aku tak pasti la dapat update blog ni hari hari ke tak...dengan keja yang agak memenatkan otak kat pejabat tu membuatkan aku kurang selera nak mengadap lappy aku ni selalu...sudah la setiap hari hampir 8 jam lebih mengadap lappy je keja aku...nak buat macam mana kan..dah memang...lappy ni la makanan aku..punca hasil pencarian aku duduk di perantauan ni...ecececece ayat sedey pulak kaann...hahaha...

....apa apa pun CHILL!! 

juadah berbuka aku hari ni hanya ini sajaaaa.....


terima kasih ye en.Google! gambo ni indah rupa dari rasa je...taste tak berapa la lidah aku arini...mungkin aku kepenatan agaknya...sempat makan 3 potong aku dah tak larat nak habis kan...

aku kasik budak rumah je habis kan...hehehe...

SELAMAT BERPUASA SEMUAA!!!

Jangan lupa niat ye malam ni sebelum tido...hehehe

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...


ASSAMU'ALAIKUM...

...selamat pagi semua...bangun sahur tak ni? ehehehe..orang lain aku tengok dah berhari hari sibuk post entri pasal bulan Ramadhan 1432H tahun ni....aku, hari pertama puasa baru terhegeh hegeh nak post kan? hehehe...takpelah...masih belum terlambat...ada jugak niat nak post kan? macam bersahurlah...asal bersahur..makan apa pun takpe...asalkan ikhlas bangun ambik berkat berpuasa dengan bersahur...aicehhh~  

dikeheningan pagi ni...aku ingin mengucapkan 
....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA pada tahun ni....moga bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dan diberkatiNYA....

aku tak reti nak buat ayat bunga bunga macam orang lain...aku straight to the point jelah ye...hehe...walaupun tahun ni sekali lagi macam biasa..berpuasa jauh dari keluarga...aku tetap terasa berbangga bersyukur Alhamdulillah sebab aku masih sempat untuk berpuasa....InsyaAllah mudah mudahan lagi bersemangat tahun ni...

.......sejujurnya memang aku rindu masa bulan bulan puasa yang lepas.....pegi tarawikh dengan Mak Aba......dan Along...tapi sekarang aku pun dah diperantauan..Along pun dah ada keluarga sendiri...wahhhhh...InsyaAllah...walaupun keadaan tu dah berubah mengikut peredaran masa...setiap tahun bulan puasa tetap ada untuk aku...

.....tahun depan InsyaAllah kalau dipanjangkan umur...aku tak berpuasa sendirian lagi... ~^_^~ bersama samalah kita memperbanyakkan amalan sunat dalam bulan Ramadhan tahun ni....

-Selamat Berpuasa di bulan yang penuh barakah ni kepada semua!-


Daisypath Friendship tickers