Recent Posts

Search This Blog

Tuesday 31 July 2012

HARI PERISTIWA 2 : Naik ETS ke Ipoh





ASSALAMU'ALAIKUM

Orang tengah jakun pertama kali dapat naik ETS sampai upload masuk entri blog kan? Hahahaha...
Dikira hari peristiwa kedua untuk aku sepanjang bulan puasa tahun ni... :)

Sebenarnya aku dah lama teringin nak naik benda alah ni. Sejak keluar berita pasal ada keretapi lebih laju daripada keretapi biasa. Tinggal tunggu peluang je.
Sekali nak dikatakan rezeki aku, Khamis malam lepas, tiket tren biasa habis, tinggal tiket ETS sahaja.
So, aku dengan somi aku pun belilah tiket ETS ke Ipoh, Jumaat malam lepas.
Hehehe...
Kalau tak silap aku, sebelum ni tiket ETS nak ke Ipoh dewasa RM30 sahaja.
Tapi tempoh hari aku beli dah naik RM5...hohoho..
Tak apalah asalkan aku dapat naik ETS kannn....

Tapiiii seperti biasa aku terlupa lagi nk snap gambar aku dengan ETS tu. Hahaha atas ehsan dari Ipoh Malay website dengan The Star punya laman sesawang, inilah hasilnya....

(Stesen Keretapi Ipoh)

(Pramugari ETS)
Haaa inilah yang buat aku bertambah excited apabila dapat tau dari berita yang keistimewaan ETS ni, ada pramugari macam naik flight. Bukan naik flight je korang boleh jumpa pramugari. Naik ETS ni pun korang berpeluang jumpa dengan pramugari.

Ya Allah obvious sangat aku jakun!
Tapi aku pedulik apa kan??!
Tempat duduk dia agak selesa.
Lebih selesa daripada naik bas dan boleh dikatakan juga lebih selesa dari naik flight.
Tapi seat dalam flight memang dicipta gitu sebab nak balance dengan keadaannya berada di udara yang punya tekanan tersendiri berbanding kenderaan di darat.

In term of services, sama juga dengan flight. Korang boleh order makanan kalau mahu.
Tapi masa beli tiket tu kot mention pada dia supaya sertakan sekali meal services. Mungkin la. Kalau silap tolong betulkan sebab aku tak order pun makanan.
Tiket aku basic service untuk perjalanan dari KL Sentral ke Stesen Ipoh semata.

Mungkin antara korang dah selalu sangat naik benda alah ni terutama sekali orang Ipoh. Perkhidmatan ETS antara alternatif pengangkutan yang orang Ipoh ada untuk pulang ke kampung selain naik bas dan teksi atau pun memandu kenderaan sendiri.

Kelajuan? Hmm boleh tahan jugak la. Sepanjang aku tak tidur dalam ETS ni, top speed dalam 170km/j. Selepas aku tidur berapa laju dia pecut aku tak tau lah. Tau tau selepas 2 jam suku, aku dah sampai stesen Ipoh. Hahaha..

Apa apapun harap lepas ni aku berpeluang lagi naik ETS ni dikala kemalasan nak memandu sendiri balik kampung. Diharap juga, perkhidmatan ETS ni cepat siap dibina sampai ke Padang Besar atau ke Arau terus. Boleh lah aku merasa balik kampung aku pula naik ETS ni. Hehehe....

Have a nice journey!!

2 comments:

  1. woahhh..aku suka entry nih. Aku pun tak biasa naik ETS, nk g Ipoh, nk watpe, kan?? hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...xpa pah..nnt kita boleh merasa balik perlis naik menatam ni InsyaAllah panjang umoq...

    ReplyDelete

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers