ASSALAMU'ALAIKUM
Dah nak setengah bulan dah kita berpuasa kan?
Sejak dua menjak ni rajin jugak lah aku buka blog. Blog aku sendiri aku baca, blog orang lain pun aku baca.
Kebanyakan blog yang aku follow selama ni, ada yang berkisarkan soal hidup, soal pengalaman, dan ada juga yang dah macam diari. Semua benda dia upload as an entry dalam blog dia. Hmm aku kategori yang mana satu ek? Hehehe..
Ada juga blog pasal hasil karya dia terutama sekali karya seni yang dipanggil doodles.
Bukan saja doodles, tapi hasil seni lukisan tangan pun ada.
Tak ketinggalan blog yang paling banyak dan mudah untuk mendapat trafik ialah blog masakan atau resipi.
Masing masing cara, pelbagai rencah blog ada.
Mesti korang pun tau makin bertambah tambah blog sekarang kan?
Entri aku kali ni cuma sekadar isi masa lapang setelah siapkan kerja di pejabat ni dengan niat nak kongsi beberapa blog yang aku fikir menarik untuk mencuci mata dan membuka minda serta menambah ilmu.
Aku tak dapat apa apa komisyen pun tau tolong promote ni...
Hehehe...
Cuma suka suka menambahkan entri dalam blog aku sendiri.
Kalau aku membantu korang jumpa blog yang best untuk korang singgah, Alhamdulillah..
Dapat jugaklah pahala memudahkan korang...
Ini antara blog masakan yang aku sering juga berkunjung untuk dapatkan idea menu harian aku (aicehhh..sembang kencang! haha)...
Link dua teratas mungkin ada di antara kalian pernah berkunjung tapi link dua terbawah aku baru sahaja jumpa baru baru ni ,juga sangat sangat menarik.
Sebabnyaa...
empunya blog blog ini menetap di luar negeri dan resipi resipinya menarik perhatian aku untuk layan sama. Haha.
Empunya blog BlogResipi.com menetap di Kuopio, Finland.
Manakala empunya blog HaNa's FamiLy pula menetap di Jepun.
Menarik kan menarik kannn? Hehehe
Bukan saja blog berkongsi resipi tapi juga blog kisah hidup dorang di perantauan.
Mode: Berangan nak pergi luar negara...wink wink!!
Haaa dua
link atas ni pula
just an ordinary blogs tapi aku suka baca entri dorang.
Hati Hitam - Cuci Putih Bersih adalah blog dalam bahasa Inggeris tapi mudah untuk difahami.
Berkongsi
her selfish thoughts seperti yang dia pernah
mentioned dalam blog dia.
Realiti KONSPIRASI pula blog yang menceritakan kisah hidup dia sebagai pelajar di perantauan jauh di Jepun.
Last but not least,
blog terakhir yang aku nak kongsi kali ni ialah
SHAMEEL ISKANDAR
Blog
Shameel berkisar pasal pendapat dia mengenai persekitaran semasa.
Tidak kiralah samada politik, budaya atau pun
any sensitive issues, aku suka cara dia mengulas dan berfikir. Mungkin biasa bagi korang tapi sekali lagi aku ingin tekankan di sini, sekadar berkongsi blog apa yang sering aku layan.
Haihh tak taulah kenapa aku suka sangat baca entri blog dorang ni..
Ini antara blog blog yang aku suka ketuk ketuk pintu dorang...
Kalau ada sesiapa yang juga rasa blog dorang menarik, kira samalah kita ye.
Simple tapi ada something yang bukan saja buatkan kita senang untuk membaca, tapi senang untuk follow setiap perkembangan dorang juga.
Ucapan penutup, teruskan berblog, teruskan berkarya, dan teruskan berkongsi pendapat melalui blog masing masing.
Kepada all my favourite blogs, jangan biar aku tunggu lama untuk entri terbaru :)
Happy blogging!!
MODE : Cita cita nak sambung belajar sampai luar negara tak kesampaian :)