Erghhhh... |
Hari ni dah masuk hari keempat aku masuk opis...tapiii aku rasa semacam ja sejak sejak bercuti lama sempena Tahun Baru Cina minggu lepas...arghhhh!! Aku bawak balik penyakit pelik sekali ke KL ni dari Perlis? Adehh~ Penyakit apa? Haaa aku rasa korang pun sama kot pernah rasa penyakit ni...apa lagi M.A.L.A.S disebut dengan pronounciation MALAS!!
Seriously aku rasa nak mengadap tasks aku tak ada mood langsung! Muka seposen ja..Entah entah kurang dari seposen dah kot. Aku tak tau la kenapa aku rasa macam ni..Bukannya tak pernah balik kampung bercuti lama lama...sebelum ni elok ja...Aku rasa aku bukan malas apa pun ni..BUS-SICK kot nih! Haisshh...
Aku balik sini 6hb Februari 2011 bas gerak dalam jam 10 pagi. Macam biasalah Mak Abah aku hantar kat stesen. Sepatutnya jam 6-7 petang aku da sampai tapii...nak dijadikan cerita..aku sampai jam 2 pagi!!! 14jam aku dalam bas!!! Agak agak tu kalau nak ikutkan 14 jam tu aku dah boleh sampai Singapore dah tau. Dah rasa macam duduk dalam beg travel! MasyaALLAH...aku tak tau la nak cakap keadaan highway hari tu...tak kisah lah sama ada dari Utara ke Selatan atau pun dari Selatan ke Utara...dua dua hala sama ja..JAMMED!!! Dari 3 lanes...masa tu jadi 5 lanes! Tak kisah lah jalan lama ataupun jalan baru highway tu sama ja. Aku rasa time cuti Hari Raya Puasa pun tak se-jammed nih. Yelah..time Hari Raya Puasa mana ada Chinese nak sibuk sibuk balik sama. Time Cina raya, Melayu siiiiibukkk nak balik sama. Hahahaha..Cuba bayangkan la..nasib lee aku tak ada camera nak snap time tu..kalau tak leh jugak aku upload masuk sini...
Aku rasa mesti aku BUS-SICK tak habis lagi ni tu sebab rasa macam lemau je badan aku ni masuk opis. Starting from last Monday, aku masuk opis check emails, blogging, tasks haram tak jalan langsung. Hari ni masuk kena SEPOK dengan BONDA baru la terasa macam celik sikit mata aku...
HARAP HARAP BESOK AKU DAH WAKE UP!!!!
No comments:
Post a Comment
What's on your mind?