Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bukan main panjang lebar lagi aku bagi salam dalam entri aku untuk hari ni....
Dalam entri aku kali ni ada sedikit perbezaan yang mungkin tak begitu penting untuk korang...tapi aku nak jugak bagi tau perbezaan tu..aku pedulik hape kan! Bak kata orang orang di 'Kolumpo' ni...
Perasan tak entri aku kali ni, aku mula kan dengan menge-paste gambar dulu baru aku berentri...?
Gambar tu sebagai mukadimah entri aku kali ni...soalan pertama yang aku nak ajukan pada semua...pernahkah anda menonton movie ni??
(3 watak utama) |
Bagi yang gila bayang Japanese dan Korean movies macam aku, tak mustahil pernah tengok cerita ni kan? Yes! Sangat best! Walaupun kadang kadang akan terasa jalan cerita dia sangat bongok! Tapi bongok bongok pun...tergelak jugak aku sorang sorang. Meh aku share sikit mengenai movie ni dengan siapa siapa yang tak pernah tengok tu...sikit je lah ye sebab aku rasa korang leh Google sendiri untuk tau lebih details.
(Chumil kan...? ^^) |
Semua yang ada dalam gambar di atas tu, untuk pengetahuan korang...muka muka tu lah yang ada dalam cerita ni. Yelah sesetengah movies indah khabar dari rupa. Beriya letak gambar padahal yang ada dalam ceritanya tak semua pun seperti yang dikhabar khabarkan. Pendek kata cerita ni lebih kurang konsep dia sama dengan konsep filem Hindustan. Konsep 'beramai ramai'! Konsep 'beramai ramai' yang aku maksudkan disini adalah hampir semua scenes mesti ramai ramai terlibat sama. Kalau filem Hindustan tu kan suka nyanyi beramai ramai. Macam cerita ni pun sama. Aku letak sikit gambar gambar scenes dalam movies ni...
(Antara scenes secara beramai ramai....kekeke) |
(Time Sano Izumi tengah mabok! Kekeke) |
(Wahhh sangat comel! Hehe) |
(Ashiya Mizuki!) |
(Sano Izumi!) |
Bagi yang tak pernah tengok cerita ni...perasan tak sorang yang tengah tu...sebenarnya dia la sorang budak perempuan yang menyamar jadi budak lelaki semata mata nak masuk dalam sekolah ni. Actually sekolah ni sekolah lelaki. Ohsaka Gakuen nama sekolah tu. Kenapa dia menyamar? Haaa aku ada carta nak dikongsi bersama dengan korang.
(Carta Hana Kimi) |
Haaaa korang faham tak carta kat atas tu? Wahahaha..aku pun tak berapa faham tapi yang dah tengok cerita ni and yang ada kelebihan membaca tulisan katakana-kanji atau sewaktu dengannya mesti lagi faham dia tulis apa kat situ.
Aku tolong explain sikit sikit je lah ye. Sano Izumi kononnya pernah tercedera dalam satu pergaduhan di Amerika dulu semata mata nak tolong Ashiya Mizuki dari dicederakan oleh beberapa penjahat. Disebabkan tu lah, Ashiya Mizuki jadi serba salah disebabkan dia Sano Izumi dah tak boleh bersukan lompat tinggi lagi kerana dipercayai ligamen terkoyak.
So disebabkan rasa bersalah dia tu di samping rasa cinta dia pada Sano Izumi, dia sanggup datang Jepun, menyamar jadi pelajar lelaki dan masuk ke sekolah tu...siap duduk sebilik dengan Sano lagi. Kekekeke...
Apa dia? Tak ada yang tau ke dia perempuan? Huhuhu...teknik penyamaran yang agak berkesan pada mulanya semua orang tak perasan. Macam macam si Ashiya ni kena lalui. Cover baiiikkk punya! At last apa jadi? Alaaaaahh korang ni...aku bukan nak entri sinopsis cerita. Korang tengok sendiri laaa...
Apa yang aku ingin mengutarakan di sini ialah...aisehh...skema pulak ayat aku...cerita ni mengingatkan aku zaman aku belajar. Mula mula aku kenal kawan kawan...mula mula aku kenal how close we are antara satu sama lain sampai sanggup buat apa saja untuk kawan. Mungkin ada di luar sana tidak pernah kenal erti kawan sebenar....tak boleh nak salah kan dorang tak percaya dengan kawan sejati ni sebab mungkin dorang pernah lalui pengalaman kawan makan kawan. Aku pun pernah. Tapi Alhamdulillah masih ada kawan kawan aku yang tak pernah nak tikam belakang kawan sendiri. Senang sama senang...susah sama susah masa sama sama belajar sekali. Yang penting jaga batas batas hubungan persahabatan tu sendiri.
Entri aku kali ni dedicated to....
:: ZANA SUE WAN ::
(kawan sekampus sekelas sebilik)
Sebab bantuan orang orang di atas ni jugak lah aku boleh GRAD!!
Hahaha...TERIMA KASIH SEMUA
for being such a good friends to me...
P/S: Aku sedar diri antara semua aku yang paling banyak repeat papers...wakakaka
hahahhaha....xtahan...ader gk name kami tuh!hahaha
ReplyDeletehehehehe....mesti ada punyaa..kekeke
ReplyDelete