Assalamu'alaikum....warahmatullahi wabarakatuh :)
Alhamdulillah aku masih boleh bangun pagi duduk di kerusi office ni pagi ni. Aku rasa muka aku hari ni pun macam sardin terpenyek je. Dengan bibir merekah darah. Mata pun dah kalah panda kot. Kepala weng sikit! Memang tak selera betul orang nak tengok aku rasa..Wakakaka..Tak pelah...salah satu kaedah low profile! Haksstuii!! Kakakaka...
Sambungan cerita semalam yee....
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas aku tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat pisat Raiz bangun.
"Eh! Mak!" Terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi pagi raya ni kenapa?" Dah tak ada rumah nak balik?" Jerkah ayahnya.
Eh! Kenapa pulak dorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh...tiada biskut kering!? Hanya daun daun yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu saja batu nisan, ada dua tiga malah berpuluh puluh lagi. Raiz menggelabah.
"Eh? Semalam saya pegi rumah Naim. Mak....Ayah!"
"Kenapa?? Kau tengok...dekat kubur siapa kau tidur tu!"
Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan.
ABDUL NAIM BIN MALIK. 16 September 1975-27 Oktober 2003!
Raiz terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia tak ada, siapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni! Bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa...masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah Mak Ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia.Esoknya baru orang jumpa dia dah tak ada..." Terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz bertambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi. 'Bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu, apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu selalu la jenguk aku kat sini ye! Esok dah nak raya, aku mintak ampun dan maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Serta merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.
"Terima kasih kerana mengingatkan aku. Semoga kau tenang dan aman di sana! Ameen"

No comments:
Post a Comment
What's on your mind?