Recent Posts

Search This Blog

Friday, 8 April 2011

TECHNO #1 : 10 Watches Most Difficult To Read!

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku tak tau nak mengarut apa kat entri aku ni. Tu yang lambat sikit aku publish hari ni. Mintak maaf ye korang. Walaupun aku tau tak ada siapa pun yang tunggu aku upload new entry. Wakakaka...tapi aku pedulik hape!! Hahaha...suka hati aku la nak syok sendiri ke apa ke...Kekekeke..

Tengah syiokkkk....check emails Yahoo, ada satu emel ni very make me impressed! Tajuk emel tu (aku tak tau sape yang translate cam pelik pulak bunyik dia).............. 
10 JAM TANGAN PALING SULIT DIBACA! 
Emel tu ditulis dalam Bahasa Melayu, jadiknya aku nak sedap dengar sikit aku ubah tajuk dia dan intisari minachi dia dalam English jadik.................... 
10 WATCHES MOST DIFFICULT TO READ! 
Haaaa....menarik tak tajuk entri aku kali ni walaupun bukan originally dari aku tapi aku dengan senang hatinya teringin sangat nak share dengan korang.

**********

EQUALIZER HIGH FREQUENCY 2

Jam High Frequency 2 sebenarnya menggunakan konsep equalizer dengan tujuan untuk mempercepatkan baca masa (yang lagi menyusahkan ada la! hahaha). Di skrin LCD jam ni ada lampu LED bergerak turun naik macam grafik equalizer menunjukkan masa untuk 5 saat. Tau tak equalizer tu apa? Alaa macam kat Winamp korang tu laa..dan secara teknikalnya, High Frequency 2 adalah antara jam yang tercanggih. LCD dicipta hanya menggunakan 1 LED sahaja, sampaikan daya konsumsi (aku pun tak tau konsumsi ni apa..jenuh Google) ia sangat rendah. 

E35 JLR7

See it closely and what you will see?
Jam ini pulak dicipta oleh Eri dan Eiichi atau E35, dikenali dengan nama JLr7.
If korang nak tau sekarang/masa tu pukul berapa, korang tekan je knob untuk lihat L's grid shaped notch tu bernyala. Jam, minit dan saat dikod menggunakan geometries pattern. 
2 baris pertama yang bernyala, terdiri daripada 12 lampu, mewakili jam (hours). Barisan nyalaan yang ketiga yang berikutnya adalah untuk menentukan 15 minit dan 14 minit (jangan tanya aku kenapa dia sebut 15 minit dulu, baru 14 minit...tunggu aku beli pakai sendiri nanti aku explain balik kat korang ekk...kekeke) dan nyalaan berikutnya mewakili 1 minit masing masing. 3 nyalaan terakhir pula mewakili saat.

Haaa bawah ni cara cara nak baca jam nih..sila buat ulangkaji kalau rasa rasa sekarang ni tengah sihat tak pening kepala...hehehe:

OBERON
This watch is really swanky! Ia menggunakan concentric ring untuk menunjukkan waktu/masa. Setiap LED diluar cincin considered as 1 hour. LED yang kedua pulak mewakili 1 minit masing masing dan mana mana yang di ring dalam. 10 minit masing masing. Yang bagusnya, LED dipasang sejibik macam jam biasa. So suppose lagi mudah nak paham kan? Hee~

E35 GEOMESH
Ce tengok jam ni; nak baca E35 ni kita kena buat kira kira sikit. Vertical lights mewakili jam (hour) dan yang horizontal lights mewakili minit (baik 5 minit ataupun 1 minit selepas depends pada lampu tu sendiri di mana kedudukan dia. Bawah ni lebih kurang cam tutorial macam mana nak baca jam ni:

Ada 10 horizontal lights (green - meaning it is 10:00), 6 lights (yellow) * every 5 minutes + 3 lights (red) * every 1 minute = 33, made up 10:33

ELEENO KION ELITE
If you closer and closer, you will see this is the only one watch that showed us the minutes. So that it obviously the watch showed us it is already 7:50.

TOKYO FLASH 1000100101
 Jam ni hampir sama dengan jam dalam filem Sci-Fi tahun 1960 pasal masa depan. Selain dari ia sangat cool (disebabkan LED dia banyak colors), jam ni mampu mengajar anda Matematik. Wakakakaka
Setiap kali nak check masa, korang kena buat sedikit mental arithmetics (jam lain pun sama je susah betul nak baca...menyusahkan! Haha): 
LED pertama mewakili 10 jam, lagi 9 mewakili 1 jam masing masing.  
Lagi 5 mewakili 10 minit masing masing, manakal yang ke 9 mewakili seminit terakhir.
So that 1000+100+30+5 made up 11:35.
Now don't you ever said that you'll never use Maths! :-P


RADIOACTIVE ACTIVE REACTOR

Jam ni pulak memerlukan rumus Matematik. Jam (hour) diwakili pada 'Dangerous' bar (dengan peringatan tombol menandakan 6 jam)


SHINSOKU




Shinsoku adalah produk stainless steel, mengikat pergelangan tangan kita dengan matriks berlubang yang diisi dengan 29 LED yang bernyala, menentukan masa dan waktu.
Untuk version multicolors, 12 LED merah menunjukkan jam (hour), 3 LED hijau menunjukkan 1 per 4 jam (15 minit), dan yang 14 LED (kuning) menunjukkan 1 minit setiap satu. 
Arloji di atas menunjukkan jam 8:35


KYOKUSEN

In Japanese, Kyokusen means a curve line, yang merupakan sebahagian besar pada jam itu sendiri. Setiap segmen yang bernyala dari curve menunjukkan 1 jam (hour).
Array melingkar lampu minit. Setiap titik di luar ring adalah 5 minit, dan 4 titik bahagian dalam 1 minute respectively. Bawah ni contoh la kalau korang nak tengok.


TWELVE 5-9 Q VERSION

Jam ini berkonsepkan 'biomechanise' ; bentuk jam mempunyai efek gelombang berkontur (aku pun tak paham apa yang aku tulis ni. Aku cuma taip apa yang aku paham selebihnya aku follow je sebijik sebijik macam dalam emel aku dapat..wakakaka).Terdapat 5 strip kecil terdiri daripada 26 LED multicolors yang sangat terang.
Just like its name, jam ini menggunakan method 12-5-9 (12 jam, 5*10 minit, 9 minit tunggal). Bergerak seperti jam biasa yang kita pakai...pusingan ke kanan...dua baris pertama LED menunjukkan jam (hours). Baris berikutnya adalah hingga 50 minit, dengan selebihnya 10 minit. Manakala 2 baris terakhir adalah 1 minit dengan satu LED untuk setiap minit (mintak maaf kalau korang pening tapi aku sendiri pun pening...aku akan make sure entri akan diupdate dari semasa ke semasa untuk lebih difahami)

**********

Inilah antara 10 jam tangan yang sangat sangat memeningkan kepala aku sebab sambil aku menaip, aku cuba nak paham apa yang aku nak taip ni supaya korang mudah faham. Ini saja aku buat masa terdekat ni. Aku akan pastikan entri ni sentiasa diupdate selalu.

Wahhhhhhhh!! Akhirnya berjaya jugak aku siapkan entri untuk hari ni....Alhamdulillah...
Sekarang aku dah mula pening balik...sorry aku tak dapat nak buat satu lagi entri...

As Salam....... 

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers