Recent Posts

Search This Blog

Tuesday, 5 April 2011

KISAH SETIA SEORANG SAHABAT - Episod 2

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi...walaupun pagi ni aku rasa sangat sangat tak sihat...mungkin disebabkan salah makan...ataupun memang cuaca panas membuatkan tido ku tak lena...kena stayback keja pagi buta lagi...itu semua bukan alasan untuk aku tak bangun pagi ni pegi office dan benda pertama yang aku perlu buat..update BLOG! Huhu..

Aku malas nak cakap panjang panjang...meh aku sambung cerita semalam. Selamat meminaukan biji mata anda...wakoko...

"Aku memang ada masalah pun. Eh! Kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

"Ala! Singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" Pujuk Naik lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz menurut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh! Kau duduk sorang je ke? Mana Mak Ayah kau?" Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang...

"Inilah! Nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam macam terjadi kat aku! Mak Ayah aku sakit. Aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung..Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas Mak Ayah aku meninggal. Kau tau, tak ada siapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali Mak Abah kau dengan Pak Imam je!" Naim teresak esak. Dia mengesat air mata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap tiap malam raya sampailah ke Hari Raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku"

"Semua orang cakap aku gila. Minah minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke. minum ke, sakit ke! Matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim. Aku betul betul tak tau hidup kau susah sampai macam ni sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tulah kau, pergi belajar jauh jauh kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok tengok balik dah jadi macam ni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! Rumah aku tak ada apa boleh dimakan. Ni jelah!" Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!



http://www.emocutez.com


"Aku mintak maaf Naim. Sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadik macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat macam mana. Kau da balik ni, selalu selalu la jenguk aku kat sini ye! Esok dah nak raya. Aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"



http://www.emocutez.com

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur...

Bersambung... :)

No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers