Assalamu'alaikum...
Selamat petang semua. Story berepisod dah kembali lagi. Hehehe...
Aku dok godek emel emel lama tadi...tiba tiba terperasan satu emel ni dari kenalan lama aku. Agak agak tu boleh jugak aku kongsi dengan semua kat blog aku ni kan? :)
Mungkin sesetengah antara semua dah penah baca atau tau pasal cerita ni. Bagi yang tak penah, selamat membaca :) Sekadar berkongsi moral of the story! :)
"Pejam celik...pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat 5 tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat jugak aku beraya di kampung, jumpa Mak Abah dan adik adik kawan kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik kecik main sama sama. Bila dah belajar...lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak kanak bersama Naim."
"Bas yang terhenyak henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naim lah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir 10 minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil kebil memandangnya sambik menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siot! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam malam camni?" Raiz bersuara sambil memeluk naim yang terkekeh kekeh ketawa.
"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kay yek...handsome nampak?!" Naim menepuk nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
"Biasala! Zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawap soalan Raiz, cuma tersengih sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah...ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak sungguh berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.
"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." Tegur Raiz. Naim kelihatan murung...
Bersambung... :)
u should read this. It's an interesting story about friendship. http://daiescircle.blogspot.com/2011/01/cerpen-ana-ithar-enta_13.html
ReplyDeleteThanks again ANONYMOUS :)
ReplyDeleteI'll blog-walking the blog sooner or later.
I already read the entry :)
ReplyDeleteThank you very much ANONYMOUS It is really interesting.. :)