Assalamu'alaikum...
Sekali lagi aku update blog, post lagi satu entri dalam hari yang sama hari ni :) Aku tak da kerja ke? Wahahaha soalan yang bagus! Memang aku tak da kerja pun hari ni. Lepak kat 'sarang' aku, tunggu dishoot emel dari orang orang atasan. Aku hanya orang bawahan.
(Sekadar hiasan...hee~) |
Bercakap pasal MATANG, pernah tak anda dikatakan kurang matang atau tak matang langsung? Atau tak pernah dikomen apa apa pasal diri anda? Mengikut pengalaman aku, yang aku sendiri alami. Aku agak sensitif apabila dikatakan kurang matang. Mungkin aku ego. Aku akan sentiasa berfikir kat mana lagi yang aku kurang matang yang perlu aku perbaiki. I'm not trying to be perfect but I want to do my best to become a better person!
Tapi ada sesetengah pihak menganggap ia satu sifat ego yang menunjukkan aku tak boleh terima hakikat yang aku KURANG MATANG ataupun TAK MATANG. Mungkin ya, mungkin tidak. Masing masing punya persepsi kan?! Meh kita sama sama semak adakah kita sudah boleh dikatakan cukup matang tapi bukan cukup PERFECT. Tiada yang perfect di dunia ni melainkan ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dan menganggap ia seperti biasa.
Anda tidak merasa iri hati apabila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik dan salah faham orang tanpa memperbesar besarkannya.
Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa rasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat pendapat yang anda tidak persetujui dalam perdebatan tanpa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang anda benar benar minati.
Anda mengaku dengan jujur anda tidak tahu apabila anda betul betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang orang tua atau orang orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang orang yang anda tidak sukai.
Anda dapat mewujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan lelaki secara jujur.
Secara jujurnya aku masih belum cukup matang kalau nak ikut apa yang tertulis di atas ni. Masih ada kekurangan :) Mungkin setiap orang berbeza penilaiannya terhadap MATANG. Sama sama kita perbaiki.
Kanak kanak yang kita fikir tak matang tu lagi mudah memaaf orang lain dari kita yang dianggap matang hidup dalam berdendam. Blog contengconteng.com banyak inspire aku soal matang ni. Thanks. :)
Artikel ni aku refer dari ANDA SEMAKIN MATANG BILA...
definition matang tu actually sgt luas..kalau nak berhujah pasal matang ni su rase tak abis kot..perangai,cara membuat keputusan,cara selesaikan masalah,cara berkomunikasi, cara handle emosi, dan mcm2 cara lg la leh menunjukkan kematangan seseorang xD
ReplyDeletetp mcm mane pulak ngn perangai?ade org ckp.."eh ko ni perangai cm budak2 je..bile la nk matang.." tp ade kah dirinye x matang?=.="
hmm betul tu cuya! setuju! masing masing ada persepsi pendapat masing masing terhadap matang ni...sgt luas..atas tu antaranya lah...tak terhad setakat tu sj sebenarnya...
ReplyDeletekan kan kan cuya kaaann..? hehehe