Recent Posts

Search This Blog

Tuesday, 31 May 2011

SKETCH #7 : A Girl with her Umbrella

Assalamu'alaikum...

I'm not feeling very well today. Everything just going wrong every time I'll try my best to fix it! Huhhh...it might be because I've got a flu just now. So my brain can't thinks straightly in a rational condition. Everything just going to emotional. Naahhhh whatever lah! Hahahaha...

Dah pegi ambik ubat di klinik tadi tapiiii....tak dapat MC la pulak. Mungkin sebab badan aku tak cukup panas kot.Ngehngeh...tak apa lah. Layan je! Apa apa pun I just wanna share with you all my next sketch. Taraaa~


My bad I'm soOOooo...failed in sketching of portrait! Kalau korang perasan kebanyakan sketch gambar orang, aku tak lukis muka clearly. Hahaha...

Monday, 30 May 2011

TECHNO #3 : Tikus Canggih dalam Rumah

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua. Dah jam 7.19 pagi. Aku ingatkan nak tido semula lepas Subuh tadi sebab rasa badan tersangat sangatlah penat. Tapi dah tak boleh tido pulak bila kepala sendiri confuse hari ni cuti ke kerja?! Hakhak...kenapa la dengan ko ni pompuan? Dah dah wake up!

Sekali lagi aku terjumpa something dalam peti surat emel aku. Wakakaka tetikus paling menarik pernah aku tengok. Korang aku tak tau lah. Mungkin dah biasa tengok kan?! Uwaaaaa nak satuuuuu....! 



Hohhh jenuh haku dok meng-upload gambo gambo ni....secanggih mana pun tikus tikus ni...aku tetap nak Graphic Tablet jugak!...
Oh Bamboo Fun!


Saturday, 28 May 2011

Japan's Mouth-Watering Plastic Food Display

Assalamu'alaikum...

Malam ni aku tersangat lah bosan. Aku malas nak bercakap dengan sesiapa sekalipun sebab kalau aku start bersuara mesti aku rasa bengang sangat sangat. Tiba tiba tersangatlah emo okay! Hahaha. So I'm in a silent mode! Please avoid from me till tomorrow morning! Hopefully InsyaAllah.

Mesti korang tertanya tanya apa kena mengena tajuk entri aku dengan bebelan aku tadi kan? Hahaha tadi tu mukadimah berbentuk bebelan. Harap maklum!

Ni sebenarnya apa yang aku nak bebelkan. Mesti semua pernah makan di restoran restoran kan? Tak kisahlah restoran mahal atau pun murah, semestinya sebelum order makan, tentunya kita nak tengok menu kan? Nak nak lagi time tengah mengada tak tau nak makan apa ataupun tak pernah try lagi restoran tu, tak tau menu apa yang dorang serve.

Bagi kita, menu yang ada gambar menarik pun dah terliur kan? Dah cukup dah bagi kita kan? Tapiii tidak di Jepun. Bukan setakat tengok gambar tapi nak kena tengok bentuk makanan tu sendiri selepas masak macam mana rupanya. Laaagiii laaa meningkatkan nafsu selera makan kita kan? Menarik kan? Di Jepun, dorang guna makanan plastik sebagai display untuk menarik pelanggan datang. Zzzzzzz...kat foodcourt JJ Malaysia ni pun ada aku pernah nampak. Mesti ramai cakap macam tu. Hahaha aku dah agak dah sebab aku pun pernah terfikir benda yang sama. Tapi kalau korang nak tau. Ni lagi menarik ko tau?? Lagi special teknologi dorang guna.  Nak tengok? Haaa jap! 

(Hahaha menarik kan? Haa ada lagi. Next....)
(Erkkk....Alhamdulillah kenyang aku tengok replika makanan ni..haha neexxttt)
(Hahaha serious horror aku tengok replika makan macam ni...AKU JAKUN! Haha)
Pertama kali aku tengok real benda alah ni kat foodcourt JJ Bukit Raja. Masa tu jakun habis aku cakap ko! Hahaha..tapi kunun cover macho la kan. Tak tunjuk la sangat..

Tapi kat Jepun, strategi tarik pelanggan gaya gini start masa tahun 1917-1926 okay! Hahaha. Umur korang berapa masa tu? Belum lahir lagi kan? Haha. Tahun 1932, Iwasaki Ryuzo, tubuhkan satu company khas untuk buat makanan palsu macam ni dan sekarang sangat sangat popular di kalangan plastic food manufacturer di Jepun. Kagum tak? Haha jangan nganga sangat mulut tu..aku baling selipar masuk kang. Haha.

Kebanyakan restoran mewah sanggup membelanjakan berjuta juta yen semata untuk strategi sebegini. Betapa kayanya negara Jepun dengan kos hidup selain teknologi yang jauh ke depan dari kita. 

HOW THIS FAKE FOOD BEING MADE? Good question guys! Dulu dulu sebelum ni, ia diperbuat daripada wax. Apabila ia mencair, ia akan dituangkan ke dalam acuan kanten (sejenis rumpai laut), tetapi sekarang Jepun menggunakan acuan silikon. Cecair plastik akan dituang ke dalam acuan tu, dipanaskan sampai keras. 

HOW WAS THE PROCESS OF ORDERING THESE THINGS? Haaaa aku pun ada terfikir benda sama. Pemilik sesebuh restoran akan hantar makanan sebenar atau omputeh cakap real food that they want to replicate, bersama sama dengan gambarnya sekali. Kemudian, silikon akan dituang ke dalam acuan dan dipadatkan. Lepas tu dicampur pulak dengan cecair plastik dan dimasak dalam ketuhar. Part paling susah apabila nak membentuk makanan makanan palsu tadi dengan lebih details. Maksudnya nak bentuk mee kuah, haaa nak susun bentuk mee tu...kuah tu macam mana. Complicated kan?? Dorang akan guna cat minyak, berus, air brushes, pisau, alat mengukir, dan segala alat alat lain yang tertentu. Dorang rahsiakan teknik yang dorang guna daripada direveal

Tapi sedikit sebanyak kita dapat agak kan it's not a simple works. We can say it..it's so artisitic. Fabolous artistic. Hehehe...sebagai balasan kesabaran korang baca aku bebel. Ni ada lagi beberapa gambar.


PLEASE ENJOY YOUR MEAL SIR! ^_^


Friday, 27 May 2011

SKETCH #6 : AKU SUKA LILIN

Assalamu'alaikum...

Seharian aku busy kat office hari ni. Dari pagi sampai lah ke petang asyik masuk meeting. Naik tepu otak aku menadah telinga dengar orang orang atasan membebel itu ini pasal kerja. Kalau nak ikutkan hati, nak je aku angkat lappy aku terus keluar bilik meeting. Hahahaha....Boleh macam tu? Tapi aku ni setakat cakap je boleh lah. Tak buat pun. Ngehngeh..terasa macam kurang ajar pulak kalau aku buat betul betul.

KENAPA AKU SUKA LILIN? Aku suka sebaaaaabbbb...sebabnya dulu aku suka main dengan lilin. Habiskan stok lilin Mak aku. Then bila blackout haaaa terhegeh hegeh lah aku kena marah dengan Mak aku, bila nak guna je, tak ada. Wahahahahaha...

Aku suka biarkan lilin yang cair tu menitik atas tangan aku sampai dia beku banyak banyak penuh kat tangan. Hehehe aku terasa macam bertukaaarrrrr...jadik alien!! Haha. Terasa macam cekang je seluruh tapak dan belakang tangan. Aku tak tau apa yang best sangat. Mengom kan?

Tapi sekarang lilin umpama simbol satu pengorbanan untuk kesenangan atau kebahagian orang lain. Kenapa aku cakap macam tu? Haaaa pernah dengar tak satu ungkapan GURU UMPAMA LILIN? Membakar diri sendiri untuk kesenangan orang lain. Seorang guru yang berhati mulia sanggup berkorban apa saja untuk anak bangsanya. 

Seorang ibu pun umpama lilin. Betapa besar pengorbanan dia untuk masa depan keluarga dan anak anak kan? Sayangilah keluarga anda. Sayangilah guru anda. Hargailah semua orang orang yang tersayang disekeliling anda :) Meraban je lah ko para oi! Hekhek...



Thursday, 26 May 2011

BOSANNYA!


BOSANNYA!!!
Huwarghhhhhhhhhhh....boleh tak aku nak bosan dengan blog sendiri?
Rasanya macam nak kena renovate baru blog nih!
Bukan bosan sebab tak ada entri...entri boleh je aku nak naip apa apa pun..memang otak nak merapu tu ada je setakat ni...takut orang yang nak baca je lah pikir aku mengom pulak..wahahaha...
Aku BOSAN dengan layout aku jeeeeeee!!
Mana aku nak caik layout gempak gempak sikit nih!

Jealous haku tengok blog Kak Emila, Sharkox...GarisGarisHalus semua semua lah..
Perghhh memang salute blog dorang...TAK JEMU PUN!!
Maybe sebab aku jenis suka baca benda yang bergambar kot..
Ngehngehngeh!!.. 
 








Tuesday, 24 May 2011

SKETCH #5 : One Lonely Night!


ONE LONELY NIGHT!?

Tiba tiba aku terbayang benda ni so aku lukis..heee~
Bila aku tengok banyak banyak kali gambo yang aku lukis ni banyak lagi aku kena belajar dunia sketch dari Kak Emila Yusof :)

Thanks kak..because of your blog inspire me to start over my last long hobby...
:)

P/S: Tah betul ke tidak bahasa omputeh aku tu...wakakakakaka...

Monday, 23 May 2011

TANAH RUNTUH, Hulu Langat

Assalamu'alaikum wbt...

Hmmm tengok tajuk entri pun mesti dah dapat agak apa aku nak cakap dalam ni kan? Hmm betul aku tau dah ramai bloggers lain yang bercakap benda yang sama jugak. Aku pun tak nak ketinggalan untuk bercakap pasal ni jugak sebab aku baru dapat tau ada 2 staf tempat kerja aku pun terlibat sama dalam bencana alam ni.

Macam mana semua ni boleh berlaku, kenapa semua ni berlaku secara geografi bagai, tentu semua dah maklum dari media massa lain kan? Pendek kata apa aku boleh ungkapkan dari tragedi ni hanyalah SANGAT SEDIH....tumpang empati atas apa yang telah berlaku. 

(Gambar ni aku ambik dari salah satu forum yang dipercayai gambar ni dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh tu...)
Cuba korang tengok gambar kat atas tu. Hmmmmm sejuk je kan tengok dorang? Kecik kecik lagi dah jadik anak yatim. Paling depan tu tersangatlah comel! Sejujurnya syukur sangat sangat, syukur Alhamdulillah Mak Aba aku masih ada, merasa kasih sayang mereka sampai ke hari ni. Anak anak ni? Mungkin ada yang tak berbapa atau tak beribu. Hari hari mesti rindukan belaian kasih sayang seorang ibu dan ayah. Nak bandingkan anak anak lain yang sebaya mesti seronok bermain di laman rumah, berjalan jalan bersama keluarga di shopping mall. Nak apa semua parents belikan. Anak anak ini? Hmmm...

(TERLANTAR...kaki kanan Mohd Irwan terpaksa dipotong dan masih diberi rawatan di wad ICU, Hospital Ampang - Harian Metro)
Gambar di atas salah seorang sukarelawan di rumah anak yatim tersebut yang tercedera dan masih dalam rawatan rapi. Mohd Irwan Zakaria merupakan salah seorang staf TM IPNOC Cyberjaya. Beliau menjadi sukarelawan mengajar di Rumah Anak Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tersebut. 

Sekarang masih dalam perhatian unit ICU, Hospital Ampang. Beliau dipercayai terperangkap selama 8 jam di bawah runtuhan dinding simen dan tanah kehilangan sebelah kaki kanannya dari paras peha. MasyaALLAH tak boleh aku bayangkan kesakitan yang dialami beliau. 

Aku dengar kata ada sesetengah pihak mengatakan, beliau pernah ditanya kenapa pakai kereta besar sedangkan masih belum berkahwin. Beliau hanya tersenyum dan hanya menjawap, senang dia nak bawak anak anak (anak anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa). Tak ramai kan orang berhati macam dia? Sudahlah dah buat pahala tolong anak anak yatim, lagi pulak tercedera semasa tengah buat benda baik. Berlipat kali ganda pahala dia kan?

Kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan segala. Dah tertulis pada tarikh tersebut rumah anak yatim tu berlaku tanah runtuh dan beberapa orang terkorban. Kun Fayakun...maka terjadiklah sesuatu perkara itu atas kehendak DIA. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Wallahu'alam.

Semoga semua dibawah lindunganNYA, didoakan semua dalam rahmatNYA dan diletakkan bersama dengan para solihin. Ameen. AL-FATIHAH.




Saturday, 21 May 2011

SKETCH #4 : HARRY POTTER and the SORCERER'S STONE

Assalamu'alaikum...

Selamat pagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....semua da bangun keeee..? Of course la dah kaann...semuanya anak anak yang rajin..Hakhakhak...aku pun anak yang rajin jam 8.40 pagi baru bangun. Rajin la sangaaat!!

Sekarang ni aku tak tau kenapa aku rajin sangat nak meng-upload semua sketching yang aku ada. Konon perasan pun ada jugak. Hahaha..ahhhhhh aku pedulik hape kan?! (Padahal dah tak ada idea apa nak taip)...

Ok tanpa membuang masa...aku perkenalkan satu lagi hasil contengan aku sambil mengadap skrin PC Along aku. Masa tu aku tengah gila dengan Harry Potter pulak. Macam biasa PC Along aku buat macam harta aku sendiri. Aku masuk bilik...tukar wallpaper dia yang entah apa apa tu ke muka Harry Potter yang comel tu. Kekekekekeke....Walaupun aku tau sekali Along aku bukak balik PC dia tengok wallpaper asyik berubah ubah, mesti aku kena bising. Ahhhhhhhhhh aku tak peduliiiiiiiii....hahahaha...


Taraaaaaaaaaaaaa....!!! Nantek nantek takkkkkkk??? Heee~ Ayat perasan la ko pompuan! Pang! Hahahaha...ni pun seperti biasa aku hanya menggunakan pensel 2B, HB, buku sketch aku daaannn....paling penting jari telunjuk aku untuk menenyeh! Hahahaha...Agaaaaiiinnnnnnn aku tak tau nak guna colors! Deng!!


Friday, 20 May 2011

SKETCH #3 : You'll Never Walk Alone

Assalamu'alaikum...

Selamat petang semua...

Hmmm...ada sesiapa kat sini pernah dengar tak quote YOU WILL NEVER WALK ALONE? Haaaaaa bagi lelaki yang minat bola, nak nak lagi Liverpool fan (LFC) memang kenal sangat kan dengan wording tu?? Hehehehe tapi bukan nak cover up pasal team bola ye.. Hehehe just kebetulan sama dengan sketch title aku kali ni. 


"SOMETIMES WE FEEL THAT WE'RE ALONE BUT THE TRUTH IS WE NEVER WERE...
WE STILL HAVE HIM THE ALMIGHTY ALWAYS WATCHING OVER US"

Thursday, 19 May 2011

SKETCH #2 : Ilustrated from National Geographic Magazine

Assalamu'alaikum....

Berkejar kejar aku hari ni siapkan keja. Tiba tiba pulak bos kecik suruh betulkan keja semalam. Fuhhh dengan secepat kilat aku memintas siapkan cepat cepat sebelum dia mintak. Alhamdulillah dah siap dah.

SEKARANG AKU TENGAH MENGISI masa lapang aku menaip untuk next entry untuk blog aku ni. Kekekekeke. Dari aku membuang masa mengorek tahik hidung...baik aku upload lagi beberapa gambar sketch aku :) based on majalah National Geographic.






Nanti senang senang aku upload lagi sketch aku....cau cin cauuuuuuuu..!! :-P







SKETCH #1 : Ada Apa Dengan Cinta?

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi semua...awal benar aku hari ni sampai office tapi belum cukup awal untuk aku menang dengan Fariq (budak office aku). Dia lagi awaaaaaaaaaaaallll! Geram haku! Sesampai je dia nampak aku, dia terus menari tonggeng dia tu kononnya celebrate kemenangan toek dia tu! Huhh! Ko sekarang boleh la awal dari aku sebab kena bangun hantar awek ko tu pegi sekolah. Wawawawawa...

Ehhhhhhhhh lari tajuk pulak kan? Hahaha...penah dengar tak somewhere ADA APA DENGAN CINTA? Hahahahaha ni zaman aku budak budak tengah berhingus tak tau apa apa lagi sangat la menjadi kegilaan. Filem Indonesia. Ingat tak? Rugi tu kalau tak pernah tengok..Hahaha. Watak Rangga dengan Cinta ke apa tah. Tak ingat dah. Lagu lagu dia boleh tahan jugak aku layan dulu.

PC Along aku jadik mangsa kegilaan aku letak wallpaper filem tu kat desktop. Tenung punya tenung terlintas nak melukis. Taraaaaaaaaaaaaaaa....inilah hasilnya masa tu! Tak berapa sharp macam Kak Emila punya sketch. Mungkin penggunaan kertas aku kot. Tak pelah. Just wanna share with you guys! :)


Hehehehehe...Cantik tak? Ayat perasan la pompuan! Ahhh aku pedulik hape kan! Hahaha...aku melangut depan skrin PC aku masa tu then tangan aku pun gatal gatal la menconteng kertas..Actually aku lukis ni da lama dah. Masa aku sekolah menengah lagi. Aku masih simpan :) teringat nak letak kat blog. Kononnya nak jadik macam Kak Emila. Hehehe..Thanks kak sebab bagi nasihat how to 'scan' this thing.





Wednesday, 18 May 2011

Thinking of NEW BLOG!


 ....raised of the new born!!!........

...thanks for the pic owner...i borrow it from you for my entry...
THINKING OF NEW BLOG!!!

....even though my current blog don't have many followers but my BAD 
for being bored with this blog already...
i need some new environment to refresh me back...
hmmmmmm...
what do you think??

The Skecthbook Project 2012


Assalamu'alaikum....

HMMM DAH LAMA AKU TULIS entri ni tapi terbantut masuk draft je. Hehehe...Ni aku nak bagi tahu, satu lagi angan angan aku terpaksa dilupakan atas sebab aku terlalu mengutamakan prioritize dalam hidup aku. Hahaha..Uwaaaaaaaaaa...dah lama aku carik peluang ni tapi bila da jumpa aku terpaksa let'em go!!!  

Angan angan apa? Tulah kat atas tu ha. Nampak tak gambo dunia tu? Aku nak mengelilingi dunia ko tau? Uwaaa...bukan senang. Hukhukhuk..Thanks to Kak Emilia sebab temukan saya dengan peluang ni tapi saya mintak maaf kak, tak dapat nak join akak and the rest mengelilingi dunia. Walaupun aku tau bukan badan aku yang mengelilingi dunia, even skecthing aku je yang mengelilingi dunia, tapi itu pun dah cukup berharga bagi aku. Actually bukanlah mengelilingi seluruh dunia pun...just dari Brooklyn(NY), Boston(MA), Chicago(IL), San Fransisco(CA), Atlanta(GA), Austin(TX), Los Angeles(CA), Philadhepia(PA), Portland(OR), Portland(ME), London(England)*, Melbourne(Australia)*, Vancouver(Canada)* dan Taranta(Canada). Menarik kaaaaaaaann?

SEBAB APA TAK BOLEH join? Sebab mahal sangat kot fees dia. Kira kira paling minima kos penghantaran dari sana dalam $48. Itu belum kira kos penghantaran aku ke sana pulak nanti :( Disebabkan aku semakin hampir dengan big day aku bulan depan, nak guna banyak lagi duit belanja, banyak lagi perancangan lebih penting aku kena pentingkan...aku terpaksa lepaskan yang ini. InsyaAllah ada rezeki tahun depan ArtGroup akan anjur lagi :) 

KENAPA aku nak join? Untuk buktikan kepada orang orang yang sentiasa memandang rendah pada aku selama ini yang aku pun mampu buat lebih baik. Tapi mungkin ada hikmahnya yang aku tak nampak. Cita cita aku terbantut dan terhalang di tengah jalan.

(Dah digenggam tapi aku terpaksa lepaskan...)




Monday, 16 May 2011

SELAMAT HARI GURU!


BUAT SEMUA PENDIDIK PENDIDIK
yang tak pernah jemu mendidik adik adik...
termasuklah aku dulu walaupun aku selalu bagi alasan untuk ponteng kelas...

...tak lupa jugak untuk MAK aku yang juga seorang PENDIDIK...
SELAMAT HARI GURU MAK!!
semoga segala penat lelah Mak selama berpuluh tahun mengajar dimerata rata sekolah selama ni akan bertambah tambah lagi anak anak bangsa yang berjaya kelak..
tiba tiba aku nak cakap patriotik sangat ni kenapa?? Hahahaha...

Bukan senang tau nak jadi cikgu...aku dah berapa kali apply tak pernah nya dapat dapat walaupun aku anak cikgu..so bagi siapa siapa yang terasa apabila permohonan ditolak jangan frust sangat sebab semua ni adalah rezeki masing masing...
*tiba tiba keluar topik...

SELAMAT HARI GURU
jugak kepada semua cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dulu...
sekolah rendah aku tak banyak kenangan sangat...
sekolah menengah ada jugak sikit sikit aku dah pandai ponteng kelas...
Untuk Cikgu Mastura...
cikgu AddMath...sorry cikgu saya tak pernah nya lulus tapi SPM cikgu mesti susah nak tanda kertas saya kan? maceh cikguuuu meluluskan saya jugak akhirnya...
Cikgu Zul...
Saya mintak maaf la sebab saya memang cannot go subjek cikgu..
asal bukak buku je ilmu tu bukan masuk kepala...ilmu tu masuk ke bilik air..
tak tau la kenapa tak leh terima langsung subjek Kimia cikgu tu...
patutla cita cita nak jadik doktor saya pun terkubur begitu saja...
tapi apa apa pun thanks dapat jugak cikgu merelakan diri bagi saya dapat E8! hahaha
Ustat Buku...
Cikgu Sejarah...saya tak tau time tests saya boleh dapat A...
tapi sampai exam betul...saya dapat C6...
sangatla dungu nya nak baca sejarah masa lampau...
maceh ustat!
Tak tersenarai semua cikgu kat sini...
Macehhh cikguuuuuuuuuuuuuuu
Berkat doa cikgu jugak la saya kat sini sekarang ni...
Macehhhhhhhhhhhhhhhhh~ :)



Sunday, 15 May 2011

Aku Rasa Macam Nak Belasah Orang

Assalamu'alaikum...

Waaaaaaa dah lama beno aku rasa aku tak update blog. Asal aku nak masuk blog je error. Aku tak pasti samada aku sorang je mengalami masalah yang sama atau orang lain sama jugak. Ahhh tak kisah la kan asal dah boleh masuk...Hehehe Alhamdulillah...boleh lah aku lepaskan gian jari jari aku ni nak menaip.

Wooo dalam 2 hari ni aku betul betul rasa macam nak belasah orang je. Kan best kalau ada punching bag kat rumah. Boleh jugak aku lepaskan geram aku. Kang terlepas kat manusia betul kang..tak pasal masuk paper lak kang. Hahahaha....


Aku penah tau berangan nak ada bilik gim sendiri...tak pun paling kurang ada benda alah lantun lantun ni pun jadiklah tempat aku lepaskan geram aku. Wuwuwuwu...tak kisah la orang nak kata aku ganas ke apa..dari aku dok pendam buat jantung aku sakit...baik aku lepas kan dengan cara macam ni..kan? Nak lepaskan dengan kata kata kang orang kata aku ni kurang ajar. Tak pun kuat melawan. Atau boleh jugak orang gelar aku kuat memberontak. Aku ni pun manusia biasa..ada perasaan. Kalau dah hari hari asyik dipersalahkan atas perkara yang aku sendiri pun tak tau pucuk pangkal nya...sikit sebanyak hati aku ni pun terguris jugak. Aku bukan spender...aku bukan tunggul..aku bukan kayu...!!! adehhh...

Memang entri aku kali ni kasar sikit kot bunyik nya bahasa aku. Haa bagi kawan kawan aku yang tak berapa setuju dengan entri entri aku sebelum ni...sebab katanya tak suit dengan aku untuk berjiwang keparat. Haaameeekkkk entri kali ni agak agak suit tak dengan aku? Ahahaha...credit to Azim.




Daisypath Friendship tickers