Recent Posts

Search This Blog

Saturday, 28 May 2011

Japan's Mouth-Watering Plastic Food Display

Assalamu'alaikum...

Malam ni aku tersangat lah bosan. Aku malas nak bercakap dengan sesiapa sekalipun sebab kalau aku start bersuara mesti aku rasa bengang sangat sangat. Tiba tiba tersangatlah emo okay! Hahaha. So I'm in a silent mode! Please avoid from me till tomorrow morning! Hopefully InsyaAllah.

Mesti korang tertanya tanya apa kena mengena tajuk entri aku dengan bebelan aku tadi kan? Hahaha tadi tu mukadimah berbentuk bebelan. Harap maklum!

Ni sebenarnya apa yang aku nak bebelkan. Mesti semua pernah makan di restoran restoran kan? Tak kisahlah restoran mahal atau pun murah, semestinya sebelum order makan, tentunya kita nak tengok menu kan? Nak nak lagi time tengah mengada tak tau nak makan apa ataupun tak pernah try lagi restoran tu, tak tau menu apa yang dorang serve.

Bagi kita, menu yang ada gambar menarik pun dah terliur kan? Dah cukup dah bagi kita kan? Tapiii tidak di Jepun. Bukan setakat tengok gambar tapi nak kena tengok bentuk makanan tu sendiri selepas masak macam mana rupanya. Laaagiii laaa meningkatkan nafsu selera makan kita kan? Menarik kan? Di Jepun, dorang guna makanan plastik sebagai display untuk menarik pelanggan datang. Zzzzzzz...kat foodcourt JJ Malaysia ni pun ada aku pernah nampak. Mesti ramai cakap macam tu. Hahaha aku dah agak dah sebab aku pun pernah terfikir benda yang sama. Tapi kalau korang nak tau. Ni lagi menarik ko tau?? Lagi special teknologi dorang guna.  Nak tengok? Haaa jap! 

(Hahaha menarik kan? Haa ada lagi. Next....)
(Erkkk....Alhamdulillah kenyang aku tengok replika makanan ni..haha neexxttt)
(Hahaha serious horror aku tengok replika makan macam ni...AKU JAKUN! Haha)
Pertama kali aku tengok real benda alah ni kat foodcourt JJ Bukit Raja. Masa tu jakun habis aku cakap ko! Hahaha..tapi kunun cover macho la kan. Tak tunjuk la sangat..

Tapi kat Jepun, strategi tarik pelanggan gaya gini start masa tahun 1917-1926 okay! Hahaha. Umur korang berapa masa tu? Belum lahir lagi kan? Haha. Tahun 1932, Iwasaki Ryuzo, tubuhkan satu company khas untuk buat makanan palsu macam ni dan sekarang sangat sangat popular di kalangan plastic food manufacturer di Jepun. Kagum tak? Haha jangan nganga sangat mulut tu..aku baling selipar masuk kang. Haha.

Kebanyakan restoran mewah sanggup membelanjakan berjuta juta yen semata untuk strategi sebegini. Betapa kayanya negara Jepun dengan kos hidup selain teknologi yang jauh ke depan dari kita. 

HOW THIS FAKE FOOD BEING MADE? Good question guys! Dulu dulu sebelum ni, ia diperbuat daripada wax. Apabila ia mencair, ia akan dituangkan ke dalam acuan kanten (sejenis rumpai laut), tetapi sekarang Jepun menggunakan acuan silikon. Cecair plastik akan dituang ke dalam acuan tu, dipanaskan sampai keras. 

HOW WAS THE PROCESS OF ORDERING THESE THINGS? Haaaa aku pun ada terfikir benda sama. Pemilik sesebuh restoran akan hantar makanan sebenar atau omputeh cakap real food that they want to replicate, bersama sama dengan gambarnya sekali. Kemudian, silikon akan dituang ke dalam acuan dan dipadatkan. Lepas tu dicampur pulak dengan cecair plastik dan dimasak dalam ketuhar. Part paling susah apabila nak membentuk makanan makanan palsu tadi dengan lebih details. Maksudnya nak bentuk mee kuah, haaa nak susun bentuk mee tu...kuah tu macam mana. Complicated kan?? Dorang akan guna cat minyak, berus, air brushes, pisau, alat mengukir, dan segala alat alat lain yang tertentu. Dorang rahsiakan teknik yang dorang guna daripada direveal

Tapi sedikit sebanyak kita dapat agak kan it's not a simple works. We can say it..it's so artisitic. Fabolous artistic. Hehehe...sebagai balasan kesabaran korang baca aku bebel. Ni ada lagi beberapa gambar.


PLEASE ENJOY YOUR MEAL SIR! ^_^


2 comments:

  1. adoi laponye tgk gmbr2 ni para..wuuuu

    ReplyDelete
  2. tiba tiba rasa nk blogwalking blog sendiri..bukak balik entri yg da lepas..terperasan 1 entri ada 1 comment je..dlm ati..aihh xkan haku komen entri sendiri kot..gile perasan...

    rupanya comment cuya..para xbalas lagi..hehehe sori cuyaa...
    ada terasa tingin nak pegi caik claypot atau sizzling x? ahahaha

    ReplyDelete

What's on your mind?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...