Recent Posts

Search This Blog

Friday, 27 May 2011

SKETCH #6 : AKU SUKA LILIN

Assalamu'alaikum...

Seharian aku busy kat office hari ni. Dari pagi sampai lah ke petang asyik masuk meeting. Naik tepu otak aku menadah telinga dengar orang orang atasan membebel itu ini pasal kerja. Kalau nak ikutkan hati, nak je aku angkat lappy aku terus keluar bilik meeting. Hahahaha....Boleh macam tu? Tapi aku ni setakat cakap je boleh lah. Tak buat pun. Ngehngeh..terasa macam kurang ajar pulak kalau aku buat betul betul.

KENAPA AKU SUKA LILIN? Aku suka sebaaaaabbbb...sebabnya dulu aku suka main dengan lilin. Habiskan stok lilin Mak aku. Then bila blackout haaaa terhegeh hegeh lah aku kena marah dengan Mak aku, bila nak guna je, tak ada. Wahahahahaha...

Aku suka biarkan lilin yang cair tu menitik atas tangan aku sampai dia beku banyak banyak penuh kat tangan. Hehehe aku terasa macam bertukaaarrrrr...jadik alien!! Haha. Terasa macam cekang je seluruh tapak dan belakang tangan. Aku tak tau apa yang best sangat. Mengom kan?

Tapi sekarang lilin umpama simbol satu pengorbanan untuk kesenangan atau kebahagian orang lain. Kenapa aku cakap macam tu? Haaaa pernah dengar tak satu ungkapan GURU UMPAMA LILIN? Membakar diri sendiri untuk kesenangan orang lain. Seorang guru yang berhati mulia sanggup berkorban apa saja untuk anak bangsanya. 

Seorang ibu pun umpama lilin. Betapa besar pengorbanan dia untuk masa depan keluarga dan anak anak kan? Sayangilah keluarga anda. Sayangilah guru anda. Hargailah semua orang orang yang tersayang disekeliling anda :) Meraban je lah ko para oi! Hekhek...



No comments:

Post a Comment

What's on your mind?

Daisypath Friendship tickers