Recent Posts

Search This Blog

Monday, 31 December 2012

Hari Terakhir untuk Tahun 2012

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Alhamdulillah hari ni aku tetiba rajin nak post entry kat blog aku ni...dalam tak sedar dah pun 31 Disember 2012, hari terakhir untuk tahun ni dan akan bermula tahun baru pada besok harinya.

Tergendala pulak entri aku pasal review set bersalin. Haha. Aku malas nak menaip.
Padahal kerja aku pun hari hari menaip. Alasan sebenarnya malas nak berblog. Itu sebenarnya. Hehe.

REVIEW RINGKAS DARI ENTRI LEPAS...

Entri ringkas pasal review set bersalin, at last aku mengambil keputusan untuk menimbangtara 3 set bersalin daripada berpuluh puluh set tu. Antaranya ialah Shaklee, Nona Roguy dan akhir sekali Amway.
Masih di dalam mencari cari sebenarnya sampailah orang rumah restu dan izinkan aku beli salah satu darinya ataupun combine secara loose pack.
InshaAllah kalau aku rajin aku akan post entrinya nanti ye.

AZAM BARU?
Bercakap pasal tahun baru yang bakal menjelang besok, ada kat sini yang dah tanam azam baru?
Selalunya asal nak masuk tahun baru mesti nak tanya APA AZAM BARU ANDA? 

Orang rumah akupun pernah tanya kat aku soalan yang sama minggu lepas tapi aku tak tau nak jawap apa. Haha teruk kan? Aku malas nak berazam sebab setiap tahun azam tu tak pernah tercapai dalam erti kata lain salah sendiri tak berdisiplin nak capai azam tu. Kekekeke.
I'm going to be a mom next year. InshaAllah...untuk menjadi seorang ibu tahun depan merupakan salah satu azam aku. InshaAllah semoga dipanjangkan umur aku dan anak ini, semoga sihat dan sempurna hendaknya. Menjadi anak yang soleh/solehah, berilmu dan beramal soleh, seimbang dunia akhiratnya.
Semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga, dipermudahkan segala urusan kehidupan dan InshaAllah semoga DIA memberkati kami sentiasa.
 Amin.

Lagii....aihh bila dah menaip ni banyak jugak azam aku sebenarnya untuk tahun depan kan?
Lagi...aku sentiasa mendoakan semoga dipermudahkan urusan bersalinku nanti..diharap anak ini dilahirkan secara normal, sihat sihat sentiasa dan moga dimurahkan rezeki aku boleh menyusukan anak ini dengan susu badanku sendiri sehinggalah umur anak ini 2 tahun sekurang kurangnya.
Amin.

Lagiiii...semoga aku mampu jadi ibu yang baik untuk anak ni, dan isteri yang lebih baik untuk orang rumahku untuk tahun depan.
Amin.

Sebagai kata akhir entri aku kali ni, harap dimaafkan andai kata ada terlanjur kata dan perilaku. Aku cuma insan biasa yang serba kekurangan dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Harap dimaafkan ye.

Untuk silent reader, terutama 'orang' tuuuu...tahniahlah dah jumpa blog ni balik! Hahaha...lepas ni syokla dia dok membahan aku lagi kat FB.
Ok see ya next year! InshaAllah :)

Friday, 14 December 2012

Set Bersalin Afiat


ASSALAMU'ALAIKUM

Ok hari ni selepas beberapa hari aku dok mencari review pasal produk Afiat, aku rasa dah boleh buat entri pasal set bersalin kedua ni pulak.

Tak banyak review yang aku jumpa.
Feedback positif dengan negatif sama banyak tapi yang negatifnya bukanlah dari set bersalin tu sendiri tapi dari pengguna tu sendiri.

Kebanyakan ibu mengandung yang menggunakan produk ni katanya berkesan.
Bezanya dengan Set Bersalin Amway seperti yang aku review dalan entri yang LEPAS, ia tak ada pilis untuk diletakkan di dahi kita.
Bengkung ada sama dengan Set Bersalin Amway.

Dari segi negatifnya yang aku terbaca, bayi yang sensitif dengan bau, tidak begitu suka dengan balm/minyak produk Afiat ni sebabnya terlalu kuat baunya, tak berapa sesuailah terutama sekali masa nak menyusu.
Begitulah kata pengguna tu. Aku sendiri pun tak pernah guna kan.
Just take notes sajalah apa yang terbaca, bau balm/minyak badan produk Afiat ni berbau kuat.

Harga 1 set bersalin ni dalam lingkungan
RM85 - RM89 sahaja.
Lebih murah berbanding dengan Set Bersalin Amway.

Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang pernah menggunakan produk ini, sangat dialu alukan untuk berkongsi pengalaman bersama dengan meninggalkan komen di bawah ye.
Mintak jasa baik pembaca untuk tolong kawan kawan termasuklah diri saya sendiri untuk memilih produk set bersalin yang paling sesuai dan berpatutan.

Wednesday, 12 December 2012

Set Bersalin Amway (Tropical Herbs)



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...diharap semua sihat sihat ja hari ni ye..
Bagi yang bekerja di Selangor semalam, hari ni dah mula kerja balik kan?
Mesti tak terasa sangat kalau dah dapat cuti sehari ja...hehe..tapi kira OK la tu kan dari kami yang bekerja di Kuala Lumpur, cutipun tidak...kena bekerja seperti biasa...

OK berbalik kepada tajuk asal aku untuk entri kali ni berkenaan dengan Set Bersalin Amway (Tropical Herbs), bukan atas pengalaman aku menggunakan produk ni tapi hasil pembacaan aku di blog blog orang lain yang pernah menggunakan produk ni, semuanya memberikan feedback yang positif.

Yelah aku pun kan memang tengah mencari produk set bersalin yang sesuai, so aku pun merajinkanlah diri membaca sana sini.

Pada pendapat aku, produk ni tidaklah begitu tradisional dan tidak jugak begitu moden.
Kenapa? 
Sebabnya kita tak perlu merebus sebarang akar herba untuk diminum melainkan cuma perlu minum teh, 
2 jenis kapsul sayuran selain daripada air mandian.
Juga dibekalkan bengkung percuma.
Aku rasa agak sesuai bagi ibu mengandung anak pertama yang belum punya apa apa kelengkapan persiapan semasa berpantang.
Tunku bayi dan minyak bayi pun juga ada disediakan.

Jadual penggunaan pun dibekalkan bersama untuk kemudahan ibu ibu mengandung mengikut aturan yang ditetapkan.

Bagi ibu mengandung yang bersalin ceasar pun boleh cuba produk ni tapi sebulan selepas bersalin cara pengambilannya.
Kata orang Amway ni lah, tak perlu risau panas atau sebagainya bagi yang bersalin ceasar tu.

Tetapi, kekurangan produk ini setakat pembacaan aku,

Pertama, param atau pemanas badan yang perlu kita sapu sebelum memakai bengkung, ramai mengadu tidak cukup panas. Begitu juga dengan minyak yang perlu disapu pada kaki dan tangan si ibu pun tak cukup panas.
Ramai menggantikan dengan losyen Mustajab.

Keduanya, minyak bayi juga tidak cukup berkesan untuk mengeluarkan kembung angin dalam badan bayi.
Ada yang lebih selesa menggunakan minyak Telon.

Ketiga, kita tak boleh beli barangannya secara berasingan. Perlu beli 1 set terus.

Range harga produk set bersalin ini ialah
RM293-300 sahaja termasuk pos penghantaran
merangkumi 10 barang di dalam 1 set.
Boleh Google produk ni untuk tau lebih lanjut.
Aku malas nak taip pepanjang kat sini. 
Hehehe...

Setakat ni itu saja review aku pasal set bersalin Amway.
Kalau aku ada terbaca lagi, aku update lagi ye.

Sejujurnya pertama kali baca macam dah berkenan dengan produk ni sebab lengkap segala barangan yang diperlukan untuk penjagaan dalaman dan luaran si ibu selepas bersalin.

Namun, masih ada banyak masa nak survey set bersalin yang lain, meh sama sama kita teruskan pencarian set bersalin yang sesuai dengan kita.
Kalau ada yang pernah menggunakan produk ni dan ingin berkongsi pengalaman, silalah jangan segan silu tinggalkan komen anda. Bukan saja berkongsi dengan saya, tapi jugak dengan pembaca pembaca lain yang pasti tertanya tanya lebih lanjut pasal produk ni.

InshaAllah :)

Thursday, 6 December 2012

Senarai Set Bersalin Di Malaysia

ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang dan salam sejahtera buat pembaca semua.
Petang yang hujan macam ni membuatkan aku rajin nak jenguk blog.

Aku sebenarnya tengah merajinkan diri survey pasal set bersalin.
Aku tak taulah berapa banyak set bersalin yang ada dipasaran sekarang ni tapi aku pasti terlalu banyak produk sampaikan kita bakal ibu ni keliru nak buat keputusan.

Kepada sesiapa saja diluar sana yang ada masalah macam aku ni, dan mungkin ada yang nak tau produk apa yang ada di Malaysia buat masa ni bolehlah rujuk senarai di bawah mudah mudahan membantu anda untuk buat survey yang mana paling bagus dan kita rasa sesuai dengan kemampuan kita dari segi kewangan dan badan kita.

1. Set Bersalin Amway (Tropical Herbs 2011, 2012)
2. Set Bersalin Afiat
3. Set Bersalin Ambar Kenanga
4. Set Bersalin Atika Beauty
5. Set Bersalin Air Mancur
6. Set Bersalin Biodex
7. Set Bersalin Beauty Umaira/Umairah
8. Set Bersalin Bidadari
9. Set Bersalin Bhidan Trubellai
10. Set Bersalin Bonda
11. Set Bersalin Biofeld
12. Set Bersalin Cosway
13. Set Bersalin CNI
14. Set Bersalin Cap Menara
15. Set Bersalin DCL
16. Set Bersalin Dnavechee
17. Set Bersalin Dunia Herbs
18. Set Bersalin De'Wajah
19. Set Bersalin Dimaz
20. Set Bersalin Felisa Cosmetic/Felisa Formula
21. Set Bersalin Gamat Healin
22. Set Bersalin Gamat Emas
23. Set Bersalin HPA
24. Set Bersalin Hiraq
25. Set Bersalin Har One
26. Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara/Jamu Mak Dara/Mak Dara
27. Set Bersalin Idaman
28. Set Bersalin Iris
29. Set Bersalin Khazah Bonda/Kzanah Bonda
30. Set Bersalin Kak Engku
31. Set Bersalin Kenanga
32. Set Bersalin Kak Roha/Roha
33. Set Bersalin Kak Lana
34. Set Bersalin Leesa Formula
35. Set Bersalin Mustika Ratu/Jamu Mustika Ratu/Mustika Ratu Selapan
36. Set Bersalin Muna Asy Syifa
37. Set Bersalin Manja
38. Set Bersalin Maharani
39. Set Bersalin Nona Roguy/Nyonya Roguy/NR
40. Set Bersalin Nouvelles Visages/NV
41. Set Bersalin Nyonya Meneer
42. Set Bersalin Nuriz
43. Set Bersalin Natasya
44. Set Bersalin Orang Kampung
45. Set Bersalin Puteri Rembulan
46. Set Bersalin Qurratu
47. Set Bersalin Revell
48. Set Bersalin Rojam
49. Set Bersalin R&Z
50. Set Bersalin Radix
51. Set Bersalin Sendayu Tinggi(Ammy 60 days)/ST
52. Set Bersalin Salindah
53. Set Bersalin Shaklee
54. Set Bersalin Sari Herba
55. Set Bersalin Sari Ayu
56. Set Bersalin Tanamera
57. Set Bersalin TYT
58. Set Bersalin Warisan Afiat
59. Set Bersalin Warisan Mama
60. Set Bersalin Yusmira
61. Set Bersalin Zura
62. Set Bersalin Zarina Zainuddin
Update (10/12/2012):
63. Set Bersalin Confinemum

Nanti senang senang, rajin rajin aku letak link kat semua set bersalin di atas sekurang kurangnya korang boleh klik terus pada senarai di atas untuk tahu maklumat lebih lanjut pasal set tu.


Tuesday, 4 December 2012

Kandungan 19 Minggu


ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah dalam kesibukan ke sana ke sini...dengan urusan itu dan ini, sedar tak sedar, kandungan aku dah 19 minggu lebih dan besok cukup cukup 20 minggu bersamaan dengan 5 bulan umur kandungan aku.

Tak pernah aku update pasal kandungan aku dalam blog kan?
Hehehe ni kira kali pertama aku kongsi dengan korang.

Selama aku mengandung sampailah ke hari ni, Alhamdulillah, trimester kedua adalah fasa mengandung yang paling selesa buat aku. Tiada lagi alahan, tiada lagi morning sickness, cuma sesekali sahaja terasa pening amat sangat kalau terlambat makan. Doktor sendiripun kata sememangnya trimester kedua adalah fasa paling selesa untuk ibu mengandung namun pemakanan si ibu tetap kena jaga secara berterusan.

Diet pemakanan aku buat masa ni....

Pregnancy Vitamin
Calcium

Folic Acid, doktor klinik tu suruh aku stop apabila aku dah masuk trimester kedua ni, sambung dengan multivitamin warna pink dan kalsium pulak.

Itu saja yang aku ambil selain dari susu Anmum Materna 2 kali sehari bersamaan dengan 8 scoops setiap hari.
Kadang kadang aku skip jugak untuk sebelah malam sebab dah kenyang makan malam, perut aku dah tak boleh nak telan susu. Terasa kenyang sangat.
Susu tu buat aku kenyang. Haha.

Sebenarnya aku dah start ambil asid folik tu sebelum mengandung lagi.
Kawan baik aku yang bagi tau, asid folik elok ambil 3 bulan sebelum kahwin sebagai persediaan badan kita untuk mengandung.
Tapi disebabkan aku lambat tau, sebulan selepas kahwin baru aku start makan supplement tu. Hehehe.

Aku tak ada ambil supplement lain selain dari bawah saranan doktor tu sendiri.
Ada terbaca ibu ibu ambil Neorogain untuk pembentukan otak bayi yang sihat. Tapi aku tak ambil. Aku lebih selesa bawah saranan doktor sahaja selain daripada banyakkan makan sayur dan buah.

Kalau ada di antara pembaca yang ada pengalaman, bolehlah berkongsi cerita kat sini.
Sebarang nasihat amat dialu alukan memandangkan aku ni pun mengandungkan anak pertama. Tak pernah ada pengalaman sebelum ni dengan cara cara penjagaan pemakanan dan sebagainya untuk ibu mengandung.
Senang senang tinggalkanlah komen korang kat bawah ye. Mana tau boleh jugak berkongsi ilmu. Banyak lagi ni yang aku tak tau. Banyak lagi yang aku kena belajar. Hehehe.

Kepada kaum Adam pun kalau pernah ada pengalaman menjaga si isteri masing masing, dan tau sedikit sebanyak pasal diet pemakanan untuk ibu mengandung pun boleh berkongsi cerita kat sini.

Tak ada limitation dalam entri ni hanya untuk kaum Hawa sahaja. Open kepada semua untuk berkongsi ilmu. Tak salah kan? :)

Insha Allah senang senang nanti, aku update lagi.

Friday, 30 November 2012

Whatsapp Error Status Unavailable



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua.
Ada sesiapa dekat sini pengguna Whatsapp?
Ada sesiapa kat sini ada terima mesej berantai yang mengatakan kena forward mesej untuk mengelakkan akaun anda ditutup?

Sebenarnya semua tu tipu dan palsu sebenarnya. Boleh baca artikel berkenaan dengan isu ni melalui link dibawah :


ataupun boleh refer email screenshot di bawah ni:


Menurut pihak Whatsapp, tiada cas tambahan selain dari hanya sebanyak 0.99USD untuk pengguna iPhone semasa nak install sahaja. Selebihnya tiada. Boleh rujuk link yang terpapar di dalam emel untuk maklumat lanjut mengenai cas penggunaan application ini.

Semoga sedikit sebanyak terjawap persoalan kita selama ni :)

Monday, 26 November 2012

Semangat Anak Anak di Bumi GAZA




ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...Alhamdulillah pagi ni aku semangat tetiba nak post entry pasal bumi Gaza.

Selepas Subuh tadi aku terbaca satu news pasal anak anak Gaza di wall Facebook seorang sahabat aku ni.
Dalam entri aku yang lepas, aku ada berkongsi pasal kelayakan untuk menjadi anggota Al-Qassam iaitu 'solat berjemaah Subuh di masjid selama 6 bulan berturut turut' untuk bacaan lanjut sila klik link ni Kelayakan Untuk Menjadi Anggota Al-Qassam

Ok, berbalik kepada anak anak di Gaza, aku terbaca, disebabkan seluruh kehidupan mereka hidup dalam keadaan sentiasa ditindas, sentiasa dianiaya, kematian ibu bapa, sentiasa dalam ketakutan dengan bunyi bunyian roket dan jet menjadi tarbiyah untuk mereka lebih bermotivasi.

Dari anak anak kecil sampailah ke remaja, sangat utuh semangat mereka menghafaz 30 juzuk.
Subhanallah!
Kenapa mereka begitu bersemangat sampai begitu sekali?
Bagi mereka, untuk menjadi hafiz 30 juzuk merupakan salah 1 kelayakan untuk menganggotai Briged Al-Qassam.
MasyaAllah!
Anak anak kecil ini juga sudah tahu erti perjuangan dan punya cita cita yang sangat tinggi.

Tak sempat nak duduk bermain dengan iPad, tab dan sebagainya. Mereka hanya memikirkan bagaimana nak mempertahankan bumi Gaza, bumi tumpah darah seluruh keluarga mereka demi memperjuangkan keadilan, kebebasan dan paling utama agama Allah.

Terima kasih kepada sahabat aku, Asma Dat kerana sudi berkongsi dengan kita semua.
Inshaa Allah akan dikongsi lagi di dalam entri entri yang lain sekiranya aku ada terbaca lagi pasal bumi Gaza.
Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak menjadi manusia yang alpa, hanyut dengan keduniaan semata mata.

Wallahu'alam.
Yang baik dari ALLAH SWT, yang buruk dari aku sendiri.

Wednesday, 21 November 2012

Kelayakan Untuk Menjadi Anggota Al-Qassam



ASSALAMU'ALAIKUM

Sementara aku tunggu kerja aku siap running kepala aku terfikirkan pasal perang di Gaza.
Anda kenal siapakah mereka di dalam gambar di atas?
Ya, merekalah anggota Al-Qassam!
Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah terfikir langsung pasal kelayakan untuk menjadi anggota Al-Qassam.
Tetapi beberapa hari lepas aku terbaca di wall Facebook abang Afdlin Shauki,
status dia yang menerangkan mengenai kelayakan ni dari kawan beliau bernama saudara Farhash.

Aku ingatkan sesiapa sahaja rakyat Palestine yang berjiwa kental boleh menjadi anggota Al-Qassam.
Rupa rupanya, menjadi anggota Al-Qassam merupakan cita-cita seluruh rakyat Palestine kerana tugasnya menjaga tebing Gaza itu adalah kerja yang sangat mulia yang bukan sesiapa sahaja suka suka boleh mengambil tempat untuk menjadi Mujahidee.

Menurut perkongsian saudara Farhash sendiri, untuk melayakkan diri menjadi Mujahidee minimum 6 bulan bersembahyang jemaah di masjid tak tinggal. Selepas itu baru DIPERTIMBANGKAN oleh Imam Masjid sama ada mereka boleh memulakan latihan untuk menjadi salah seorang Mujahidee.

Subhanallah! Kalau bagi kita, berjemaah di masjid untuk waktu Subuh itulah yang paling berat untuk dilakukan. 
Semoga diberi petunjuk dan pengajaran untuk kita bersama.

Baru tadi aku terbaca status Akademi Al-Quran yang menceritakan tentang rombongan Sheikh Maulana Tariq Jamil.
Aku pendekkan ceritalah ye...nak tau cerita penuh aku minta sahabat semua Like Page Akademi Al-Quran dalam Facebook.
Ceritanya begini...

Setelah rombongan Sheikh selesai bersembahyang jemaah Subuh di sebuah masjid dekat dengan perbatasan (Al-Hudud), tiba tiba seorang tentera Israel datang menjenguk ke dalam masjid itu kemudian beredar.

Sheikh bertanya kepada tentera itu tadi dan dijawapnya hanya ingin melihat berapa ramai jemaah yang hadir ketika itu.

Sheikh bertanya lagi (kenapa?) dan dijawap, di dalam kitab Thaurat mereka ada tertulis :
"Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk berjemaah Subuh di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur"

So, korang nampak tak kat situ kenapa solat berjemaah Subuh tu amat penting dalam kelayakan untuk menjadi antara salah seorang Mujahidee di Gaza?

Bukanlah maksud aku apa yang tertulis di dalam kitab Thaurat tu satu satunya penyebab kepada kelayakan anggota Al-Qassam begitu. Ada banyak lagi faktor kenapa jemaah Subuh itu penting disamping terselitnya faktor disiplin yang tinggi di situ yang menjadi titik tolak utama yang dipertimbangkan untuk menjadi anggota Al-Qassam.

Wallahu'alam.
Yang baik dari ALLAH SWT, yang buruk dari aku sendiri. Kalau aku salah tolong betulkan apa yang aku nyatakan dalam entri ni.

Kesensitivitian Terhadap Isu di Gaza


ASSALAMU'ALAIKUM




(Semua dari Google Image)
Korang mesti pernah tengok gambar gambar seperti di atas kan? Melainkan anda tak bukak berita di TV atau pun memang anda tak berhubung langsung dengan mana mana media cetak, elektronik bagai.

Isu paling terpenting yang sentiasa digembar gemburkan sekarang ni.
Kalau anda rasa anda tak pernah tau, di mana kesensitivitian anda terhadap isu semasa?

Isu di Gaza bukan perkara asing lagi bagi seluruh dunia, kenapa kita tidak pernah nak ambil tahu akan saudara kita di sana? Sedangkan bukan seagama kita pun sangat peka dengan perkara ini.

Tak mahu serabutkan kepala yang dah sedia serabut?
Hmmm tepuk dada tanya iman.
Adakah dengan mengambil berat antara satu sama lain itu satu beban?

Moga diampunkan segala kesilapan kita di dunia ini, semoga ditetapkan iman kita hanya pada yang SATU.

Bukan soal beban, bukan soal agama sahaja tapi juga soal perikemanusiaan.
Dimana letaknya keperikemanusiaan manusia manusia kejam ini?
Cuba bayangkan anda di tempat mereka. Ketika anda di dalam penderitaan peperangan, tiada siapa yang membuka mata dan mengangkat tangan untuk membantu anda sekadar memejamkan mata dan berpeluk tubuh.
Sedangkan kalau anda diragut peragut pun anda pasti menjerit sekuat hati bukan?
Inikan bila sepanjang hidup anda dihujani bom dan senjata.
Sama samalah kita fikirkan.

Ya Allah, selamatkanlah GAZA dari tangan pihak zionis laknatullah!

P/S : Sekiranya kita tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk bersama sama membantu di sana, apa salahnya kita mulakan dengan yang kecil. Mudah mudahan dari yang kecil lama kelamaan menjadi besar. InsyaAllah :)

Monday, 19 November 2012

Kesan DIABETES : Alhamdulillah...Kaki Abah Semakin Pulih


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang semua...salam hormat untuk tetamu baru...
Kerja di pejabat Alhamdulillah hampir selesai..
Tinggal 1 je lagi request yang tiba tiba boleh masuk emel..tak apalah kita layankan sajaa...

18/11/2012

Selepas beberapa hari aku tak bercakap dengan Abah, hari ni baru aku dapat bercakap dengan Abah.
Tak bercakap?
Eh jangan salah faham! Bukan maksud aku tak bercakap tu aku gaduh dengan Abah cumanya tak berkesempatan nak bercakap. Setiap kali aku call kampung, Mak yang jawap.
Abah pula dah masuk tidur.

Kali ni kami berbual agak panjang dari biasa.
Alhamdulillah dari cara Abah cakap, kaki dia makin pulih.
Bleeding dah stop. Cuma masih ada saki baki air bisa. Itupun hari makin hari setiap kali ke klinik untuk buat cucian, air bisa makin berkurangan.
Alhamdulillah syukur kepada Tuhan..sekurang kurangnya nampak juga perubahan pada luka Abah aku tu..

Tapi Abah masih memerlukan kerusi roda buat masa ni.
Sebab dia dinasihatkan tidak menjejakkan kaki untuk mengelakkan luka tu terganggu dengan jangkitan lain.

Harapan aku, berdoa agar segala rasa sakit Abah sepanjang lepas ni akan makin berkurangan dan makin sembuh seperti sedia kala walaupun sesekali Mak bagi tau yang Abah muntah muntah.

Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah urusan harian Mak dan Abah, mudah mudahan Mak dan Abah dilindungi dari sebarang penyakit berbahaya dan sembuhkanlah penyakit Abah. Sesungguhnya Kau lah Maha Penyembuh segala penyakit yang tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Sunday, 18 November 2012

Isu Boikot Produk YAHUDI?!


ASSALAMU'ALAIKUM

Sekadar berkongsi dipetik daripada laman Facebook.

Ini kata mereka...


Tetapi ada juga yang berkata begini....


Bersama sama kita renungkan...sekadar berkongsi untuk sama sama kita fikirkan..
Di sebalik kerunsingan kita mengejar harta dunia, kita tidak sedar saudara seIslam kita bertungkus lumus mempertahankan tanah wakaf umat Islam..tanah kita seIslam..





Kisah Petang, Makan Petang hari ni...


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat petang...
Hari ni lambat sikit meng-update entri. Pagi tadi aku kemalasan. Tapi tak ada siapa kisahpun kalau aku nak update ke tidak kan...Hehe

Pagi tadi aku sarap bihun goreng dengan telur separuh masak. Lepas tu aku dan orang rumah kekenyangan sampailah terlepas tengahari masih tak tau nak makan apa. Tup tup tertengok Ayam Golek Nara Pantai Dalam dekat dalam rancangan JJCM tengahari tadi.
Haa dah dapat idea nak makan apa, terus mengajak orang rumah aku pergi cari ayam golek tu kebetulan tak jauh dari rumah aku. Alhamdulillah rezeki kami berdua hari ni, walaupun tak banyak ayam yang digolekkan hari ni mungkin sebab hari minggu dah petang atau memang sebab dah ramai orang menghabiskan stok ayam golek dia hari ni, kami dapat jugak beli seekor.

Seekor?
A'a seekor ok! Haha kononnya nak makan sampai malam.
Boleh dikatakan aku mengidam nak makan ayam golek siang malam hari ni ye.
Tak apa dimaafkan. Hehehe..


(dapurkakjee.com)

(minahmelayu.blogspot.com)

So, sebelum keluar rumah tadi masak nasi sesiap, balik rumah masak sayur kobis bersama lobak merah sikit, lepas tu sama sama balun ayam golek ni sampai kami kenyang.
Alhamdulillah rezeki kami hari ni dapat jugak lepas gian nak makan ayam golek yang dah hampir setahun lebih tak merasa.

Kalau bulan puasa MasyaAllah punyalah beratur panjang, semua pakat nak beli ayam ni.
Yang berbuka di situ pun ada.
Bukan saja ayam golek tapi pelbagai lauk pauk lagi dihidangkan panas panas.
Boleh order apa saja yang anda teringin dari tomyam sampailah ke masakan kampung biasa.

Kepada sesiapa yang tak pernah merasa lagi ayam golek Nara Pantai Dalam 5 bintang ni, bolehlah lepas ni terjah restoran ni untuk merasa keenakan ayam golek 5 bintang Pantai Dalam.


Saturday, 17 November 2012

Kisah Pagi, Sarapan Pagi

(Sekadar hiasan dipetik dari URL seperti yang tertera)
ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua :)
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang kita masih diberi peluang hari ni...

Awalnya aku online hari ni kan? hehehe..
Aku bangun Subuh tadi terus dah tak boleh nak lelap balik. Selalu tu kalau hari kerja bukan main berat lagi mata aku. Hari ni segar bugar pulak kan...baik aku bangun siapkan sarapan untuk orang rumah sesiap sebelum aku pegi appointment dengan doktor pagi ni.

Gambar kat atas tu sekadar hiasan je ye yang aku ambik dari blog seorang hamba Allah ni.
Nasi goreng tom yam dia lebih kurang sama je dengan rupa nasi goreng aku pagi ni..rupa lebih kurang..rasa mungkin berbeza...hehe
Kalau nak resipi bolehlah masuk blog dia ye...terang lagi bersuluh resipi dia dengan resipi aku tak sama sebab resipi aku selalunya resipi campak campak...
Haru biru je kalau aku taip resipi kat sini bagi korang...haha..
Atau banyak lagi resipi nasi goreng ni kat dalam internet. Apa yang korang perlu buat cuma taip dan meng-google sahaja...berderet dari atas saaaammmpai bawah link resipi.

Hmmm asalnya pagi ni aku nak meng-edit blog aku satu lagi...tapi kebekuan idea pulak sebab semalam cousin aku bagitau dia tak nak pulak letak sekian sekian idea...
So, sekarang ni aku tengah berfikir apa yang paling sesuai aku buat untuk blog cousin aku tu.
Eh apa ni kejap blog aku, kejap blog cousin. Blog siapa sebenarnya ni kan?
Hehehe sebenarnya aku tolong cousin aku buatkan dia 1 blog. Itu ajeee....hehe..

Ok lah aku rasa aku dah dapat idea. Entri aku sekarang ni pun dah lari topik dari tajuk asal kat atas tu.
Nanti rerajin aku menaip lagi ye :)




Friday, 16 November 2012

Kesan DIABETES : Abah Masuk Hospital Lagi


ASSALAMU'ALAIKUM

Tak ada gambar yang sesuai untuk aku letakkan sebagai hiasan entri kali ni.
Maaf ye.

9/11/2012

Hmm Jumaat malam lepas aku bertolak balik kampung sebab Abah aku hospitalized lagi. 
Abah aku kena bedah kaki kiri, buang daging yang terkena jangkitan kuman.

Sebelum ni bengkak mengeras, lepas tu terpecah, terluka dan bernanah. Doktor mintak ke pusat kecemasan segera dan dimasukkan wad.

12/11/2012

Isnin malam lepas Alhamdulillah selamat selesai pembedahan jam 10.
Walaupun aku demam selsema sampai bengkak bengkak mata, berat kepala semua, aku gagahkan jugak badan aku ni bangun pegi jugak jenguk Abah sebelum dia dibedah.

Masuk bilik bedah jam 9.15 malam selesai jam 10.
Alhamdulillah Abah tetap senyum mungkin disebabkan anak anak isteri dan cucu turut sama tunggu pembedahan tu selesai.

Mu'adz Firas satu satunya anak buah akulah yang mungkin jadik penyejuk hati Abah.
Mu'adz lambai lambai tangan kat Abah semasa Abah ditolak keluar dari bilik bedah.
Walaupun Mu'adz masih kecik tak faham situasi masa tu, tapi dengan telatah dia, senyuman dia dah cukup sejukkan hati kami semua masa tu yang bermacam macam perasaan ada.

14/11/2012

Hari Rabu Alhamdulillah Abah dah dibenarkan keluar hospital tapi masih perlukan bantuan untuk bangun berdiri. Tak mampu nak berjalan sendiri disebabkan kaki dia masih lagi bleeding.

15/11/2012

Along bawak Mak Abah pegi beli kerusi roda. Supaya Abah mudah nak bergerak ke mana mana nanti memandangkan kaki dia masih belum boleh menampung badan. Setiap hari Abah perlu ke klinik kerajaan untuk buat cucian kaki dia.

Ya Allah mudah mudahan luka di kaki Abah cepat kering, cepat daging tu tutup semula tulang kaki Abah, dan semoga Abah cepat boleh berjalan seperti sedia kala semula.
InsyaAllah dengan izinMu tiada yang mustahil.

"Ya Allah, kasihanilah kedua orang tuaku sepertimana mereka mengasihaniku, dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku...Amin Ya Rabbal 'Alamin"

Tag : Entri Pasal Abah

Monday, 5 November 2012

Asma Ketika Hamil



ASSALAMU'ALAIKUM

Tajuk entri kali ni hampir sama dengan tajuk entri sebelum ni tapi ada tambahan sedikit satu lagi penyakit. Huhuhu. Apa apapun syukur Alhamdulillah setelah hampir sebulan, rasa batuk aku berkurangan. Hasil dari beberapa pantang yang aku amalkan selain ambil ubat yang disyorkan doktor.

Appointment aku dengan doktor baru baru ni, doktor suspek aku ada mild asthma tu sebab ada satu malam tu aku tiba tiba sesak nafas lagi. So, penjagaan untuk pesakit bronkitis adalah sama dengan pesakit asma. 

  1. Tak boleh minum ais/sejuk atau sewaktu dengannya. 
  2. Tak boleh aircond terlalu kuat. 
  3. Jaga pengudaraan di dalam rumah. 
  4. Jaga persekitaran kita sekiranya kita keluar dari rumah.
  5. Jangan mandi malam sebab kalau mandi jugak nanti mendedahkan kawasan dada kita kepada cuaca sejuk di sebelah malam lebih dari sebelah siang.
  6. Perbanyakkan minum air putih dan air suam/panas. Sebenarnya sememangnya pun ais tak bagus untuk kesihatan. Ia bukan saja boleh membekukan lemak di dalam badan kita untuk jangka masa panjang, ia juga memburukkan kesihatan kita terutama sekali selsema dan batuk.
  7. Kepada penggemar buah, tersangatlah bagus tapi buah tersebut mestilah bukan dari peti ais anda. Kalau ye, sama jugak kesannya seperti anda meminum air sejuk/ais.

Setakat ini, itu saja yang aku amalkan sepanjang aku kurang sihat ni. Semoga sedikit sebanyak membantu anda diluar sana. Apa apapun harap semua banyak banyak sabar sebab kita sendiri sedia maklum kalau sakit ketika hamil ni tersangatlah tak selesa.



Saturday, 6 October 2012

Bronkitis dan Selsema Ketika Hamil



ASSALAMU'ALAIKUM



Satu lagi kejutan yang aku terima selepas a good news ever that I'm pregnant, but this time, is a bad news.
Aku batuk dah lebih dari 2 minggu.
Pergi ke klinik biasa, macam biasa di beri ubat batuk dan antibiotik yang aku sendiri was was nak ambil disebabkan aku masih dalam trimester.
Satu malam, aku sukar untuk bernafas. Setiap kali aku tarik nafas, dada aku sakit sangat sampai satu tahap, I can't move!
Aku terus bagi tahu orang rumah supaya bawakan aku ke klinik secepat mungkin dan dapatkan reference letter ke hospital.

On the next day, aku pergi jumpa doktor pakar dan dapati aku mengidap bronkitis.
Selepas beberapa ujian dilakukan Alhamdulillah peparu aku bebas dari sebarang jangkitan kuman.
Aku dibenarkan pulang berehat di rumah dan disebabkan aku tengah mengandung, sukar untuk doktor berikan apa apa oral medicine. Cuma inhale medicine and herbal cough syrup. Itu saja ubat yang aku boleh ambil.

 Hari ni follow up pertama aku, disebabkan Khamis lepas aku selsema then again sukar untuk doktor tentukan ubat apa yang sesuai dengan aku.
I'm having Viral URI and bronchitis now.

Aku tak boleh tidur malam. Tidur pun sambil duduk itupun sebab dah terlalu letih menahan ketidak selesaan hidung dan batuk aku yang berterusan.

Blog aku ni pun dah jadi macam diari aku pulak kan.
Semoga sakit aku ni penghapus dosa dosa aku yang lalu dan InsyaAllah aku akan sembuh tidak lama lagi.

Kepada sesiapa yang juga pernah mengalami situasi seperti aku ni...kalau boleh elakkan pengambilan ubat ubatan kimia, cubalah perubatan tradisional seperti madu, buah dan sebagainya.
InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh atas kehendakNya.


 

Saturday, 29 September 2012

BATUK KETIKA HAMIL


ASSALAMU'ALAIKUM

Hampir seminggu lebih aku asyik batuk. Kalau batuk berkahak aku rasa orang lain pun lebih selesa daripada batuk tanpa kahak. Batuk tanpa kahak lagi perit dan penat segala bahagian badan. Sebabnya kita akan sentiasa batuk dan batuk lagi sebab sekali batuk tanpa kahak terasa sangat tak puas.

Batuk yang macam ni amatlah terasa perit nak nak lagi ketika hamil.
Ramai yang petua bermacam macam cara dan setiap petua sebenarnya bergantung juga kepada badan seseorang. Kalau sesuai dengan badan, Alhamdulillah tak ada masalah, InsyaAllah berkesan dan mujarab.

Antara petua petua kawan kawan aku pesan adalah:

1. Minum air asam jawa samada dibancuh dengan air ataupun tanpa air dan semestinya bukan dengan air sejuk.

2. Amalkan pengambilan 1 sudu plastik madu dan perahan limau nipis 2 kali sehari. Pagi sekali, sebelum tidur sekali. Lebih elok jika tanpa disusuli air tapi bagi sesiapa yang kurang gemar dengan kemanisan madu yang melampau dibolehkan campur dengan air pastinya bukan air sejuk.

3. Amalkan pengambilan air limau suam kalau keluar makan diluar, jangan order teh 'o' ais limau, sirap limau ais bagai ye. Kalau tak suka air limau suam, order air suam sudah. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat. Hehehe.

4. Amalkan berkumur dengan air bancuhan garam untuk meredakan sakit tekak dan gatal tekak dan merah tekak atau sewaktu dengannya.

5. Jangan lupa vitamin C untuk sistem imun badan.

6. Amalkan pengambilan air barli suam untuk tujuan menyejukkan dalam badan sekiranya merasakan batuk disebabkan cuaca yang panas.

Ha itu sajalah petua yang aku dapat daripada kawan kawan sepejabat dan kawan kawan luar pejabat yang sangat suka membebel. Hehehe. Tapi bebel tanda sayang. Kalau dah batuk tanpa henti, sampai terkencing macam aku ni, takkan lah nak dibiarkan kan?

Ni semua sebab orang kata tak elok ambil ubat batuk ketika hamil walaupun kalau pergi jumpa doktor, doktor masih juga berikan ubat batuk tersebut.

Untuk aku sepanjang batuk seminggu lebih ni, aku hanya amalkan yang nombor 2 dan 3 sahaja.
Alhamdulillah nampak kesan mujarab tu cuma ambil masa sikit. Ubat batuk aku ambil juga kalau terlalu tak tahan batuk tanpa henti sampaikan aku tak tidur malam berhari hari. Tapi tidaklah kerap. Mungkin dalam nisbah 1:3 dalam masa 7 hari lebih ni.

Pendek kata pengambilan dos ubat batuk yang kurang dari biasa, aku tawakal jelah.
Setiap kali aku nak minum ubat batuk tu aku berdoa semoga anak di dalam kandunganku ini terus dipelihara agar sentiasa sihat InsyaAllah. Aku dah tak bermaya sebab setiap malam aku tak boleh tidur, tak dapat rehat yang cukup.

Update 19/10/2012 : Kalau boleh elakkan sebarang pengambilan ubat batuk biasa atau paling kurang herbal cough syrup ataupun Ivy Cough Syrup. Ubat batuk yang tak buat kita mengantok.

Thursday, 20 September 2012

Anugerah Mejar Kehormat - Datuk Nicol David

           


ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Kepada sesiapa yang tengok berita TV3 malam tadi mesti perasan dengan gambar di atas ni kan?
Ya, Datuk Nicol David pemain squash negara baru sahaja dianugerahkan Mejar Kehormat daripada Tentera Udara negara kita.

Fisrt impresssion aku sejurus selepas aku terbaca je tajuk berita ni, aku terus bertanya kepada orang rumah aku. Macam mana penilaian sebenar untuk dapat anugerah seperti ini? 
Sebelum anugerah ini diberikan, Datuk Nicol David juga dianugerahkan gelaran Datuk setelah berjaya membawa nama negara hingga ke persada dunia atas nama sukan squash yang dia pelopori selama ni.
Aku memang tabik la bab sukan dia dan aku turut berbangga dengan pencapaian beliau menaikkan nama negara Malaysia.

Then aku teringat pula kepada Datuk Lee Chong Wei.


Begitu juga dengan Datuk Lee Chong Wei, juga menjadi kebanggaan negara apabila beliau berjaya menaikkan nama negara kita dalam dunia sukan badmintonnya walaupun beliau kalah dalam sukan Olimpik tempoh hari dengan Lin Dan.

Bukan sahaja atlit negara malah penyanyi popular juga mampu meraih gelaran Datuk apabila beliau berjaya menaikkan nama negara.
Mesti korang dah boleh agak siapa kan?
Ya, semestinya Datuk Siti Nurhaliza.


Aku tau ni bukan gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza tapi aku suka gambar beliau bertudung seperti ini yang tampak manis apabila bertudung litup sebegini.
Beliau juga berjaya meraih gelaran terhormat itu atas pencapaian beliau.

Aku pasti ramai lagi yang berjaya meraih gelaran dan anugerah seperti ini yang aku terlepas pandang untuk dihighlight kali ni.
Tapi itulah bagaimana sebenarnya anugerah dan gelaran ini diberi penilaian untuk memilikinya?

Apa apapun tahniah kepada Datuk Nicol David kerana berjaya menjadi salah seorang daripada contoh remaja berjaya kepada negara setelah bertahun tahun berusaha untuk mencapai kejayaan yang diidam idamkan selama ni.

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Nicol David!!


P/S : Tetiba entri aku kali ni skema mak inang pulak...kekekeke

Wednesday, 19 September 2012

Pakat Pakat Mengandung?



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...macam biasa greeting yang membosankan daripada aku setiap kali update entri.
Hehehe...
Tajuk entri aku kali ni pelik sikit sebab aku dah tak tau nak letak tajuk apa.
Apa maksud tajuk entri aku kali ni?

Maksudnya, aku dapat berita gembira daripada kawan kawan baik aku bahawasanya dorang pun tengah berbadan dua juga.
Alhamdulillahhhh...syukur kepadaNya. Agaknya memasing rezeki selepas bulan Ramadhan yang baru saja meninggalkan kita.

Kawan aku yang pertama dari Butterworth. Kawan aku seuniversiti dulu. Ruziana Shuib atau Zana panggilan manja dia. Dah masuk 10 minggu lebih dah kalau tak silap aku. Sekarang ni tengah alah teruk katanya. Muntah bagai. Pening nak pitam semua ada.
Yang sorang lagi pula kawan aku dari sekolah menengah. Asma Dat atau pun lebih senang dipanggil dengan nama Asma.
Aku baru sahaja tahu yang dia dah masuk 5 minggu lebih. 

Alhamdulillah..semoga semuanya selamat, ibu dan kandungan sekali sentiasa sihat hendaknya, dan didoakan semoga kandungan memasing sihat membesar, seimbang dunia akhiratnya InsyaAllah..Amin.

P/S: Aku? Alhamdulillah hari ni dah masuk 9 minggu 2 hari InsyaAllah sentiasa menunggu....dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua..Amin

Friday, 7 September 2012

My Happy Moments Begin...Again..I'M PREGNANT!



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan hari ni untuk menyedut udara di muka Bumi Allah SWT ini.
Alhamdulillah...Syukrannn...
Tetiba nak cakap Arab pulak pagi ni ye..

Disini ingin saya menyatakan rasa maaf saya kerana lama tak update blog LG. Seperti entri entri yang sebelum ni saya selalu update mengenai kesihatan yang kurang mengizinkan saya untuk aktif berblog.

Tak sihat lagi ke?
Ehh...sekarang dah sihat dah Alhamdulillah cuma sesekali tu terasa pening sahaja.
Segala persoalan terjawap selepas balik semula ke Kuala Lumpur selepas raya kenapa aku sentiasa tak sihat adalah kerana aku MENGANDUNG!!

Alhamdulillah sekali lagi...
MY HAPPY MOMENTS BEGIN...AGAIN!

Maka bermulalah saat yang paling gembira dalam hidup aku dan orang rumah aku tanggal 26 Ogos 2012 SEKALI LAGI selepas buat ujian kehamilan. Alhamdulillah selepas beberapan dugaan, Allah berikan kami rezeki yang tidak ternilai dalam hidup kami.
Kenapa aku cakap SEKALI LAGI? Sebab...dalam hidup kita ni sentiasa ada saat paling gembira yang sentiasa berulang ulang...maksud aku..Allah SWT sentiasa memberikan saat gembira itu kepada hamba hambaNYA..cuma kita je tau menghargainya atau tidak...

Apa apa pun sekadar ingin berkongsi berita gembira ni dan berharap pembaca juga turut mendoakan kami sekeluarga :) InsyaAllah

Thursday, 30 August 2012

Salam Merdeka Raya 2012



ASSALAMU'ALAIKUM

Selamat pagi semua...semalam aku post pasal selamat hari raya, hari ni aku post lagi pasal raya tapi pagi tadi baru teringat yang tarikh merdeka besok je dah.

Boleh terlupa?
Teruk kan? Tak patriotik langsung. Teringat pagi tu pun sebab baru tersedar dari mimpi juga yang besok cuti tak payah kerja. Hahaha..
Harap maaf!
Sejak seminggu dua ni kepala tak berapa nak betul setting nya.
Lari sana sini.

Apa apapun Salam Merdeka Raya 2012 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kita patut berbangga dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
Moga dirahmatiNya, moga diberkatiNya selalu InsyaAllah.

Setiap hari kita kena tanam azam baru untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan hari mendatang sentiasa perbaiki diri untuk menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah diri InsyaAllah.

Sebelum aku merepek panjang lebar lagi, eloklah aku stop di sini saja.
Salam Merdeka Raya kawan kawan!!!

Wednesday, 29 August 2012

Salam Lebaran Aidilfitri 2012



ASSALAMU'ALAIKUM

Tak sempat update habispun sepanjang bulan puasa tu kan? Dah masuk Syawal dah sekarang ni.

Salam Lebaran Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

Andai ada tersilap kata, terlanjur laku dan sewaktu dengannya.
Masih belum terlambat kot kan aku nak ucap selamat ni. Hehehe...

Semoga Aifilfitri tahun ni lebih bermakna untuk semua ye.
Puasa yang ditinggalkan sebab memang tak boleh puasa tu terutama kaum Hawa, sekarang ni ramai yang dah mula mengganti sebab masing masing kejar puasa sunat enam pula.
Alhamdulillah.
Tapi aku sendiri pun tak sempat dan rasa tak boleh nak puasa lagi ni sebab masih ada rasa kurang sihat.

Bagi sesiapa yang selalu ikut blog ni, dia fahamlah maksud aku part kurang sihat tu.
Hehehe...
Apa apapun mintak maaf ye kepada semua sekiranya aku ada tersilap kata terlanjur laku tersalah menilai terkurang sopan dan sebagainya.
Minta maaf banyak banyak.
Harap dimaafkan :)

Akan diupdate lagi lepas dalam entri akan datang.
InsyaAllah :)

Monday, 13 August 2012

HARI PUASA KE-24 : Runsing...



ASSALAMU'ALAIKUM

Aku runsing kenapa?
Hmmmm...kalau korang nak tau, sebelum aku berpindah ke rumah sewa sekarang, aku perlu cari ganti penyewa untuk bilik rumah sewa lama aku.
Deposit yang dia perlu bayar adalah sebanyak RM450.

Tapi atas sebab sebab tertentu, dan tentunya hasil kealpaan aku juga yang rumah sewa tu baru saja bertukar owner, rules baru digunakan.
So, tak apalah aku benarkan dia bayar deposit secara ansuran, baki lagi RM350 selepas dia bayar deposit api dan air sebanyak RM100.

Selepas sebulan dia bayar lagi RM100, baki yang tinggal lagi RM250.
Aku fikir tak apalah sebab dia dah janji nak bayar setiap bulan sikit sikit. Cuba memahami keadaan dia masa tu. Alhamdulillah rezeki aku juga kalau dia dah sudi bayar sikit sikit.
Tapi for the next couples months, dia terus senyap. Tiba tiba dia SMS aku bagi tahu yang dia mengidap anemia. Dah berhenti kerja, then tak dapat nak sewa bilik tu lagi.

Aku pun mintak dia carikan ganti sendiri atau pun bagi tahu pada ketua rumah untuk carikan penyewa baru, tapi deposit aku tetap dia kena bayar.
Takkan aku pulak nak carikan untuk dia. Aku kan bukan duduk situ lagi. Macam tak menghormati pulak ketua rumah tu yang menjaga segala bil dan hal rumah.
Dia janji akan bayar selepas dapat penyewa baru.

Tapi nak dijadikan cerita, hari ni aku dapat tau yang dia dah dapat cari penyewa baru dan deposit pun langsai dah bayar pada dia.
Dia pula senyap dengan baki deposit aku tu sekali senyap.
Hmmmmm aku dah cuba hubungi dia tapi tiada respon.
Itulah yang merunsingkan aku sekarang ni.
Huhuhu.

Kalau dia asyik ulang alik keluar masuk hospital sampai tak sempat nak masukkan duit deposit aku, aku cuba faham tapi sekurang kurangnya inform la aku atau minta tolong saudara terdekat langsaikan baki tu.
Bunyi macam kejam tak? Orang tu sakit lagi kita nak push itu ini tapi hmmmm....mulalah kepala jahat ni fikir bukan bukan.
Aku dah cuba hubungi kawan baik dia pun tiada respon.
Sekurang kurangnya inform la aku.
Susah sangat ke???
Dah kira baik aku tak pergi serang ke apa. Tapi nak pergi serang pun, aku bukannya tau dia tinggal mana sekarang ni melainkan Sg.Buloh. Tak ada alamat betul.
Runsingnyaaaa....dah la nak raya niiii...


MODE : Silap aku terlambat bagi tahu pada budak rumah lama aku tu supaya dorang boleh hold duit sewa tu untuk aku. Runsing......

Sunday, 12 August 2012

HARI PUASA KE-23 : Alhamdulillah..Aku Makin Sihat!



ASSALAMU'ALAIKUM

Alhamdulillah...hari ni aku rasa better dari hari sebelum sebelum ni. Aku dah makin sihat!
Keputusan ujian darah pun, Alhamdulillah, aku normal. Cumanya kalau aku masih demam lagi dalam tempoh 2 hari ni, aku dinasihatkan untuk ke klinik tu semula untuk buat pemeriksaan lanjutan.

Setakat ni aku dah tak demam cuma kalau aku aktif bergerak sikit, haa mulalah kepala aku nak pusing.
Tapi Alhamdulillah, setakat pusing sikit sikit tu InsyaAllah aku boleh lagi handle. Kalau sampai terasa nak pitam tu yang aku tak boleh nak handle.

Hari ni aku ambil peluang rehat sepenuhnya di rumah.
Aku dan orang rumah aku langsung tak ke mana-mana.
Duduk je di rumah layan televisyen dengan internet. Huhuhu.
Catat rekod jugak orang rumah aku cakap.
First time dia boleh bertahan tak keluar rumah sehari suntuk katanya..hehehe..

Terima kasih sebab sudi teman rehat di rumah ye :)
Besok kerja!!!!


MODE: Malas nak pergi kerja besok sebenarnya. Huhuhu. Nak je goyang kaki duduk rumah. Hehe

Saturday, 11 August 2012

HARI PUASA KE-22 : Iftar Bersama Along, Akak dan Mu'adz Firas



ASSALAMU'ALAIKUM

Sambungan kepada hajat aku semalam, Alhamdulillah aku bangun pagi walaupun masih kepeningan, aku gagahkan juga bangun bersahur macam biasa. Hasrat untuk teruskan berpuasa untuk hari yang ke-22 aku teruskan dalam keadaan kurang sihat.

Aku nekad, hari ni aku mesti sihat. Sebab aku nak masakkan untuk keluarga Along aku datang berbuka di rumah aku malam ni.
Aku bermula dengan memasak dalca sayur dulu sebelum aku pergi ke klinik untuk buat ujian darah.
Siap je masak dalca, aku terus siap pergi ke klinik.
Lebih kurang jam 2 petang lebih aku balik rumah, lepas solat Zohor, orang rumah aku tolong gorengkan ayam yang dah dikunyit-garamkan sebelum keluar tadi.

Aku berkata dalam hati, aku mesti cepat cepat masak sebelum keluarga Along aku sampai. Aku nak dorang sampai je nanti rehat tunggu waktu berbuka je.
Alhamdulillah usai je masak ayam dan udang, keluarga Along pun sampai.
Alhamdulillah. Tinggal nasi je aku sengaja tak masak lagi. Nak tunggu dekat berbuka baru masak nasi.

Azan berkemundang di televisyen.
Semua menadah tangan, Along membacakan doa berbuka puasa, dan kami sama sama menjamu selera.
Alhamdulillah :)

InsyaAllah dengan izin Dia, lepas ni boleh buat makan makan lagi. Jemput keluarga Along datang rumah aku lagi.

MODE: Terima kasih Along dan keluarga sebab sudi datang jenguk rumah kami ni. Berbuka sama. InsyaAllah ada rezeki, panjang umur. Jemputla datang lagi ye!~ :)


Friday, 10 August 2012

HARI PUASA KE-21 : Selsema lagi....


(Ehsan Google)
ASSALAMU'ALAIKUM

Semua sihat ke? Alhamdulillah kalau semua sihat wal'afiat. Jaga makan, perbanyakkan makan sayur dan buah buahan. Paling jangan lupa, perbanyakkan minum air putih terutama sekali air putih suam bukan sejuk yee...
Bagi sesiapa yang tengah diet tu laaagi la sangat perlu minum air suam banyak banyak..
*Cakap orang pandai...diri sendiri pun demam sampai ke hari ni tak jugak ok ok lagi...hikhik

Aku hari ni macam biasa la..masih selsema. Adoiiii...
Dugaan betul aku rasa. Semalam lepas je berbuka, badan dah mula panas balik.
Aku pun apa lagi, ambik sapu tangan, rendam dalam air sejuk, tuam dekat kepala. Seluruh kaki tangan aku lap dengan air sejuk. Nak hilangkan haba panas tu cepat.
Barulah boleh tidur dengan aman. Kalau tak, rasa sangat tak selesa.

Kesian orang rumah aku. Dah berapa hari dah berbuka asyik kena beli tapau je.
Aku tak larat nak masuk dapur. Bersahur pun, orang rumah tolong masakkan nasi panas panas, lauk pun ala kadar je.

Lepas sahur pagi tadi pun, aku terlelap kejap depan TV sementara tunggu azan Subuh.
Sekali terjaga setengah jam selepas azan.
Terkejut takut terlepas waktu, pening je kepala ni.
Jalan pun dah macam orang mabuk je hahaha..
Ya Allah cepatlah aku sihat...
huhuhu terasa lesu sangat dah badan ni..
banyak lagi benda tak selesai ni...
minggu depan dah raya...hukhuk....

MODE: Besok Along, Kak Ipo dengan anak sedara aku nak datang umah. Aku mesti kena sihat! Aku nak masak sedap sedap untuk dorang datang berbuka nanti...huhh! Semangat semangat! InsyaAllah besok aku sihat!


Thursday, 9 August 2012

HARI PUASA KE-20 : Demam berterusan...






ASSALAMU'ALAIKUM

Dari hari Sabtu demam lagi selepas kebah demam tonsil hari tu..asyik on off tanpa sebab yang munasabah.
Semalam aku MC sebab dah tak larat sangat rasa nak kerja.
Selasa malam aku pergi klinik, tapi doktor tak dapat kesan apa apa yang mencurigakan walaupun aku dah informed doktor yang aku asyik demam dari hari Sabtu lepas...
Doktor cuma bagi aku ubat antibiotik, ubat demam dan ubat 'sejuk' pun ada?!

Pertama kali aku dapat ubat 'sejuk' ni.
Dah demam, memanglah akan terasa seram sejuk je badan kan..?
Tapi boleh pulak doktor tu bagi ubat macam tu.
Malas aku nak Google fungsi sebenar ubat tu.

Petang semalam, apabila demam panas dah kebah, bersambung pula dengan demam selsema.
Haishhh...
Malasnya aku nak pergi klinik lagi.
Aku datang je kerja hari ni macam biasa.
Duduk kat rumah sesorang pun bosan juga.
Sudahlah internet tak ada.
Laaaagii aku bosan.

Kenapa aku asyik demam je niiiii...??
Tak cukup rehat ke?
Badan overlimit kerja ke?
Dugaan untuk aku di bulan puasa tahun ni.
Berpuasa dalam keadaan kurang sihat...
Semoga menghapuskan segala dosa dosa kecil aku selama ni...
Aminnn...

MODE : Nampak gaya aku kena pergi klinik lagi hari ni..mintak reference letter ke hospital sebelum orang kat umah aku tu membebel sepanjang masa....huhuhu

Daisypath Friendship tickers